Salam syawal

Salam Syawal. Salam aidilfitri.
Macamana raya korang? Jangan tanya raya aku. Hehe.

Lamanya tak aktif bercerita kat sini kan. Kadang2 sibuk, kadang2 malas. Padahal ada jer entri pasal menjelang syawal, tapi sbb tak habis cerita, dah syawal pon tak publish. Takpe lah, panjang umur untuk menjelang syawal akan datang lah plak.

Tajuk syawal, gambar kopi. Biasalah, lepas berpuasa nak kopi lah kan. Bulan puasa jarang minum kopi. Jarang sket lah. Ni penangan kopi jugak kot boleh buat entri at this hour.

Tahun nih syawal is about makan. Apa yang aku tak makan? Macam semua pon makan. A day before syawal dah pekena lemang dan serunding. Sempat jugak berbuka dengan bubur lambuk. Banyak dah rasa bubur lambuk sana sini, setakat nih, bubur lambuk versi terengganu tetap dihati.

Sate, nasi impit dan kuah kacang bestnya kan. Nasi dagang pon ada lah kalau dah beraya kat dungun. Nasi minyak pon 3 version aku makan pada raya pertama. Tak masuk lagi ketupat lemang dan seangkatan. Lontong pon ada.

Nasi lemak dan nasi ayam pon tak ketinggalan. Sekarang makanan raya dah pelbagai. Masa buat entri nih kan, tetiba teringat nak makan rendang hehe. Masa nak balik KL kazen tapaukan nasi minyak jugak, untuk santapan sekeluarga kat kl. Plus bubur yang sister tapau.

Itu belum masuk kueh raya lah kan. Kalau dah balang kueh depan mata, dah kenyang pon masih jugak mengunyah. Memang lah raya setahun sekali. Tapi kalau 30 hari buat perangai macam nih, hmmm mau tak muat baju.

Korang makan gegila macam nih gak ke? Dlm bulan ramadhan thn nih penurunan berat tak memberangsangkan. Tapi penambahan masa raya amat menakutkan. Hehe.

Walaupon masih belum pulang ke pangkal jalan sepenuhnya, langkah le arah itu telah diambil sedikit demi sedikit hehe. Bila dah rasa tak selesa pandai2 lah buat apa yang patut kan. Jangan sampai baju dah ketat baru nak bertindak. Ini aku lah, korang aku tatau lah.

Itu lah cerita raya aku. Yang plg meriah mmg agenda makan lah. Sebenarnya ada 2 3 makanan jugak yang tak dijumpai, takperlah len kali boleh cuba lagi ye. Nih pon perit jerih rasanya nak stabilkan berat, lagi mau ingat yg belum dirasa. Skang sambil makan sambil gigih nak stabilkan berat by end of this month.

Ni lah sebab aku malas nk bergantung hidup kan 'makanan atau minuman' yg boleh membantu melangsingkan badan hahaha. Dua 3 bulan boleh lah menahan diri dr itu ini, atau pon 6 bulan. Dah nama aku nih org melayu, org kampong plak tuh, dah sejak kecik makan camtuh, camner tetiba nak suruh tak makan. Kannnn, hahahaha. Aku selalu cakap kat orang, aku nak makan, dan nak kurus. So berusaha lah cara lain.

Karangan nih fail nih. Tajuk lain serita lain. Sebelum masuk bab yg langsung tak berkaitan kang, baik aku stop dulu. Len kali kita sambung.

Salam aidilfitri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan