Gerimis Mengundang The Musical

Gerimis Mengundang The Musical. aku pasti ramai yang dah tau tentang cerita nih kot kan. Memula confuse jugak. teater dulu baru filem ke. hmmm, rupanya teater nih adalah prequel kepada filem yang di tayangkan bulan Mei nanti.

Aku memang suka teater musical. tapi seriously, masa memula dengar GMTM nih, aku bayangkan akan bosan lah kot. bukan apa, persepsi aku macam tuh sebab aku adalah tidak minat lagu Gerimis Mengundang. #Eh boleh plak gitu? dah tuh, pelakon utama aku jarang dengar tentang kehebatan di pentas teater. di layar perak memang hebat. hmm, sangkaan aku sangattttttt meleset.


Gerimis Mengundang The Musical nih di tayangkang di Panggung Sari, Istana Budaya pada 27 March- 8 April 2012. sempat lagik pergi serbu.

Sinopsis:
Pernahkah kita terpaksa memilih di antara dua persimpangan kehidupan? Itulah yang dialami oleh ZAMANI (KAMAL ADLI) seorang juruterbang muda yang berhadapan dengan kemelut percintaan di antara dua orang gadis yang meminatinya iaitu YANA (SHENTHY FELIZIANA) dan CINTA (MIKHA TAMBAYONG).
Antara persimpangan ini, ada RIZAL (MUSTAQIM MOHAMED ZAKI) hadir ketika ZAMANI, YANA dan CINTA membuat pilihan, jalan kehidupan.
Pada masa yang sama, rakan baik ZAMANI, JERING (TAIYUDDIN BAKAR) berhadapan dengan konflik dengan kekasih hatinya iaitu MULAN (NAJUA P.RAMLEE) apabila MULAN sakit hati dengan kelakuan JERING.
Persimpangan ini telah menyebabkan ZAMANI terpaksa memilih salah seorang antara mereka. Dan pilihan itu juga, telah menyebabkan berlakunya sebuah kisah tragis, yang pastinya pernah dihadapi oleh kita semua.
Siapa yang menjadi pilihan hati ZAMANI?

BENARKAN CINTA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.....


apa kata aku:
secara keseluruhan teater ini AMAT MENGHIBURKAN. walaupun pembukaan cerita memberi impak yang agak kurang menarik. dan aku terus buat spekulasi sendiri. tapi akhirnya aku pon tak sedar cerita dah habis. hahaha, tuh lah awal sgt nak speku kan. tetiba dah rasa macam nak repeat plak hah.
memang totally MUSICAL. so memang enjoy lah kan. susunan musical yang menarik, membuatkan aku tak sempat nak bosan. dah tuh, komedi di dalamnya pon memang membuatkan aku gelak lah. betul2 gelak ok. KAMAL ADLI kata, ada juga yang spontan. macam dialog nya pada malam tadi " dulu saya belajar kat UPSI, tapi kene tendang" ... rupanya, ada student2 dari UPSI malam tu.
Jalan cerita yang diselitkan jugak kesah kawan si ZAMANI tuh. memang menambah persa lah kat jalan cerita. tambahan pulak cerita tambahan tuh memang buat aku gelak tak sudah.
Selain tuh, bagi aku, kekuatan cerita nih adalah pelakon2 yang hebat. tak sangka KAMAL ADLI memang hebat berlakon teater. belakon drama ke filem ke lain. nih, dan dan tuh nak tukar emosi bagai. HEBAT. watak CINTA dan YANA jugak memang tak kurang hebatnya. itu belum masuk si MULAN, JERING, KEMBANG dan yang lain nya.

penulis skrip AZWAN ANNUAR memang sempoi. bila tengok brother nih kat belakang pentas memang logik lah skripnya buat aku gelak. masa tunggu pelakon kat belakang pentas tuh, sempat jugak berbula dengan penerbit DATUK MD AFENDI HJ HAMDAN ngan DEN WAHAB. (penerbit jugak= AHMAD IDHAM AHMAD NADZRI dan AZLAN SHAH JAFFRIL). pengarah muzik - JASNIE MOHD YAAKUB, susunan muzik yang besttt. Pereka tari - BELALANG. JERING pon adalah penolong pengarah jugak tau :)




Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis






so apa lagik, cepatttt gi serbu Istana Budaya... pasti tak rugi punya...

Comments

Mya said…
aaaa dah update!
jap gi i email gambar ya..
Afasz said…
wahhh syok , jumpa kak RM ye...syiok la....

singgah n follow sini :D

salam pekenalan
adenium said…
mya - thank you.. ai dah ambik.. heheh..

Cik Farizam - salam perkenalan juga... :)

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan