Satu Kenangan Indah


Kalau kita kenang kembali, zaman persekolahan dulu banyak kenangan suka duka yang kita lalui. bagi aku, persekolahan itu adalah satu kenangan indah yang di ingati sampai sekarang. malam sabtu baru nih Majalah 3 kat TV3 ada paparkan kesah TKC. walaupon tidak pernah belajar di sana, terharu jugak aku masa tengok dokumenatri tu. 

Walaupon sekolah aku tidak lah sehebat TKC. 'saya sayang sekolah saya' hehehe. mengimbas kembali kenangan lalu. aku menjejakkan kaki ke sini pada tahun 1989, untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar tingkatan satu. paling tidak dapat dibayangkan, tinggal di asrama. kalau sebelum ni, mempunyai emak seorang suri rumah sepenuh masa, so kerja kerja membasuh baju gosok baju basuh kasut sekolah bagai memang tak pernah buat. semua kerja rumah lah memang aku tak pernah buat. owh, ada lah jugak, aku beriya nak cuba masak nasi goreng. atau goreng keropok tuh pon abis tangan kene minyak panas. bukan percikan minyak panas, tapi minyak panas terlingkup kat tangan. hahaha. seb baik skang tak serik masak kan.

so masa memula dok asrama terasa sangat seksa. semua benda pon nak kene buat sendiri. dah lah berjauhan dengan keluarga. tapi lama2 biasalah kan. kawan-kawan adalah adik beradik kita. apa taknya. kat sekolah, balik sekolah, kat asrama semua dengan dorang. makan sama2 belajar sama2 semua pon sama2. so persahabatan tu sampai sekarang pon ada. walaupon ramai antara dorang yang dah berkeluarga, tapi kitorang tetap gak carik masa untuk berjumpa dan update cerita masing2. tapi setiap kali jumpa, cerita lama kesah di zaman sekolah mesti ada. 

dulu terasa jugak macam hidup dipenjara. semua bende pon kene ikut jadual. waktu makan, pergi prep, bersukan. dari kecik sampai dah masuk asrama pon aku kene ikut peraturan yang ditetapkan. jiwa remaja memang sentiasa memberontak kan. hehe. biasa lah zaman sekolah dulu, aku agak nakal lah. better not go there. itu adalah sempadan. yang penting kita tetap belajar untuk berjaya.

kadang2 dulu rasa kehidupan di asrama nih macam terkejar2 je. balik sekolah nak terkejar2 gi dewan makan. kalau tak beratur panjang, so makan lambat tak sempat nak afternoon nap. tido tuh sgt penting tau, hehe. lepas tuh kene bersiap2 untuk pergi prep petang. abis prep ada riadah. solat maghrib berjemaah, dinner dan pergi prep semula. nak tutup lampu malam pon ada time dia. tapi itu lah kenangan2 yang menarik kan. 

sebenarnya aku sgt bersyukur dapat peluang belajar disekolah sebegini. kalau hujan pon pergi sekolah tak basah. serious aku dulu selalu terpikir macam mana lah bebudak sekolah harian tuh pergi sekolah time hujan lebat. kalau panas terik tuh boleh tahan lagik. tambahan pulak kalau sekolah kat kampung. nasib baik adik2 aku pon semua memang dok asrama bila masuk jer sekolah mengengah. kecuali adik aku ada sorang yang sekolah kat kampung dari f1-f3, then baru dok asrama. susah jugak aku tgk dia nak gi sekolah kalau time hujan etc. 

duduk asrama, pergi sekolah tak payah bawak beg. most of the time kat kelas. kalau ada nak bawak balik buku pon kalau ada homework tak siap atau ada yang nak study waktu malam atau weekend kat asrama. kasut sekolah pon tak kotor :)

sekolah yang disediakan guru yang cukup. dengan pelbagai kemudahan lain juga. sebab tu aku rasa, rugi jugak tidak bersungguh2 dulu. kalau tak, mungkin aku boleh menjadi seorang yang lebih berjaya. tapi takper,  mulakan sekarang. hehehe.

kenangan pahit manis didenda memang tak dapat lupa. hmmm, betul ada seorang cikgu aku cakap dulu, kalau jadi pelajar yang baik dan ikut semua undang-undang sekolah, nnt kamu tak akan ada apa yang nak dikenang. hmm betul jugak kan. eh, tapi jangan lah buat jahat yang bukan-bukan pulak. hehehe.

memang kenangan bersekolah asrama adalah satu kenangan indah. disitulah kita mula memahami apa itu kehidupan. belajar hidup sendiri bersama kawan-kawan. berjauhan dengan keluarga. :)

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan