Catatan Perjalanan : Ho Chi Minh (ii)

cerita basi, dah nak travel ke tempat lain pon, cerita nih blom abih cerita . hehe
 
Day 3
Sambungan kesah ke HCM. sangat takde masa nak cerita, berkurun jer entri nih dok dalam draft. ok, hari ketiga kitorang kat HCM, trip pergi ke Delta Mekong. Jauh jugak dari HCM city tu. about one hour jugak sehala. hah pagi nih aku bangun on time lah, takde lah lewat lagik. lepas breakfast terus kitorang mulakan perjalanan. tidor bangun jugak aku dalam coach tuh. 

Basically trip nih nak bawak round naik boat lah sambil lihat kampong dorang. boat kitorang hanya kitorang 5 orang jer. best lah kan. jmemang best trip nih. sebab takde lah dibawak ke tempat2 yang kitorang taknak pergi dan tourist guide pon ok. 

So, kitorang dibawa dari satu kampung ke satu kampung. kampung yang mula2 tuh kitorang tengok perusahaan lebah dorang. sesambil tuh bleh tgk lah suasana kampong dorang. lebih kurang kampung kat tempat kita jer lah. then ada bawak naik sampan. memula tu tak berapa nak suka. aku kan cuak sket mende2 gini * nampak jer gagah perkasa, dalam hati penuh taman. hahaha. skang dah tak adventurous lah* 

Lepas tuh, kitorang dibawa gi makan buah sambil tgk lah persembahan dari penduduk tempatan. kejap jer lah, dorang nyanyi satu dua lagu patriotik dorang kot. tapi satu yang aku nak puji, tempat dorang nih bersih lah. ce tengok gambar yang ada pangkal pokok tuh, kan ada nampak parit tuh. kalau nak tau, parit tu pon bersih. sangat bersih! takde lah bau-bauan yang kurang menyenangkan nih. 

Lepas tuh pulak kitorang ada lah dibawa tgk hasil kraf dorang, kot2 kalau nak belikan. lepas tuh lunch dan balik semula ke seberang sana. Delta mekong nih kawasan subur lah. orang dorang nih kira rajin lah kan. eh, tapi ada gak tabiat malas tau orang lelaki sana. pompuan rajin. hehe. 

Balik semula ke HCM city ambik masa sejam jugak lah lebih kurang. sampai jer, balik hotel rehat kejap, sambung aktiviti memasing. ada yang gi shopping dan manjakan diri. sampai lah ke malam. lepas dinner pon sambung lagi. 
kat vietnam nih kan memang terkenal dengan kopi. so aku memang tak lepas lah cuba kopi dorang. bak kata aku sendirik, lepas kopi kopi...lepas kopi..kopi lah kan. aku pon ada gak lah beli sket bekalan kopi. yang 3 in 1 tu ok lah.... tapi yang kopi timbang tuh...takleh lah nak buat macam yang minum kat sana... kang sekejapan jer beat bertambah kot.hahaha. so sampai sini... sama ada minum kopi itam semata atau pon letak skimmed milk. ala2 latte gitu kan. 


dah berkurun letak kat draft, aku pon tatau apa sebenarnya nak cerita. haha. gambar buah buah kat atas tuh masa kat mekong. eh tapi kan, kat town hcm tuh pon ken main banyak gak org jual buah. so ada gak lah beli laici etc. gambar tarak lah ye.hehehe

HCM city nih dah jadik tumpuan rakyat malaysia untuk shopping skang. dorang dah beralih arah dari bandong ke sini kotnya. bila baca komen2 kat page backpackers, banyak gak cerita baik dan tak baiknya. dorang cerita bahaya kat sini, pencopek banyak. teksi menipu, etc lah kan. bagi aku mende mende nih memang kat mana2 pon ada. apapun, memang kene berhati2 lah kan. terutama kalau gi pasar malam dorang tuh. kalau boleh sedia sesiap lah duit yang nak digunakan untuk beli apa2. letak asing sesiap. jangan nak beli barang masa tuh nak bukan guni duit tuh. dah nama pon pasar malam kan.
 
 
Day 4
Hari terakhir adalah hari shopping lagik. hmm apa lagik yang aku nak shoppingkan nya ntah. sebab kene ujan lebat kat chu chi tunnel arituh, aku dah start nak demam.*balik KL terus demam panas melarat sampai seminggu*  flight kitorang adalah malam. so aku meronda jer lah sekitar bandar tuh.
 
petang baru kitorang gerak ke airport. so dalam flight aku memang tido jer lah.
 
 
sampai lcct, ada cerita tk best sket. aku ngan sorang lagi kawan kene tahan kat kastam. dan kene cukai. kawan yang beli lagik banyak dr kitorang tak kene plak. tapi yang aku tak puas hati, dengan jawapan dorang bila kawan aku tanya macamana kitorang kene cukai sedangkan yang lain tak kene. jawabnya 'scanner kami ni boleh kesan baju baru atau baju lama' . OMG!!!!!!!!!!!!!!!! adoiii...tolong hantar ke kursus apa yang berkaitan dengan pelanggan boleh tak? bagi aku jawapan tuh sgt memalukan jabatan lah. walau pon CANGGIH dgt scanner tuh hahahaha, apsal aku yang beli kain pat 5 pasang untuk adik badik yang kene.sedangkan orang lain hangkut segala maknek tak kene kan?  hmm cenggitu lah. dah kene bayar jer lah kan.
 
so itu lah cerita aku ke HCM city. :)
 
ok tamat dah. next tunjuk gambar makanan kat sana jer plak lagik. 

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan