kalau terasa nak makan, makan jer. :P


makan untuk hidup *walaupun seringkali mengamalkan hidup untuk makan*. skang nih kan, memang tetiap hari dah kot aku makan nasi. sebab bak kata kevin zahri tak salah pon makan nasi, tapi berpada2 lah kan. diet konon, tak makan nasi, tak makan itu ini. makan protein jer. dah tuh, sampai bila taknak makan kan.nama pon orang melayu, sejak kecik dok makan nasi.:P
skang most of the time aku dah berada di bangi,banyak pulak tempat makan best kat situ rupanya. *adoii semua pon aku rasa best. dah kawan2 dok bawak gi makan tempat yang best kot*
macam tak semenggah je kan karipap seketul jer. aku kan memang suka karipap. nih kat penang express kalau tak silap nama kedai tuh.*kaat festivalcity* . kebetulan nih last piece. walaupon nampak tak semenggah, tapi sedap. aku lah rasa sedap. sebab pastry dia just nice. takde lah oily sgt.atau terlalu buttery etc kan. tapi rangup dan ni pon best. mahal sket lah kot. seringgit lebih seketul nih. bila rasa sedap,decided untuk tapau. sebab budak kedai tuh kata, boleh jer goreng kan kalau nak order. :P
putu piring. actually hari tuh masa singgah ttdi dah terpikir nak beli.tapi sebab dah kenyang. so cancel jer lah. sebab takut kang tong sampah yang sama kenyang. skali hari tuh, tengah dok buat keje kat uni, tetiba teringat. dah lah belom lunch. skali gigih lah pack barang, zasss dari bangi ke TTDI. sekeping 50sen.
akibat dok cerita pasal nasi kerabu petang hari tuh.esok terus carik masa breakfast. sebab takde pilihan, makan jugak lah kaler biru nih. tak menepati citarasa jer lah kan kaler biru. padahal, tak mengubah rasa pon. nasi kerabu dengan lauk sardin. memang tak match langsung kan. dh aku suka sardin, apa ada hal kan. betul takde hal langsung, sebab semua tuh telah selamat dihabiskan.
nasi ayam kampung. kat bangi. seriously tatau seksyen berapa. kawan2 ajak gi lunch aku on jer. tak pon aku yang ajak dorang gi lunch. masa memula tgk ayam tuh, dah timbul rasa tamak, macam nak dua ketul jer. tapi macam segan lah plak kan. sekali tengok kawan sorang tuh ambik dua. ok, nak pergi lagik lah sini. nak makan ayam tuh dua, boleh kan. :P

nih jer gambar yang ada lah. tapi sejak dok bangi ni makan memang meriah. mmm bersedia lah untuk kene exercise lebih.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas