Hari Raya dan Qurban
Beraya seorang diri di rumah (aku ditakdirkan tidak sihat pulak hari raya ni) membuat aku mengingati kembali pengorbanan emak dan ayah. Sayangnya, aku tidak sempat membalas segala pengorbanan mereka.
Kalau lah ketika ini emak dan ayah masih ada, sudah tentu aku tidak beraya sebatang kara begini. Takpe lah itukan ketentuan Allah. sudah lama pon aku tak merasa nikmat beraya berkeluarga sebenarnya. Nama je balik kampong, tetapi aku tetap beraya seorang diri jugak. Aku pon dah buat keputusan, tak nak balik beraya dah kat kampong. Setiap tahun, beria aku balik kampong, tapi sebenarnya tidak ada seorang pon yang peduli. Aku tetap raya sorang gak. Tapi aku masih ada pakcik yang banyak berjasa kat Kg tu, so balik jer lah kejap pagi raya ziarah, selagi Pakcik masih ada.
Bila cakap tentang pengorbanan, memang pengorbanan emak dan ayah tidak ada tandingan. Kerdilnya rasa diri ini, kerana diberi peluang hidup. Memang tak terbalas kan jasa mereka. Ntah apa lah karenah kita masa kecik dulu. Dulu masa kecik2 selalu je kecik hati, sebab aku bukan lah anak fave ayah. Tapi memikirkan ayah dah besarkan aku, bagi pelajaran, dan aku boleh jd aku yang sekarang, owh tak terbalas jasa ayah. Aku mmg banyak mengadu kasih kat emak lah, sebab emak tidak membeza-bezakan antara satu sama lain.
Bila time raya, mula lah teringat masakn emak. Kurma ayam dan ayam masak merah. (Ikan kicap kalau aku demam*dah lah tengah sakit nih :( *). Apa sahaja lah yang nak makan, sebut je, mesti mak usaha untuk sediakan.
Aku ingat lagi, dulu ayah awal pagi dah keluar bekerja nak besarkan kami adik beradik. Dari situ lah datangnya kesedaran untuk aku berusaha belajar bersungguh-sungguh, seperti yang ayah harapkan.
Dulu masa adik-adik masih kecil, pernah jugak aku jaga mereka kejap.Tapi kejap sgt lah. Tolong tengok2 je pon. Jauh skali nk berkorban untuk mereka kan.Skang semua pon dah lebih 21 tahun. Semua pon dah ada kehidupan sendiri. Semoga mereka gembira dengan kehidupan mereka.
Tapi kan, time raya macam nih, memang biasalah teringatkan mak ayah kan, lebih2 lagi bila dorang dah takde. Kadang2 seronok tengok orang kecoh2 siap nak balik kampong. Satu pengorbanan jugak tu, balik kampong skang kekadang sampai 12jam stranded dlm jem.
Aku jeles lah jugak sebenarnya dengan kawan-kawan yang ada mak pak nih. Belikan itu ini untuk mereka, balik jumpa mereka etc. Sebab tu kengkadang kalau dorang cakap pasal mak pak nih aku diam jer lah. Takde peluang nak buat apa yang dorang buat. Doakan kesejahteraan mereka di sana, itu lah kemampuan yang ada.
Takleh lah membebel panjang2, nanti aku lak yang sedih. Selamat hari raya qurban semua :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
apa2 pun harap u bertabah.
salam aidiladha sid :)
apapun.. Selamat hari raya aidiladha jugak untuk u .. :)
jgn sedih2 tau ..
harap sid bahagia walupun ada yg kurang.. sbb maybe ada lagi org yg kekurangan dr kita..
semoga sid tabah hadapi ranjau hidup ini..