Makan-makan ...lagi

Makan itu indah. semenjak hujung tahun 2012 arituh sangat lah tidak menjaga makan. seronok lah hidup makan semua apa yang nak makan nih. so kerisauan agak tinggi sekarang. *bila mau balik kepangkal jalan nih* 
ini adalah sessi pre and post penang punya makanan :P . kalau org sebut PENANG.. aku mesti ingat makanan. *i start to fall in lurve with PENANG*
lunch sebelum ke penang. quarter chicken with mash and salad kat Dave Deli. owh i dah mula suka kat dave deli. lepas turun bas balik dari penang pon aku makan kat sini. Dave deli 1 utama. *pagi tuh i breakfast sushi ye*
ini adalah makanan yang di-serve dalam bas. from little taiwan. sedap. so aku kene gi little taiwan untuk repeat.
Tutti Fruitti - penang punya version-kat tepi queensbay mall tuh. #eh perasa horlick tuh best lah. ini ada lah sessi borak2 dengan kawan yang aku last jumpa mid 2006, lps turun bas. 
owh ini bukan sesi makanan yang terakhir untuk malam itu. tapi lepas tuh, having dinner with another friend. guess what?  aku makan nasi lauk ikan bawal ye. takde nasi separuh ke segenggam ke, nasi sepinggan. all the way ke penang dlm bas korang takyah tanya lah, menguyah non stop - chestnut, chips, fruits! *fuhh calories intake untuk 3 hari skali gus kot kan*

pagi esoknya sesi bersarapan di pasar, kat gelugor. yang sempat dirakam adalah bubur ayam dan capati nih je. owh capati tuh aku order tambah lagik, sebab kuahnya adalah lebih kalau makan sekeping jer *alasan* belum masuk vadae 4 ketul aku makan sorang etc.hahaha
melepak di queensbay mall dengan my lil youngest sister. *lil sis memang dah berangan nak ajak aku dtg sini, hasilnya aku kopak lah kan*
sebab aku masih sgt kenyang hasil breakfast yang super heavy. end up dok lepak borak minum kat starbucks jer lah sambil menerai that banana muffin. 
dinner! nasi kandar with ayam tandoori. skang saya adalah teringin nak makan nasi kandar!
pada hari ahad nya, setelah berlari (read: berjalan) sejauh 17km dan membakar lebih kurang 1228kcal haha, total kalori intake adalah berganda!
selepas larian dapat nasi lemak dan ais krim free dari penganjur. 
tengahari makan kenduri kat penang. *owh saya suka daging dengan air asam tuh*
so lepas kenduri dok lepak carik kopi *nih kat e-gate. waktu cuti kat penang macam best jer. kalau weekdays aku tatau lah*
malamnya aku makan ini utuk supper. nih kat kapitan dekat dengan queesnbay mall tuh. nampak ayam tandoori ngan cheese nan memang berlambak kat KL kan, seriously rasanya lain lah, sgt best!
yang kat bawah tuh aku lupa dah nama apa, tapi best, sebab ada chicken chunks kat dalam. *i'm on gluten free diet now! lahhh sag kannnn*
#eh nih sajer nak tunjuk, nasi impit dan serunding ikan. :p

so skang korang dapat lah sebab kenapa aku tak turun2 berat kan. walaupon nampak macam aktif jer. hey, losing weight it 70% about food. hahahah. tapi kan makan itu indah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

ita citot said…
yes! mkn itu indah! hehehee...
bila sebut Penang, mmg teringat psl mknn dia. bila sebut psl mkn best, kompom ingat Penang! hahahaaaaa ;D

*kita baca blog ni, tapi bkn followers, tp x missed baca. heheheee*
adenium said…
ita citot - hai ita, salam kenal. thanks kerana sudi baca :) . walaupon skang agak kurang menarik entrinya kerana kebizian kehidupan hehe.

i start to fall in lurve with penang. wpon nasi kandar ada jer kat kl, tapi kat penang sedap dia lain macam lah kan.. hehe
ita citot said…
ntah. i rasa ok je.. simple. letak gmbr and caption cket2. ok ape. tu yg nak baca tu. hehehee ;)

memang. klw nak rasa yg pure nasi kandaq, mmg kena p penang laa.. andddd adalah rugi klw dh smpai penang tp tak pekena nasi kandaq! okeh dah telioq. hahahaa ;p

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan