membebel pagi isnin

google image

hallu semua. selamat hari isnin. rasa sangat rindu nak bercerita di sini. tapi kadang2 terpaksa menahan diri sebab banyak kekangan lain yang perlu diselesaikan. saya masih tetap singgah dan bertandang di blog-blog korang yang selalu saya jenguk seperti selalu. kalau dulu tiap hari, mungkin sekarang selang sehari. #eh kadang2 masih setiap hari. cumanya, memang tidak berpeluang meninggal jejak. mau taknya, membaca dari mana2 medium yang sempat jer. janji nak jugak bahan hehe.

tetiba letak gambar timbang kat situ kan. biasalah, kita kan memang sentiasa rasa resah gelisah kalau nak naik atas penimbang tuh. dah tuh semalam weekend, apa yang dah kita makan? fuhhh... jangan buat2 lupa ye. eleh, mesti korang cakap, aku nih, dari dulu dok cakap pasal nak kurus, tapi kurus nya tidak. takper, korang cakap jer lah apa yang korang nak cakap, ai tak kesah. hahaha. tapi tuh lah. *ye lah sangat tak kesahnyakan*

sebenarnya, dalam keluarga aku, dari setiap ranting tuh akan ada seorang yang ditakdirkan bersaiz besar atau perkataan tidak sopan nya GEMUK. so, alkesah untuk adik beradik aku, aku lah yang terpilih. walaupon korang tengok ada jer adik aku yang dah berjaya mengalahkan kegemukkan aku kan. tapi pada hakikatnya aku yang ditakdirkan untuk gemuk. memang sudah gemuk dari kecik. tapi, kalau kita berusaha untuk berubah, insya allah, dapat lah mengurangkannya kan. hahah.

korang tau tak, kalau aku cakap, "masa i kurus..bla bla bla" orang mesti akan cakap, bila masa ko penah kurus. hahah. statement kurus tuh merujuk pada keadaan yang bukan gemuk macam sekarang lah. nak nama pon big frame, sampai aku mati pon korang tak berpeluang tengok aku kurus macam supermodel. tapi bagik aku, bila dah mula senang nak membeli baju, atau kita pakai baju yang kita nak sangat pakai tuh takde lah buruk sangat rupanya, dah kira ok lah tuh. bukan lah macam keadaan sekarang lah tuh kan.

tapi sebab bertahun berusaha keadaan agak susah berubah, so, aku ubah jer pikiran. makan dan sukan. taknak dah cara mudah untuk kurus. konon makan itu, ambik ini, pakai itu, cuba ini. sebab semua mende tuh, kene ada pengawalan pengambilan makanan kan. so, sampai bila taknak makan. alah, 3 bulan jer sampai ko kurus. so what happen lepas 3 bulan?

sebagai pencinta makanan yang sgt tegar, aku bosan dah dengan rutin macam tuh. so, skang, aku makan lebih aku bersuka lebih. bak kata kavin zahri lah, kene tengok calorie intake kita setiap hari. so skang aku sgt senang hati makan. dengan masa yang sama, baju aku maintain lah gitu, takde lah mengecil bajunya kan. haha.

seriously skang aku sgt enjoy dengan dapat makan apa sahaja. korang percaya tak, skang, kalau breakfast tuh, ikut selera tekak jer nak makan apa. maggi goreng? nasi lemak? 3 4 biji karipap? apa2 jer lah. kang tengah hari ingat balik berapa kalori dah aku makan pagi tadik. eh dah banyak rupanya. so tengah hari berpada2 jer lah. tapi kalau tetiba kawan kata, eh jom gi lunch. makan nasi bagai. aku on jer. so petang nanti, balance kan lah semula kan. tetiba petang tuh hujan lah plak. hmmm, selamat lah terlebih kalori. takper, esok cuba lah kawal. hahaha, dengar macam senang jer kan. senang jer lah, bukan untuk kurus, untuk kawal dari tak naik. kira orait lah kan.

kadang2 rasanya aku nih dulu membuta jer ikut itu ini sebab nak kurus. tak makan itu ini. tapi dah tabii aku yang takleh dipisahkan dengan makan. lps tuh aku gemuk lah balik. sebab tuh, aku beli jugak e-book kevin zahri. tambah plak, ada gang yang sama2 enjoy buat cara camtuh. wah, bila update apa yang ko dah makan tadik, macam bangga giller bila makan banyak. tapi kene banyak lah jugak membakar nya kan.

betul lah korang, cuba korang try e-book kevin tuh. sedikit sebanyak terasa indah nya dunia. *sebab sebenarnya kita boleh makan* *eh nih kevi zahri tak bayar pon untuk aku buat statement nih tau. tapi aku rasa memang ada manfaatnya. so aku bagitau jer lah heh*

sekian sahaja membebel pasal makan. kita sambung di lain masa.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan