Penulis Borang

Perkhidmatan untuk menulis borang. Kalau dulu kat luar2 pejabat kerajaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada orang awam mesti ada warga tua (biasanya) yang duduk di sekitar tu untuk menawarkan kidmat tulis/type untuk isi borang berkenaan. Rupanya masih ada lagi perkhidmatan tu.

Masa pergi renew passsport, buat sijil kelahiran, buat IC etc kat komplek KDN jalan Duta tu, aku terpandang sorang uncle ni kat bahagian kematian dan anak angkat. Aku pon mendekati uncle tu, borak-borak.

Saja lah kesian plak tgk uncle tuh dok sorang kat situ. Tanya-tanya dia. Kata uncle tu, skang tak ramai pon orang perlu kan khidmat dia tu. Biasa dia akan charge rm4 untuk borang biasa, kalau borang lain sket, lebih sket. Tapi tu lah, skang ni nk dpt rm10 sehari pon susah dia kata. Ada lah kdg2 je yg ok. Kesian plak aku dengar. Masa aku ambik borang kat bhgian tu tadi aku tak perasan plak uncle tu. Kalau tak boleh jer ambik servis tu, sambil sesekali tolong uncle tu. Uncle tu kata, dia pon dah tua takde nak buat apa, so dia duduk jugak lah situ, walaupon takde banyak hasil. *sedih*

Masa nak renew IC aku tekad nak suh uncle tu tulis, tapi sebab takde perubahan maklumat, tak perlu borang. *tak kesampaian hajat nak menolong* tapi mostly service dah formless skang nih. Renew passport pon, ken main aku print dan isi form sesiap kat umah. Tapi tak mintak pon.

Kalau korang kebetulan berada dikawasan berkenaan, atau kat mana2 pon lah, sesekali, apa salahnya gunakan khidmat tersebut. Sesambil membantu :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan