kenali kesilapan wanita lambat mendapat jodoh

actually tajuk tuh aku dapat dari fokus dalam majalah wanita. baru beli tadik.secara umumnya aku rasa wanita yang lambat kawin adalah wanita yang berkerjaya, educated, ada tanggungjawap lain dan sebagainya. tidak salah kalau aku katakan aku nih seorang wanita yang berkerjaya, educated dan ada tanggungjawab lain (walaupun tidak besar). dalam majalah tu cakap golongan ini seakan menolak perkahwinan, mengikut trend barat untuk kawin lambat, merasakan diri sudah 'sempurna' untuk hidup sendirian, memilih dan sebagainya. personally aku memang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. mungkin survey itu dibuat terhadap orang yang sudah berkawin. hey dont forget, statistic is a big lies.atau mungkin scope jawapan untuk soalan survey itu terlalu sempit.so memang itu lah rumusan yang diperolehi. jika survey itu dilakukan dikalangan orang2 yang belum berkahwin dan besar kan scope pemilihan jawapan jika survey itu berbentuk soalan pelbagai pilihan. aku pasti kesimpulan yang didapati adalah lebih tepat menggambarkan senario sebenar wanita yang lambat kawin di malaysia.

wanita menolak perkahwinan - kalau aku menolak perkahwinan, aku tidak akan berkasih sayang dengan WHN sampai hari ini. sudah tentu aku tidak akan menunggu dia sampai saat ini.aku ada naluri wanita yang impikan sebuah keluarga bahagia. menyayangi dan disayangi.

trend untuk berkahwin lewat - mungkin untuk berkawin seawal umur 20 tidak lagi relevan. kecuali mereka yang tidak berpendidikan tinggi. tetapi bukan aku menunggu untuk masih tidak berkahwin pada usia ini. bukan aku tidak berdoa untuk ini, tetapi takdirNya tidak siapa yang boleh mengubahnya.pada usia ini hidup sudah terasa kesunyian apabila berseorangan tetapi apa yang mampu dilakukan?

wanita terlalu memilih - bagi aku bukan memilih, tetapi kene lah yang sesuai dan serasi. aku pernah berkawan dengan seseorang yang bergelar pendidik, malah berpendapatan kurang dari apa yang aku dapat pada masa itu. tetapi itu bukan masalah, yang menjadi masalah dia berpemikiran terlalu sempit dan hanya berada di ruang lingkup duanianya sahaja. tidak berpikir jauh dan mementingkan diri sendiri. lalu dia berkeputusan untuk meninggalkan aku. walaupun sedih, sebenarnya itu satu ending yang baik. bayangkan jika kami hidup bersama, sudah tentu kami tidak dapat membuat keputusan yang bijak dan memuaskan kedua-dua pihak. 'memilih' penting supaya kesesuaian dan keserasian itu yang akan menjamin kebahagian.

wanita boleh hidup sendirian - sebenarnya jika ditakdirkanNya tidak menjumpai pasangan hidup, aku dan wanita2 itu mampu untuk teruskan hidup sendirian. tetapi aku tetap memerlukan WHN dalam hidup aku. sentiasa terfikir dan berdoa semgoa suatu hari nanti kami akan hidup bersama. bila kereta breakdown di tengah jalan memang banyak mechanic yang boleh dihubungi, tetapi hidup itu selesa jika DIA yang menguruskan itu untukku. jika memasak dan makan seorang diri sudah tentu tidak seronok, walaupun DIA terpaksa habiskan hidangan yang aku masak, atau aku sekadar memasak mee segera tapi tetap puas dapat menyediakan sesuatu untuk DIA. walaupun boleh memandu sendiri untuk membeli belah, ke klinik atau kemana sahaja, tetapi jika dia dapat menemani, aku merasa lebih bahagia.

tanggungjawab lain - walaupun masih mempunyai adik yang masih bersekolah, aku tidak pikir aku akan susahkan dia untuk menanggung adik aku. sebab sekarang pun aku masih melakukan ini sendirian. jadik aku tidak pernah menolak perkahwinan disebabkan ada tanggungjawab lain.

mungkin penulis, penyelidik atau sesiapa sahaja perlu melakukan survey semula untuk mengubah kesimpulan kajian. target group mestilah tepat dan jurang jugak tidak ketara.

Comments

ubisetela said…
Yang tukang tulis artikel tu must be a smug married woman!!! Akak marahhhhhh!!
Anonymous said…
Regarding the phrase:
trend untuk berkahwin lewat - mungkin untuk berkawin seawal umur 20 tidak lagi relevan. kecuali mereka yang tidak berpendidikan tinggi.

Saya kurang bersetuju. Sebab saya merupakan seorang pelajar perubatan di luar negara dan bersekolah dari sekolah menengah elit. Kebanyakan rakan-rakan seperjuangan saya ramai yang memilih untuk berkahwin pada usia muda seawal 20 sebenarnya. Mungkin lebih awal.Pendidikan sebenarnya membuat seseorang berfikiran lebih matang dan bijak dan tahu memilih yang mana pilihan yang tepat.
adenium said…
anonymous - ini adalah artikel dari majalah wanita . saya pun ramai kawan2 yang berpendidiakn tinggi yang kawain awal.. dan kawin lambat. apapun... jodoh pertemuan ..ajal maut..di tangan Allah...
Anonymous said…
maaf kalau komen saya diatas agak kurang sopan. tetapi saya merasakan artikel itu (dan saya tahu ia bukannya tulisan saudari) seakan merendahkan orang yang berkahwin awal.
Maaf sekali lagi. :)
adenium said…
anonymous - anda bebas memberikan komen, saya yakin anda juga berpendidikan tinggi, bagi saya, cuba lihat dari sudut positif, tajuk artikel tersebut 'kenali kesilapan wanita lambat mendapat jodoh' so itu adalah antara isu, apapun...kita berbalik pada qada dan qada' allah...

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan