Berlari

Berlari. Hobi yang baru bermula setahun yang lalu *hmm baru lah tu kan* Hobi yang tetiba muncul semasa aku menjalani satu perjalanan yang sunyi * a lonely journey*
Aku masih belum konsisten semasa berlari. Kadang2 belum sampai 1km dah terasa tak mampu, dah terpaksa power-walk untuk dapatkan kekuatan. Kadang2 macam tak percaya jugak aku mampu. So, aku masih lagi belajar untuk menjadi pelari yang dapat berlari dengan konsisten. Tak kira lah berapa jauh kita berlari, yang penting kita habiskan apa yang kita dah mulakan. Biarpun terpaksa mengambil masa yang lama dr org lain. *satu pengajaran yg aku dpt relate dgn journey aku skang, berusaha untuk habiskan apa yang dah dimulakan. Kadang2 habis cepat itu bukan lagi ukuran, tapi keupayaan kita untuk habiskan. Kemampuan kita berbeza, cabaran dan halangan yang kita tempuh juga berbeza*
Setiap kali nak berlari, aku sentiasa berdoa supaya aku tidak tercedera etc. Kadang2 risau jugak kaki kanan aku nih, masih jugak belum pulih sepenuh nya akibat terhentak kuat masa jatuh harituh. Kadang2 ok, kadang2 tak ok. Apapun setakat nih masih mampu habiskan.
Aku bukan lah pelari marathon. Mostly aku berlari untuk 10km jer lah. Atau kadang2 cuba2 juga pergi jauh sikit. Yang pernah jauh pon newton challenge 12km dan malakoff penang 17km. Ada jugak cuba daftar untuk yg lebih dari itu, tapi belum cuba tak berani nak komen lah.
Apapun kenelah kurangkan lagi 20kg nih supaya dapat berlari dengan lebih consistant *endurance*. Ye aku sedang berusaha! Hehe
Tapi kan, Mentang2 lah aku nih gemuk, kadang2 kalau nak gi kedai cari kasut lari untuk long distance dorang macam... Hek eleh, takat nak jogging pon sibuk tanya kasut itu ini. Arituh kat penang, bila tau aku dtg sbb malakoff terus buat kesimpulan... Owh u masuk fun run 7km tu ye. So mmg confirm lah kene kuruskan. Hahaa
Aku mmg sgt kagum dgn org yang berlari. Dengan orang yang habiskan larian. Marathon atau half marathon lebih2 lagi lah kan. Kadang2 hilang akal rasa dengar orang berlari marathon dlm 3 jam lebih sket jer. *macamana aku kagum kat org2 yang bleh dpt doctorate, macam tuh jugak lah aku kagum kat pelari marathon, HM. Apatah lagik yang berlari sampai 100km tuh. Semangat kene kuat. Sampai saat ni, aku tak rasa lah aku dapat berlari marathon. Apapun, boleh jer berusaha kan.*
Berlari nih boleh kurangkan stress. Clear mind. Kemampuan kita berbeza, tapi tak salah mencuba. Most of the time aku buat power walk ajer untuk stamina. Kadang2 tak larat nak lari. Kadang2 masa hari kejadian jer baru lari bersungguh2 *bersungguh takat kemampuan aku la haha*
Apapun, selagi mampu, aku akan terus berlari.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Comments

cikcloudy said…
i salute u lah.. keep on running babe!
Anonymous said…
Cikcloudy - thanks :) -sid

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan