Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (II)

Setelah sekian lama, meh nak sambung sket lagi cerita ke Beijing.

Day 4


Good morning Beijing. Sarapan yang sama lagi. Kalau lah adapat nasi lemak pagi –pagi yang sejuk nih kan best . hehe. hari nih nak gi great wall. Great wall nih terletak kat pedalaman sket lah, so cuaca hari nih mcam sejuk sket. Sejuk yang panas. Hmm macam mana tuh. Cuaca sejuk, tapi matahari ada . nasib baik tak demam aku. Badan memang dah rasa lain macam dah lah kan. Sebelum tak sihat, baik makan sesiap ubat.

Dalam perjalanan tuh, kitorang singgah dulu kat Jade center. Lepas dorang promote jade, jomlah berlumba2 untuk beli jade. Selesai urusan jade, kitorang gi lunch dulu. Lepas tuh baru teruskan perjalanan ke great wall.

Satu lagi wonder of the world yang aku dapat tengok tahun nih. Awal tahun harituh dah tengok taj mahal. Amazing sangat lah aku tengok great wall nih. Nak panjat tuh pon sangat siksa rasanya. Apatah lagik orang zaman tuh nak membuatnya. Patut lah ramai yang terkorban masa nak bina dulu kan. Huh, tak fit rupanya aku nih, tercungap2 wooo nak sampai satu gate pon. Tuh yang dah exercise selalu pon tercungap2. Kalau aku tak exercise maunya tak sampai kot. Hehehe.

Selepas tuh balik semula ke kota Beijing. Sebelum dinner tuh, adalah singgah satu market nih kalau ada sesapanak shopping. Seriously aku memang tak reti lah nak shopping kat sini. Hehehe. Selepas dinner, sebelom balik hotel, singgah jap tengok the longest TV.

Sangat kepenatan hari nih. Tapi puasa hati 


 orang dok tengah buat jade.
 perjalanan menuju ke Great Wall. cantik pemandangannya. memang kawasan nih terletak jauh sket lah dr Kota Beijing
 memang menkjubkan lah kan. kalau zaman dulu dorang bleh bina kubu cenggini.

 curam giller nak naik tuh. sampai satu tahap memang kene berpegang kat pemegang tuh untuk naik. kalau tak tatau lah sampai ke tak ke atas tuh kan. hahaha


 the longest TV. ntah lah tatau aku nak appreciate mende nih. hahaha. bleh plak cakap gitu kan. bukan apa sebab TV tuh ada kat atas kepala tuh... macam kene dongak tengok macam tak berapa nak sampai lah maksud nya. eh aku tau ke maksud kenapa dia letak TV terpangjang tuh sebenarnya? hahah tatau pon. ok melawak jer tuh
 Day 5
Bila dah tiba hari hari terakhir nih dah macam takde apa dah aktiviti kecuali membeli belah. leps breakfast hari ke 5 nih, kitorang dibawak ke Bird Nest Stadium. dulu masa memula stadium nih siap. aku jeles jer dengar orang gi beijing tengok stadium nih.naper ntah. tapi hari tuh aku dah tengok sendiri. tapi gi ambik gambar jer lah. kat sebelah dia tuh ada water cube building. nih untuk sukan renang.

lepas tuh, sekali lagik kitorang dibawa ke tempat jade. tuan punya kedai tuh punya lah kelentong kelentong. kitorang pon dapat lah satu satu jade yang takde kelas. rupanya, kalau korang baca kesah orang dtg jalan2 ke beijing nih, memang ada orang cerita pasal tokei jade nih. ntah lah, aku rasa dia nih kelentong jer lebih. hehe

lepas lunch, aktiviti adalah shopping jer.
Day 6

hari nih adalah hari terakhir di beijing. dan aktiviti ari nih adalah membeli belah sahaja. sorry aku tak ingat lah apa ke nama tempat tuh. salah satu tuh ada ya show yang semua orang dok cakap2 tuh.
seriously aku tak reti lah nak shopping kat beijing nih.
bukan apa, kalu nak suh tawar sampai kaw-kaw nih memang aku bukan orangnya. dah tuh boleh marah@ plak kan. potong betul lah. aku jer lah yang tak happy. tapi kalau korang memang penawar tegar. memang heaven lah.

Shopping kat Beijing nih ala2 kat petaling street. memang tak reti lah aku kan. jangan kan petaling street, Jalan Tar pon setahun kekadang tak sekali aku ke sana. dah lah dorang nih kasar. so, takperlah, takde lah shopping pon aku kat sana.  tapi kalau korang pandai tawar menawar, best lah kot.
so most of my time aku melepak minum kopi makan scones kat starbucks jer lah kan.

lepas dinner terus balik hotel. masing masing dah tak larat dah kot, seharian mengukur tempat shopping. dan malam tuh jugak kene lah packing. aku memang dah sedia beg secukupnya lah. walaupon takde shopping sgt, tapi beg tetap lah beranak kan.



beli lah sesikit kat adik badik ngan anak buah. ipar duai memang tak dapat apa kali nih. owh ada , dapat kuaci. kuaci best tau. hehe. untuk souvenir pon aku beli yang org dtg jual kat hotel. senang. malas aku nak tawar menawar. tak reti.

Day 7.
Hari nih pepagi dah bersiap dan terus ke Airport Beijing. Macam pergi jugak, kitorang transit kat Hong Kong. tapi penerbangan balik nih, dri Beijing ke Hong Kong dan Hong Kong ke KL pon naik Cathay Pacific. *so takde lah haagen dasz hehe*

almost 8pm baru touch down KLIA. clear imigresyen, ambik beg barang bagai, tunggu kenderaan nak balik, so kol 9 lebih sket gak lah baru aku gerak balik.

so camtuh lah sedikit sebanyak cerita aku. :)

Comments

AkuLois said…
Overall bape bintang ko nak bagi??.. klu xcukup bintang aku nak cross from my list.. hahhaahaha...
adenium said…
AkuLois - ikut trip memang takde masalah, agen aku nih reliable lah.... so berbintang2 aku bagik.. hahaha

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London