Salam Ramadhan
image: google
Salam Ramadhan.
Dah hampir setengah bulan Ramadhan baru nak ada entri mengenai ramadhan. takper lah, janji ada kan. hehe. Ramadhan tahun nih macam ramadhan yang lepas jugak agaknya. cuma, azam untuk menjadikan ramadhan ini yang terbaik berbanding tahun tahun sebelumnya sentiasa ada.
Ramadhan tahun ini aku memang agak bizi dengan perjuangan aku nih *keduniaan*. ada banyak bende nak kene finalize sebelum semester baru bermula. progress yang agak slow menjadi semakin slow di bulan ramadhan. eh, bukan aku menyalahkan ramadhan, tapi diri sendiri lah. senang-senang jer memendekkan waktu 'kerja'. hmm, tapi kalau dah terpaksa, kene jugak lah berjaga malam seperti biasa. takkan nak mengalah di tengah jalan, kan.
agenda berbuka puasa adalah sederhana. kadang2 ke pasar ramadhan, dan kdang2 jugak masak jer sendirik. masak sempoi2 jer lah. sengsorang nih agak tak berbaloi kengkadang nak masak. kalau takde pilihan masak jugak lah. kalau ke pasar ramadhan pon memang takde lah aku mengikut nafsu makan tuh hehe. kuih-muih memang teramat jarang dibeli kecuali dah terlampau teringin. beli satu dua dish yang nak makan dah lah. *echeh, insaf nampak*
persiapan raya macam biasa gak. tahun nih beli ready made jer lah. *hmm mesti tailor aku rindu kat aku* skang memang jarang betul tempah baju. apa taknya 'uniform' harian adalah jeans/pants ngan kemeja jer. tapi, untuk raya nih, awal2 dah beli satu baju batik readymade. dah mata berkenan, apa nak buat. nih pon memang adalah yang berkenan di mata dan tunggu masa shopping raya nnti jer *hmm, bila nak berubah nih*
apa lagi nak cerita? pasal terawih, sedekah dan seangkatannya itu bukan lah sesuatu yang perlu dimasukkan dalam entri kan. hah, sebab takde mende pon nak cerita, tuh yang tak buat entri tuh. hehe.
kehidupan masih lah bergelumang dengan research nih. sesambil tuh ada jugak travel lately untuk facilitate a few classes. dan akhir bulan nih ke utara lagi untuk last session. hmm, basically itu jer lah kesahnya. takper, lain kali aku cerita lagik, hehe.
selamat berpuasa :)
Comments