kek harijadi

bila masuk bulan mei jer, memang dah biasalah kalau asyik beli cake jer. seb baik masa malam birthday nya tuh *4 Mei* aku just beli cake yang dah di slice kan jer kat Secret recipe. sbb mala jugak nak gi collect cake jauh2, so aku carik jer area yang berdekatan dan senang nak access.

kek coklat yang sedap. sangat sedap. haziq pon cakap sedap sgt. memang kawan sorang nih tak buat cake untuk jual. tapi since aku tau dia memang pandai buat cake, terus jer order. cakap nak ambik sekian2 date. tak kesah lah dia nak buat ke taknak. haha, bleh gitu? masa birthday aku pon aku dok order red velvet cuppies ngan dia. biasalah, kalau orang pandai buat cake, dan bukan buat untuk jual, memang cake nya sedap. sebab bahan yang digunakan mesti ikut selera mereka yang best2. kek nih untuk celebrate kat sekolah. gambar goodies tak sempat lah nak snap. tahun nih dah 6 tahun mesti lah kene buat kat sekolah.nanti dah sekolah rendah takde dah lah mende gini kot.

untuk buat celebration kat rumah untuk kawan2 dan sedara mara, haziq requested cake yang gambar CARS. again, berhempas pulas lah aku dok nak carik kat mana. biasalah kalau boleh nak yang kat kawasan jajahan jer. serious malas nak redah traffic untuk carik cake. skali dah rezeki haziq, cake nih di sponsor oleh Aunty Sue. Thank you aunty sue. haziq memang suka giler tengok cake nih. cantik kata haziq. lpas tiup lilin, siap diakoyakkan gambar CARS tuh sket, sebab memang dari pagi dia dok tak sabar. sebab tuh lah jugak, tak tunjuk cake nih awal2 kat dia.
kek nih di order dari cutepinkmixer.blogspot.com

so, next punya birthda lambat lagik, so boleh lah berehat dari cake seketika.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

peribahasa : tiada beban batu digalas