Catatan perjalanan : KUL-CGK-BDO-CGK-KUL - the trip
Hai semua.
penceritaan kesah perjalanan lagi. actually aku terpikir-pikir jugak nak tulis ke tidak. sebab dak pernah cerita pasal trip ke Jakarta-Bandung nih. malah bandung pon dah pernah jugak cerita sebelum itu. tapi memikirkan supaya tidak meninggalkan blog bersawang. hmm, gagahkan lah jugak cerita. tapi tak perlu lah cerita kesah berhari-hari ye. heheh
al kesah perjalanan ini adalah atas sebab pembelajaran. walaupon tidak ada kaitan dengan research yang aku buat sekarang, tetapi sebab dah join team kawan aku yang sorang kat UPM dan sorang kat UPSI nih, jadik tak salah kot untuk aku dan sorang lagik kawan untuk menimba pengalaman. dah tuh plak kami pon sesama menyumbang dalam penulisan tersebut. so, gagahkan lah diri walaupon dengan perbelanjaan sendiri. #eh lupa, gunakan lah duit scholar yang dapat tiap bulan tuh kan. hehe
13 Jun 2012
akhirnya kami fly ke jakarta dengan penebangan mandala. nih kira di bawah naungan tiger airways tuh lah. bajet flight. dont expect much ye. tapi dari segi bagasi, tak lah BERKIRA macam perbangan bajet kita tuh. pernerbangan dari LCCT jam sebelah lebih tuh mengambil masa 2 jam. Sampai jer kat lapangan terbang Sukarnoe hatta tuh, terus kami cari pengankutan nak ke Bandong. tapi sebelum tuh sepat jugak lah singgah mangga 2 . cuci mata dan makan.
perjalanan ke bandong mengambil masa dalam 5 jam jugak lah. kalau dah petang nak keluar dari jakarta tuh pun memang dah hazab kan. so, layan tido je lah dulu. memandangkan pergi dengan orang yang dah pernah pergi jakarta-bandong, dan jugak orang yang belum pernah pergi nih. so agak susah gak nak pilih stay kat mana. being me, mahal sket takper janji selesa. walaupon ada yang nak gamble, aku san sorang kawan nih ambik langkah bijak, booking sesiap hotel. dah nama pon libaran kan. dah tuh, agen aku di bandong pon ingatkan supaya booking terus hotel. well, memang perancangan aku membooking hotel sesiap tak sesia. kami stay 2 hari kat Hotel Abadi Asri di setiabudi untuk 2 hai sebab dah penuh. so memang terpaksa carik hoetl lain lah lepas tuh.
14 Jun 2012
Pagi tuh lepas breakfast, kami bertiga jalan kaki jer ke Universitas pendidikan Indonesia , Bandong. jarak dari hotel dalam 1km jer atau lebih sket. suasana pagi kat bandong memang best.nyaman.
nasi baik giliran presentation kitorang hari tuh jugak. so mula lah terus buat plan untuk esok. haha. alah, dah memang srtandard lah kan. takkan tak biasa.
Selepas habis present petang tuh. bertuah jugak,sebab kami dapat present dulu. so lepas tuh terus ke jalan DAGO. so buat lah pa yang patut kan kat situ. haha. sampai lah malam. tapi insiden paling tak best, kaki aku cramp plak. serious sakit giller. so, takde lah beraktiviti sangat aku harituh. kebetulan pergi spa kat situ, tak memuaskan hati aku plak kan.
15 jun 2012
hari nih kitorang kene check out. so sebelum keluar check out lah sesiap. dan tinggalkan barang dulu kat hotel. di sebabkan aku dah tercedera, aku tak nak lah ambik risk untuk jalan kaki lagi pagi tuh. so, kami ambik angkutan ke universiti.
actually nak gi ambik sijil jer pon. so lepas tuh, kitorang terus ambik angkutan ke RUMAH MODE. apa lagi, aktiviti menghabiskan rupiah lah kan.
selepas ke tuh kami ambik angkutan untuk ke pasar baru. nasib baik tak sesak. jenuh lah kalau nak habiskan setiap lantai tuh. so, aku ngan kawan sorang nih cuma tuju tempat2 yang kami nak pergi jer. tuh pon berejam kan. basically aku memang takde lah shopping sgt. cuma kiriman adik aku lah.
lepas PASAR BARU, kitorang gi SIMPANG RIAU. sambung lah ke outlet lagik. aku dah malas dah nak merayap sangat, sebab taknak terus mencedera kan kaki.so, aku pegi mana yang patut jer lah.
sambil tuh, dok tercarik2 lah jugak hotel. dah masuk weekend kot. so memang hazab lah carik hotel. tambah pulak liburan kan. sekali lagik, aku dapat menyelamat keadaan. sebab aku memang dah standby beberapa no hotel.
so malam tuh kami stay kat HOTEL ISOLA. hotel nih dalam Universitas Pendidikan tuh.
16 Jun 2012
pagi nih, kami meneruskan perjalanan ke jakarta. ambik jer balik kijang yang kitorang datang tuh. driver tuh so-so sahaja lah. kitorang singgah kat KARTIKA SARI jer kejap sebelum gi jakarta.
aku agak bengan sket lah ngan khidmat kijang nih. bukan apa, sepatutnya dah janji lepas hantar hotel nak bawak kitorang gi beberapa tempat. kitorang pun siap suh dia booking kan hotel. skali korang tau, dia booking kan hotel yang sangat tak menepati standard aku lah. dah tuh, tinggalkan kan kitorang kat situ, terus blah gi hantar orang lain plak ke airport.
tapi ok lah kitorang dapat handle lah kan.
petang tuh. lepas settle hotel. owh ya kitorang dok hotel cemara kat jakarta tuh. murah dan best. siap ada complementary massage untuk 10minutes. menyesal plak aku tak ambik complementary tuh awal2.kalau tak dah sah2 aku guna khidmat spa hotel tuh.
ok petang tuh, kitorang gi carik makan. dok lepak makan kat SARINAH. lepas tuh kitorang berpecah. aku ngn sorang lagik kawan terus ke EX MALL. sebenarnya nak gi Hard Rock cafe jakarta lah kan. hehe. lepas tuh, terus lah cuci mata jalan jalan kat plaza indonesia dan grand indonesia. owh nih semua bleh jalan kaki jer dari hotel kitorang stay tuh.
malam tuh malam minggu. happening lah jakarta nih.best. sempat gak aku ngan kawan nih lepak kat McD sambil guna wifi. owh kali nih, aku beli sesiap local simcard. dengan tujuan nak berjmat lah kan. heheh. masa gi india tuh, memang aku roaming jer.
17 June 2012
kitorang balik petang nih. tapi sebelum balik, pagi tuh sempat gak lah ke TANAH ABANG. dari hotelaku susuk tuh boleh jalan kaki jer. dalam 1.5KM atau tak sampai kot. sebab tuh aku kata hotel tuh best.later yer aku cerita pasal hotel plak.
hari ahad, di jakarta ada buat program jalan kaki, cycling etc. so ada jalan2 yang ditutup. kalau tak bukan nya bleh nak ambik gambar duduk atas jalan kat tengah bandaraya jakarta tuh. hehe. alangkah nak melintas jalan pon aku cuak kan.
kitorang memang gi awal sket lah konon. seab nak lunch kat sana. owh tapi rupanya ngam ngam jer masa. masa balik beg wajib jadik double triple ye. walaupon barang aku tak lah seberapa. tapi barangan kiriman tuh bleh tahan gak lah. dah adik beradik dan orang orang terdekat kirim. mana yang dapat aku carik lah.
tuh lah pasal aku siap siap mntak tolong kawan datang hambik. sebab memang tak bleh nak handle lah barang-barang tuh sengsorang.
apapun trip nih seronok jugak lah. terutama bab makan tuh.sebab ada sorang kawan nih yang memang food hunter. sorang lagik plak memang suka aamik gambar. so, aku bagi sesiapcamera kat dia. malam2 pon bagik charger biar dia charge sesiap. senang kerja aku. hehe.
ok, nanti aku sambung lagik ye, :)
Comments