hey isnin..

salam isnin. skang dah takde lagik istilah monday blues kot dalam hidup aku. sebab blues datang bebila dia suka jer. hehe. kadang2 rasanya hari2 pun biru. #eh boleh ke?

takde citer lain nak cerita. sebab kehidupan skang nih, aku kene banyak membaca. alah, takkan nak cerita apa yang dibaca kan. bosan lah. tapi kalau dah bosan, kalau rasa biru aku stop lah kejap buat mende lain. jangan lah selalu macam tuh. kang haru biru aku kang.

kalau dok kat rumah, kalau dah rasa tak tentu arah, apa lagik mula lah episod yang ntah haper2. baking pon jadik. tengok jer apa yang aa kat rumah. nasib baik lately aku memang tak penuhkan barang2 kat rumah. #eh tapi jadik jugak tau.

kalau kat library. bila rasa tak tentu arah, aku pon pergi makan. jalan sana sini. pergi shopping pun ada. yang nih tak baik untuk kesihatan poket aku lah kot.

kalau kat Uni, bila rasa tak tentu arah, terus jer aku balik. kadang2 memandu tuh boleh buat aku rileks jugak. tapi jangan lah masa jem. lagik sakit adalah.

ujung minggu nih, aku memang tak sentuh buku pun. pengakuan berani! walaupon banyak sangat yang aku dah collect untuk dibaca. takper hari nih lah aku kene kerja keras. dan esok dan esok esoknya jugak. dan seterusnya lah.

ujung minggu baru nih, aktivi yang sangat hebat adalah MAKAN. ok, let me change my middle name. sebenarnya, dah 3 4 hari dalam minggu tuh aku takde mood nak makan. langsung takde proper meal. skali, kebulur kot hari jumaat tuh. lepas kelas, roger kawan dan ajak makan. malam nya aku kat seremban, majlis akad nikah yanok. again makan tanpa rasa bersalah. kambing bakar! sabtu : nasib baik breakfast kat hotel tak best. tapi 4 keping roti aku habiskan. huhhh, sekarang nih aku tak patut habiskan banyak tuh. walaupun aku mampu untuk habiskan lebih. lunch kat majlis persandingan yanok. sebelum balik KL, singgah minum cendol dan makan rojak kat seremban. serious aku ngeri dengar nih. sebenarnya, malam tuh ada janji dengan kawan-kawan nak makan burger bakar kaw kaw yang orang dok heboh.

macam nih ke cara makan orang yang mengaku sedang berusaha untuk kurus? #eh . ok tutup mulut.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan