berlari..????

berlari? aku bukan lah seorang yang dilahirkan untuk berlari. hehe. kalau masa muda2 dulu. #eh skang pon masih muda. sentiasa muda dihati. suatu ketika dulu. masa tenaga sangat banyak dan sgt aktif. aku memang selalu jer berlari. tapi satu perkara, aku tak pernah ada keyakinan untuk masuk mana2 acara larian rasmi. serious tak berani. padahal masa tuh asyik jer berlari.

paling hebat aku join berlari pon kalau office aku buat acara larian. owh, pada masa tuh selalu jer office nih buat acara gitu. dah tuh, kawasan muka bumi di sekitar yang berbukit bukau tuh, memang cabaran sungguh lah kan. tapi steady jer lah.

tapi kan korang, lately, banyak aku baca orang yang berjaya kurus dari keadaan asal yang tak kurus dengan cara berlari. malah ada yang kadar lemaknya adalah sangat jauh berlebihan dari aku. tapi dah berjaya mengurangkan kadar lemak dengan sangat menakjubkan. so dorang berlari. terpikir gak. larat ker nak berlari. cuba jer lah sket2 kan. mana tau bleh jadik macam dorang :P

kalau tengok orang yang masih muda, dengan kandungan lemak badan yang tak seberapa tuh berlari, aku rileks jer. tapi kalau tengok orang yang sebaliknya berlari, huhhh rasa tercabar kot. tapi aku seriously tak mampu. tak mampu nak buat macam dorang lah. mau taknya, aku nih, berlari satu km jer dah tercungap@ mintak nafas. berjalan. thne baru bleh sambung lari lagik. hahah. sebab tuh, aku lebih tumpu kan pada power walking.

tapi kan. tapi kan korang, ntah mana angin yang bertiup ntah, yang buat aku dah register untuk nak masuk larian. aku dah register untuk KL marathon. eh aku pon tak caya tau. bukan tuh sahaja, penang bridge international marathon pon aku dah register. gigih kata korang? tak pon sebenanrnya. sebenarnya aku pon tanya diri sendiri, mampu ke nak berlari tuh. tapi aku jawab balik, alah, lari jer. tak larat berhenti. zass terus jer register. haha. kadang2 aku rasa itu kerja giler gak. kerja giller takper, jangan jadik gila kan. #eh bukan tuh jer tau. baru lepas borak ngan kawan aku tadik, nak join nite run anjuran majalah SHAPE plak nih. woiiii giler ilang akal rasanya. *eh jangan lah ilang akal, study tak abis lagik nih* so itu esok aku register. hahahah. tapi bila ada word marathon tuh, jangan lah korang ingat aku join marathon atau half marathon. aku join yang 5km...10km jer lah pon :P

tetiba dah berumur macam nih baru ada keyakinan nak buat mende2 gitu. dan aku tengok ada jugak kawan2 yang lain pon semakin aktif beraktiviti. ada yang join panjat gunung. dah berjaya tawan few gunung dah. soon gunung kinabalu. salute aku kat dorang nih. so, takde silap lah kalau nak mulakan apa sahaja pada umur berapa pon. janji pikiran mesti positif.

kadang2 ada jugak orang cakap, alah, kau tak kawin senang lah nak join itu ini. kalau tengok senarai pelari tuh, berapa ramai yang dah berkawin? dan berkeluarga? yang panjat gunung pon. yang join aktiviti lasak yang lain pon. yang bermotosikal kuasa tinggi. pelumba kereta. apa sahaja lah. yang penting semangat dan pemikiran yang positif . *age.weight.height. is just a number*

bagi diri aku kan, aku rasa, mende2 yang 'pelik' aku buat skang bukan faktor umur kot, tapi faktor PhD kot.hahaha. sebab macam2 mende aku tengok kawan2 seperjuangan nih lakukan. hehehe. apapun, apa saja lah. janji happy. tak kacau hidup orang. kannnnn

Comments

RaYzeef said…
Terbaek..tahniah sid. 3 tahun racun berlari, sekarang baru register! he he see u at SCKLM :)
adenium said…
Rayzeef - hahaha... terken racun gak akhirnya ... :P

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan