abang haziq



Dah besar anak buah kesayangan aku nih. (zaim pon sayang gak heheh). dah mula melangkah ke sekolah rendah. kesian pulak tengok kadang2. pagi petang sekolah. homework pon dah mula banyak. alhamdulillah, memang sangat rajin ke sekolah. dari masa cuti pon tak sabar2 nak ke sekolah. tunggu sekolah nak bukak. anak-anak ayah aku memang macam tuh, semua ok jer pergi sekolah. owh ada sorang yang 'hmmm pah lenguh ilu' (read: lama sangat kat sekolah sampai penat ilu. Ilu tuh nama dia) hehe. cucu sulong arwah ayah pon takda masalah nampaknya. 

budak zaman sekarang belanja sekolah bukan main banyak. beriya lah mengajar macam mana kira duit. 'haziq nak beli nasi lauk ayam rm2, air milo rm1 dan roti 90sen'. tuh belum masuk sekolah agama pulak. takper lah, janji rajin belajar dan belajar lah pandai pandai.

dulu masa kat kindy, bahasa pengantar bahasa inggeris, walaupon penguasaan bahasa inggeris haziq masih tidak berapa baik. tapi vocab dah banyak improve. nih dah sekolah rendah tambah lagi dua bahasa. bahasa MANDARIN dan bahasa ARAB. setelah ujian nak masuk kelas harituh, haziq dapat lah dok antara kelas yang terbaik. haziq kene belajar rajin2 untuk kekalkan prestasi tu. 

hari tu masa masa tengok cartoon sempat lagi haziq cakap, "mamalong, haziq rasa haziq nak belajar tinggi-tinggi lah. eh tapi kan kalau kita tak berjaya malu pulak. haziq diam-diam je lah, tak nak cakap haziq nak belajar tinggi-tinggi". mamalong doakan haziq akan belajar lebih tinggi dari mamalong. kalau panjang umur, mamalong boleh lah naik kapal terbang dengan Captain Amir Haziq :)

Semoga segala urusan haziq dipermudahkan. Jadi lah tauladan kepada keluarga, agama dan bangsa.

Comments

Ayu Zuraida said…
ehem..walaupon masa tu agak sedikit malas ke sekolah, atleast i pernah jadi y terbaik di sekolah..i kan anak ayah..
adenium said…
ehemmm... yo lah...

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan