Mi kari

*Ini bukan iklan. Jauh sekali dibayar*

Selama nih, dari kecik sampai sekarang mmg makan megi ayam jer. Tapi bila cuba yang nih, tetiba jd suka megi kari. Yang nih jer lah kot. Ayam pedas nya pon best. Jatuh cinta dengan megi cap nih skang. Siap stock kan kat rumah, konon untuk hari2 kecemasan. Tapi hari tak kecemasan pon belasah. Lagi best siap bawak bekal yg dlm cup, bawak gi library. Kalau takde idea nak makan apa, dan tersangat kusyuk buat keje, lps tuh makan jer mi kari nih.

Selain perasa kari dan ayam pedas ada gak perasa tomyam. Hmmm tapi aku tak cuba lah tomyam. Aku tak minat tomyam. Kalau makan pon mmg tak pernah order tomyam. Kalau ada tuh makan le cenggitu2 jer. Kalau kuah steamboat tu tomyam, kene lah makan jugak. Tapi mungkin sedap jugak kot untuk yang suka tomyam.

Gi lah carik kat kedai skang jugak. Macam mahal gak aku rasa megi nih. Tapi sedap punya pasal, apa lah sgt kan.hehe. Megi cap lain dah jatuh harga hahaha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Mummydearie said…
Mi segera ni memang selalu jadi penyelamat dikala 'kesengsaraan' :D Pernah cuba juga ni, memang sedap terangkat.
adenium said…
Mummydearie - kannn, terus simpan stok banyak2 hehe

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan