Kopi: Little White Cafe

Salam Kopi.


Little White Cafe Bangi. hmmm, kat Bangi pon ada kedai best rupanya. dah lama tau pasal kedai nih. sebab dok google2 etc kan. dan dah lama jugak berangan nak pergi, tapi asyik lah tak jadik jer. end up asyik makan kat lain. tapi tetiba hari tuh, nak makan kat tempat lain, dah makan kat sini pulak.
Alamat dan no telefon macam kat bawah tuh ye.



The menu. banyak jugak lah pilihan nampaknya. memula nak order caseroles, tapi tengah diet katanya kan. hmmm diet sepanjang tahun, tapi kurus nya tidak hehe. ok whatever lah kan. janji bahagia.



Tak banyak kopi pon. 



Punya lama aku tengok menu end-up aku order nih jer. 

The scones. aku kan memang suka menerai scones kan. tapi nothing much boleh cerita pasal scone pon, but as long as not to buttery should be fine. so, this scones not bad lah. walaupon rupanya tak semengah lah sangat. eh ada ker scone lawa? hehe

Latte. dah lama tak order latte with falvoured syrup. hmm, hari tuh i go for hazelnut latte. tapi kopi nya sangat lah biasa biasa sajer. seriously macam kopi 3-in-1 pon ye. kawan aku yang penggemar kopi pon bersuara yang sama.

aku-lupa-nama-spaghetti nih boleh tahan jugak lah.nih kawan aku order, so aku rasa sket jer.

breakfast-thingy-pon-lupa-nama nih aku tak cuba pon, tapi biasalah kot kan, sosej, scramble egg and beef bacon stadard jer rasa hehehe.

Decoration cafe ni menarik lah. cozy jer. kalau nak borak, discuss memang sesuai sangat lah. yes, salah satu sebab kitorang datang sini pon dok bersembang dan campor aduk dengan berdiskudi secara ilimiah. hmmm ilmiah katanya kan. 





macam cenggitu jer, cenggini price nya. hmmm agak mahal lah. tetiba kata mahal kan, sebab aku tak puas hati dengan kopi dia. hehehe. so cafe nih biasa-biasa jer lah, atau mungkin aku tatau apa specialty dorang. mungkin lah food dorang marvelous. mungkin kene datang try lagi lah nanti. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

attyfir said…
selalu lalu.. tp tak berani singgah.
tak mampu ..
adenium said…
Attyfir - haah lah kakty, agak mahal, sesekali boleh lah hehehe.

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam