jom makan: makan-makan di Beijing

meh cerita pasalmakan plak. dah lama tak cerita pasal makan. eh ye ker? ok, nih keah makan2 kat beijing. dari dalam flight lah. sampai lah ke balik malaysia. seriously, masa kat sana, memang tak sempat nak lapar.  chocolate, cashew, almond, granola bars etc yang aku bawak tuh, tak sampai 2/10 pon aku makan. dan last2 bawak balik kl semula. basically makanan kat sini ok lah. tekak aku memang tak memilih *hey, tengok body i lah kan* . so, dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
 ambik penerbangan cathay pacific, dari KL, so memang sah2 makanan dari sini. so no worries lah kan. masa penerbangan ke hong kong tuh aku ambik fish and noodles. tapi takde nak ambik gambar. juices ngan peanuts memajang jer makan, sambil tgk movie.
masa turunbreakfast kat hotelpagi tuh, tengok semua sayur, dan ada mi. ada lah jugak nasi, tauhu, purple sweet potatoes etc. menarik jugak makan sayur nih. tapi memang nasib baik lah sayur dah masak. aku nih ulaman ke, salad ke, memang haram tak reti nak makan.
 makan masa lunch kadang2 menarik jugak. memang mostly sayur lah. ada jugak lah ayam dan telur dan daging. nih masa hari pertama lunch. tapi tengok makanan dia nih agak berminyak jugak. minyak sayuran kot :P. tapi ada satu herb yang memang aku takleh terima, bila termakan/ tergigit tuh rasa macam semacam. mulut pon rasa kebas. tapi masasehari dua ok lah lagi kalau tergigit herb tuh pon.
 nih masa first day punya dinner. meriah kan. kobis ngan telur dadar tuh memang sentiasa ada jer kot. ada jugak taufoo goreng. tapi kat sini, mostly kedainya pinggan kecik. dan jugak, pinggan tak semenggah. haha.
 ini hidangan lunch pada hari kdua di beijing. nampak tak yang halus2 digoreng tuh. tuh adalah taugeh yang di goreng rangup. sangat best. betul memang best. krup krap krup krap jer.
 dinner hari kedua tuh. memang banyak jenis lauk lah yang terhidang setiap kali waktu makan. dan aku pon mulalah teruja untuk rasa semua bende. dah tuh kalau kene dengan selera mula lah bertambah2. hah, macamana nak rasa lapar masakat sini. nih makanan yang wajib, lepas makan kitorang akan gi beli buah lah etc. fuhh, serious perut memang tak kenalerti lapar langsung :p
 lunch kali nih ada ikan seekor plak. dan ada popia red bean.best tau. kadang2 rasa macam sama jer lauk dorang nih. walaupon ada yang macam tak sama. penggunaan salari memang banyak dalam masakan dorang.
 makin lama dah makin malas nak ambik gambar makanan. hahaha. sampai makanan jer terus angkat masuk pinggan.kadang2 udang pon ada jugak dihidangkan.
nih masa nak balik. makan dalam cathay pacific. masa dari beijing ke hong kong tuh sgt best. grilled chicken breast with potatoes and vegie. masa hong kong ke KL plak taak menarik sgt. nasi ngan ayam dan sayur. atau mungkin masa tuh dah kenyang sangat kot. pinggan tempat letak makanan dlm cathay nih cantik plak. so sempat lah ambik masuk kan dalam beg. hehe.

so basically makanan kat beijing nih memang boleh diterima lah. cuma masa lagi 2 hari nak balik tuh, aku dah tak turun breakfast. sebab dah malas. dan nak bangun lambat. hehe. so makanlah coklat yang ada. kalau tak, maunya bawak balik sama macam masa bawak pergi. dan lagi dua hari nak balik pon aku dah rasa macam tak leh nak terima plak makanan dorang nih. bukan apa nih sebab aku tergigit herb tuh.terus jadik takleh nak makan. last day pon tak makan. kecuali telur dadar jer. haha. seb baik dah nakbalik kan.

so aku rasa kalau ambik package muslim nih kalau ke beijing memang senang lah nak makan. :)

Comments

~SaTo OrEo~ said…
wow meriahnyaa makanan.. tak sanggup nak tenung lama22..ahahahaa..
adenium said…
~Sato Oreo~

sato, perut memang tak sempat nak lapar lah masa kat sana. tuh belum masuk jajan yang dibawak bekal haha...
*berat pon naik*

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam