Duit raya

Salam aidil fitri. Masih dlm bulan raya kan. Hehe

Terkenang masa zaman kekecik, seronok raya sebab dapat duit raya. Zaman tu bukan lah org bagi banyak pon, tapi seronok kan. Tapi zaman sekarang, bebudak tak tau kot zaman kita dulu dpt duit syiling jer. Skang takde dah kot yg bagi duit syiling. Paling takde sgt pon singgit kan.

Yang lebih afdal sedekah lah masa bulan puasa. Tapi sedekah di bulan syawal, boleh juga. Ada yg kata, tak payah lah bagi duit raya, takde bajet. Lain orang lain katanya.

Bagi aku, nak bagi duit raya bukan nak tunggu banyak duit. Sebab takde duit jugak lah aku bg duit raya. Bagi ikut kemampuan. Kalau korang bagi kat org dah banyak duit, mmg lah takde nilai. Nih sedekah kat budak2, dorang mesti happy kan. Menggembirakan org kan baik.

Bagi duit raya ada yg kata ikut amalan agama lain. Biasalah, lain orang lain lah katanya. Apapun, bagi aku bergantung pada niat jugak lah kan.

Seronokkan, bila tgk kanak2 kira duit raya. Dorang pon seronok dapat duit raya. Tak ingat zaman kita dulu? Ken main lagi seronok dpt duit raya kan. So dulu kita pernah seronok, apa salahnya skang kita seronokkan bebudak lain plak.

Memang lah ada jugak budak yg tak seronok dpt duit sket dari kita. Anggap jer lah itu kes terpencil. Dorang ambik jugak kan, boleh gak beli gula2 etc. Dah beli itu ini dorang lupa dah, berapa sikitnya kita bagi hehe.

Tak kesah lah apa korang punya stand pasal duit raya, janji jangan kedekut sudah. Kadang2 kita berkira sgt nak sedekah duit raya. Tau jer lah time raya, baik lah guna untuk beli itu ini untuk diri sendiri kan. Hehe

Orang gomen tahun nih dpt lah 500 duit raya. Haha alhamdulillah. Boleh jugak buat duit minyak ngan tol balik kampong kan. Sambil beli kopi dan jajan kat stesen minyak. Makan sambil memandu, kurang mengantuk. Rezeki tu, walaupon sikit ada gak baiknya hehe.

Dah ala2 nak lari topik dah nih. Hehe, len kali lah sambung citer lain ye. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam