KALUMPANG resort and training center

Kalumpang Resort. korang pernah datang sini? atau pernah dengar nama tempat nih? sebelum datang sini, aku memang tak pernah dengar. padahal, tak sampai 30 minit pon dari rumah aku. senang cakap, belakang rumah aku jr lah kan.
maa kawan2 ajak datang sini, kebetulan pon aku takde aktiviti minggu tuh, so terus jer lah on. walaupon tatau kat mana. bila tanya dorang, based on maklumat dorang tuh, macam sangat dekat dengan rumah aku lah kan. skali, bila google tuh, hah, memang sah lah belakang rumah aku jer kekdahnya.

melalui facebook, whatsapp dan ntah apa2 medium sosial lagik kitorang berbicang, terun jadik. kebetulan nak buat BBQ kat situ, so, masing2 sedia lah apa yang patut, ala2 pot luck macam tuh kan. since dah ada yang offer diri yang marinate bahan2 bbq, aku dorang mintak buat makanan berat lah. momantai lah, aku tak kesah pon. so aku buat jer lah spaghetti goreng ngan nasi goreng. sebab request asal, mihun ngan nasi gorang kan.

kitorang ada 10 orang. tapi sebab ada yang masih ada komitmen kerja pada hari sabtu, mana yang takde hal, bergerak lah dulu. kebetulan sebelum gerak, ada sorang kawan tuh offer nak ambik jer aku dr rumah. lagi senang cerita lah kan.
mana yang sampai dulu. buat lah urusan pentadbiran. dan seterusnya sediakan BBQ tuh kan.

kat sini rupanya, ada macam2 jenis penginapan yang disediakan. dah nama pon training center kan. so ada jugak bebudak skolan camping kat sini. malah kalau korang naik atas sket memang ada kawasan untuk camping.

memula kitorang nak ambik rumah yang memang bebetul tepi air tuh, tapi dah penuh lah plak. so ambik lah yang beberapa tapak dari air. tempat tinggal kitorang tuh dua tingkat. kat bawah ada katil ngan bilik air. then kat atas bleh tido ramai. plus ada beranda lagik. so memang sesuai lah kalau melepak.

kebetulan masa kitorang pergi tuh air serah lah plak. tapi ramai jer yang mandi manda pon. walaupon ada lah peristiwa yang agak sedih kat kitorang. termasuk aku lah jugak yang hampir di bawa arus deras. sampai pekerja resort suma dah berkejar kesitu. tapi takper lah tak payah cerita lah. alhamduillah, selamat. biaalah kalau dah air deras, kalau tersilap sikit pon boleh jadik cerita besar kan.
tapi ada time tertentu yang air tenang, sebab bila tengok gambar, dorang memang ada sediakan banyak aktivity kat sini, macam tubing dan macam2 lah. so kalau tubing tuh maa air deras camner nak buat ye tak.

nih lah antara bahan yang dibakar. dah lepas penat mandi manda. memang seronok lah makan kan. kat sini memang disediakan tempat nak BBQ nih. korang bawak bahan dia jer. tapi punya lah complete kitorang ada bawak dapur skali hah. so pepagi ada yang rajin, siap buat breakfast, plus lunch sekali kesokkan hari nih. owh ya, rice cooker dan beras jugak lah yang dibawak.

kalau sesapa ada nak tanya apa2, atau kalau korang berminat nak datang sini ker, try lah contact. info kat atas tuh.

kengkadang rasa seronok jugak bila hujung minggu dapat merehatkan diri dari kesibukkan kota. dapat pulak dengar deruan air yang sangat mendamaikan tuh. dah tu jugak, tak jauh dari rumah. alah, dari KL pon dekat jer. tergerak hati nak pergi boleh jer pergi. kalau taknak overnite pon boleh.

so apa lagik, hehe.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan