Jom makan: Ma' Cik biryani

Hallo korang.
Ketandusan makanan dah blog nih lately kan. Owhhh jangan buat spekulasi sendiri mengatakan aktiviti makan aku berkurangan sebab beriya jaga makan. Tiada apa2 makna disitu. Makan tetap happening, cuma tak dipaparkan untuk tatapan korang.

Tak abis lagi sesi makan2 kan. Ok, ini kononnya perjumpaan raya bebudak sekolah. *mahasistua**tua ker? Err tak lah* tapi last minute kitorang jugak yg muncul. Biasalah, kitorang nih last minute tu kekadang ada je panGgilan pulau.

Konon nak mood raya, pilih nak makan beriani. Biryani? Macamana eja sekalipon korang tau lah apa yg aku nak sampaikan. Masa memula dengar ' jom jumpa kat MA'CIK BIRYANI' terus dok terpikir nih org melayu punya masakan lah nih. Beberapa jam sebelum pergi sempat google nak tgk menu, skali dengan sejarah skali dapat.

Kedai nih kira konsep baba nyonya. Kenapa serve beriani sebagai makanan utama? Sbb owner punya fave. So owner nih belajar masak etc, so cenggitu lah serba sedikit ceritanya. Dalam kedai nih bersih dan kemas. So memang selesa lah kalau nak dtg sambil santai. Menu pon banyak pilihan, bukan nasi beriani ajer, ada sup tulang, sup ayam, tandoori, rojak johor, tauhu bakar, dumpling goreng+sup etc. Banyak lah. Dessert pon banyak jugak. So tak payah bimbang lah kalau anda sedang berdiet.

Kitorang order nasi beriani ayam, daging x2 dan jugak kambing. Rasanya boleh tahan. Tapi kalau korang penggemar nasi beriani tegar korang cakap biasa2 jer lah. Sebab kalau kat johor biasa lagi sedap lah. Tapi daging atau ayam atau kambing nya memang best bagi aku.lembut so senang nak makan. Harga beriyani nih dlm rm20 satu hidangan. Besar jugak hidangannya. Kalau makan sorang sampai malam boleh kenyang.

Tapi kan, rojak johor tuh memenuhi citarasa tekak aku lah. Dan aku dapat agak tauhu bakarnya pon best. Desert order pulut hitam jer, santan dia bagi asing, so kalau korang rasa santan tuh musuh letak lah sesudu dua je. Takleh nak order dah yg lain sebab dah kenyang.

So cenggitu lah ceritanya, aku rasa nak ulang lagi, sebab nak makan rojak johor dan sup tulang plak. Plus dumpling tuh. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan