Jom Berbuka Puasa : Le Meridien -Ramadhan 2013

Salam Ramadhan, 
Ramadhan dah semakin hampir, semoga Ramadhan kali ni adalah yang terbaik untuk kita. Bila dah bulan Ramadhan nih, mesti kita nak jenguk2 jugak kat mana nak berbuka puasa. Walaupon memasak, atau beli kat pasar Ramadhan, sesekali nak jugak berbuka dengan pelbagai jenis juadah kan. Macam tahun lepas2, Le Meridien ada menyediakan Buffet berbuka puasa. 

Latest Recipe, Le Meridien
Buffet Ramadhan - 10 July - 6 August 2013.
Harga:
RM128++ (Monday - Friday)
RM118++ (Saturday & Sunday)
RM88++ (for booking after 9pm-Monday -Thursday)
(http://www.lemeridienkualalumpur.com)

Buffet kat Le Meridien nih memang banyak pilihan. Aku sendiri pon macam semua pon nak makan. Tapi memang tak termakan lah kan. Pilih mana2 yang memang teringin jer.
Rendang ni memang best sangat. Aku memang suka rendang. tak kesah lah makan dengan nasi atau ketupat, lemang etc. semua pon layan. 
Ni lagi satu makanan yang menajdi pilihan kalau bulan Ramadhan kan. ikan percik. dan ini jugak salah satu yang memang aku kene makan lah. 
Tadaaaa.... kambing golek pon ada. Hah, semua pon fave lah kat Le Meridien nih. tuh yang tak boleh nak rasa semua. kene ulang berbuka lah kot kan. hehe
Oyster! slurppppppp. pon wajib kene ada. berbaloi lah kan, dengan harga buffet. 
Macam2 lagi lauk melayu yang ada. siput sedut pon ada, tapi aku tak try lah yang nih. sebab memang tak makan siput sedut tuh. tapi tengok orang lain ken main laju jer menyedut. sah lah sedap tuh kan.
Kan dah cakap macam-macam ada. rambang mata! sashimi, sushi, dim sum dan teriyaki pon ada. aku memang pantang lah salmon sashimi nih. pantang nampak. nih pon memang berbaloi lah. sangat berbaloi!
Dan macam-macam lagik! fuhhhh.. tak larat nak makan semua.
Dessert! Ice cream. Buah-buahan. nih aku tak tunjuk gambar choclate fountain lagi tuh. kalau banyak macam nih, nak sekali hadap memang tak larat. stop gi solat maghrib nnt sambung balik kan. hehe.

Memang berbaloi-baloi lah berbuka kat sini. value for money! korang pon boleh lah try nnt ye. 
Thanks to Le Meridien sebab bagi peluang aku rasa dulu untuk bagitau korang.
Thanks jugak kat Kak Red (redmummy.com) sebab ajak merasa dulu. :)

Selamat Berpuasa :)

Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan