Catatan Perjalanan : Ho Chi Minh (i)
Day 1
Dah lama tak berjalan since lepas gi Beijing tahun lepas. nih kira aktiviti cop passport pertama tahun nih. sekali jer cop passport kot tahun nih. owh ya, kalau nak keluar lagik, kene renew passport dah. sebab dah tak cukup dah 6 bulan dari tarikh tamat tempoh sah laku.
actually memang dah lama berhajat nak pergi vietnam, to be specific nak pergi Hanoi. tapi kengkaan semua pon dah pergi. tetiba ada kawan yang nak arrange bagai. so kira jadik jer lah. tambang ngan package pon kira dalam kemampuan terus lah on. biasa lah duit negara murah nih, takde masalah sgt lah kan. package tak mahal. hmm tuh yang tak terbang jauh tuh. hehe
Aku rasa dah seronok pulak pergi package kalau ke negara2 macam nih. sebab makan adalah sgt mewah, hotel pon best hehe. tapi trip ke Ho Chi Minh City nih agak best walaupon guna package, sebab takde lah dia bawak kita merata ke tempat yang kita tak nak pergi. lebih kepada ikut mana kita nak pergi.
trip nih kitorang gi 5 orang. 3 kawan-kawan yang sedang sama berjuang, dan 2 orang aunties kawan aku. we had fun!!!
penerbangan pagi jam 7 lebih. no flight pon dah lupa. aku dah buat web check in. so masa sampai LCCT dok melepak lah minum kopi dulu. sebab malam tuh memang tak tido. sekali masa nak masuk ke boarding hall kecoh sket. sebb aku silap paham, the bar code was not sent to my phone rupanya. yang ada cuma confirmation emel jer. hah dah kelam kabut aku nak kene check in semula. sbb tak boleh nak print tix macam tuh je.
dalam flight dapat lah tido kejap. tapi sebab dah pre ordered satay, so masa tidor terganggu jugak lah. selepas dua jam, kitorang safely landed kat HCMC. dah ada org tunggu, tuh yang senang. terus jer kitorang dibawa pusing2 town tuh.
kitorang pon dibawa jugak ke war museum. memang sedih jugak lah tengok. negara kita pernah jugak dijajah, tapi kita takde war museum kot. eh ada satu kat Batu Maung, Penang kan. war museum nih memang mempamerkan kesengsaraan dorang dulu. so ini memang boleh meningkatkan semangat cintakan tanah air tau.
lepas tuh sempat lah jugak bawak tengok 'white house' dorang, tapi kitorang malas lah nak lama2 kan. hehe. sementara tunggu lunch tuh, kitorang round2 town ambik gambar. waktu kat sini adalah GMT +7, so satu jam lambat dari waktu malaysia.
Lepas lunch baru lah kitorang check in hotel. kesah makan-makan nnt entri lain ye. kitorang menginap kat Hotel HOANG HAI LONG. hotel 3 bintang jer. tapi puas hati lah. nih kat kawasan District 1. kira jalan kaki jer ke Ben Thant market tuh. starbucks coffee pon memang betul2 depan hotel aku jer. sebab terlalu mewah dengan makanan dan nak rasa kopi tempatan yang memang tersohor, aku takde lah melepak minum kopi kat starbucks pon. cuma pergi beli tumbler jer. dan tumblenya adalah agak murah dari tempat lain yang pernah aku beli setakat nih. :) . eh korang tau tak, aku tengok kat HCMC nih, hotel 3 bintang merata, dan sgt ok. hotel yang aku duduk tuh siap ada wifi free lagik. so kali nih aku memang tak buat data roaming lah. JIMAT! haha.
lepas lunch, check in hotel, sempat rehat kejap dan sambung jalan2 kat town dia tuh. sebenarnya pusing2 situ jer. tapi aku yang memang tak reti baca map memang susah jugak nak memahamkan peta pada mulanya. aku harituh memang letih giller. sebab tak tido lagipon dari semalam. lepas dinner, balik hotel. dalam hati ada gak niat nak melepak minum kopi, starbucks pon jadik lah, sebab senang betul2 depan hotel. skali, roomate aku awal2 lagi dah tertido kepenatan. so aku pon tertido lah kan hehehehe.
Day 2.
hari kedua janji nya kol 730 waktu sana kitorang nak gerak gi bfast. skali korang tau apa jadik? aku ngan roomate kol 8 baru bangun, hahaha. kelam kabut lah kan. so lambat lah sket breakfast kitorang pagi tuh. pagi nih aku dapat rasa kopi dorang. memang best lah. kopi pekat kaw!
hari kedua nih kitorang dibawa ke Chu Chi tunnel. memang tak sah kot kalau tak pergi sini. perjalanan ke sini ambik masa satu jam lebih kurang.
kalau tengok tunnel nih, aku rasa sgt kagum lah dengan dorang nih. agaknya bila dah terdesak dulu, memang dorang boleh jadik sangat kreatif dan inovatif. kalau tengok tunnel yang siap ada layers tuh, ada tempat ambik saluran air bersih dan ada ventilation system. fuhh, kagum! tapi kalau dengar cerita memang sengsara lah dorang dulu kan.
salah satu faktor yang dapat menyelamatkan dorang jugak adalah saiz badan dorang yang kecik, so, jalan masuk ke tunnel tuh memang muat2 jer lah kan hehehe.nasib tak menyebelahi kitorang hari tuh. sebab hujan sgt lebat. memula sket jer ujan so ingat takdelah kesah nak kene ada rain coat ke hapa, skaliiiiiiiiiii. hah memang basah kuyup lah aku.
lepas ke chu chi tunnel tuh, kitorang balik dengan keadaan basah kuyup tuh ke town. lepas lunch dan rehat sambung lagik dengan aktiviti shopping. aku nih bukan lah shopping pon sangat. adalah beli sket2, tuh pon belikan untuk adik beradik. dan yang dorang kirim. tapi ada DRAMA jugak di akhir perngembaraan nih. kemudian cerita lah ye.
malam tuh, kitorang ronda2 pulak ke pasar malam nya. biasalah tempat macam nih kan kene pandai tawar menawar. aku meang fail lah kan. tapi ok lah jugak dapat bargain bagus jugak lah. sebab aku tak banyak beli barang so takde lah nak kesah sgt. yang aku beli adalah kopi. hehehe, berjenis2 kopi aku beli.
malam tuh pon sempat jugak dok singgah minum kopi kat kedai kopi dorang. nih kira macam starbuck jugak lah. sebab harga segelas kopi yang aku minum tuh lebih kurang harag starbuck tuh hehe. malam tuh tidor lena, sebab dapat kopi. kesian roomate, tak dapat tido penangan kopi tuh. hahahaha. aku sendiri pon tatau sama ada betul ke minum kopi tuh bleh buat kita tak tido. sebab kadang2 memang aku minum kopi untk berjaga siapkan kerja. tapi adalahkala, minum kopi pon aku ok jer tido. sebab sekarang kopi adalah minuman wajib aku. kalau tak minum kopi badan memang lesu.
so itu jer lah cerita dua hari aku kat HCMC ni. nanti kita sambung lagik ye untuk hari berikutnya. :)
Comments