Perkhidmatan online

Salam Ramadhan.

Nak tanya ni, korang pernah guna tak perkhidmatan online yang disediakan oleh kerajaan Malaysia? Aku mmg jarang lah. Nama je berkhidmat dgn gomen. Bidang IT lak tuh. Adoiii ntah apa2 lah aku nih kan.

Tapi aku cuba2 jugak lah guna. Aku pernah cuba bayar saman online. Bayar saman MBPJ pon pernah. Itu jer lah kot.

Walaupon dah lama dengar myeg. Dan dah merata org guna. Aku baru jer try guna haha. Tuh pon sebab nak renew roadtax. Biasa awal2 lagi dah ada agen insurance yg call nak offer perkhidmatan. Tahun nih dah dekat mid july pon takde yang call. Then kawan aku suggest guna myeg jer.

Sah mmg senang lah myeg nih. So len kali takde lah aku susah2 kan. Dok depan pc jer , sekejapan jer siap. Suka lah. Suka sgt hahaha. Roadtax tu boleh jer dorang post. Tapi memandangkan kaunter myeg kat 1st avenue, dan itu adalah kawasan jajahan. Gi ambik sendiri jer lah.

Dah terlanjur cerita ni, aku nak tambah cerita. Kalau uols ada masalah dgn telekomunikasi, internet etc yang berkaitan boleh lah buat aduan kat SKMM.

Al Kesah, aku ada masalah dgn digi. Miscommunication sebenarnya. Tapi susah sgt nak settle. Ding dong ding dong pass sana sini. Tak gak selesai. Hampir setengah tahun. Paling tak tahan ada sekali aku call customer service boleh ada sorang yg bertugas tuh kata dorang takde no telefon aku untuk menghubungi aku. Ehhhhhh dah selama nih korang kol aku.

Penat dengan masalah nih, aku hantar emel kat SKMM. Cerita segala kronologi. Then SKMM respon dia dah forward kan masalah kat digi dan akn diselesaikan dlm masa 15 kot tak silap.

Sup sap sup sap jer settle. Baru lah aku dapat deal dgn betul ngan digi. So skang semua dah settle. Hehehe.

Skang aku punya research ada kaitan dengan service delivery. Tuh yang aku rasa perlu lah kan aku ambik tahu apa2 inisiatif kerajaan dah buat untuk improve service dorang kan. Dah scope of study pon malaysia public sector hehe.

Tapi kalau kita tgk banyak dah improvement dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan ni kan. Walaupon belum semua, tapi dah banyak perubahan positif. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Anonymous said…
Hi,

Bayar saman mbpj tu boleh kat myeg? If byr kat cwgn pdrm or jpj boleh x? Saman mbpj linked dengan dorg kan?

Tq

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan