Cerita Syawal

Salam Syawal.
Masih bulan Syawal.

Banyak suka duka syawal aku tahun ini. Syawal yang tidak seperti orang lain. Ada beberapa cerita yang nak aku kongsikan. Bila berkongsi biarlah cerita yang baik-baik.

Aku dan kazen dah rapat seperti dulu kembali. Kami tidak berselisihan faham. Jauh sekali bergaduh. Tidak, tidak sama sekali. Tapi disebabkan orang lain (on my side) dan jugak orang lain (on her side) aku yang menjarakkan kami. Ye aku. Bukan aku sengaja. Kadang2 aku takut orang menyalahkan aku dengan apa yang aku tak buat, takut orang salahkan aku yang pada hakikatnya aku tak salah. My bad! Kelemahan aku.
Org mungkin nampak aku takde lah rapat sgt dengan kazen aku nih. Tapi kami sebenarnya rapat. Kalau ada cerita yg org lain tak patut tahu, tak perlu tahu, tak boleh tahu, pada aku lah dia bercerita.
Kalau dulu nak makan itu ini (setelah mak meninggal) Mi lah tempat aku merengek. Skang bila Mi jugak dah takde lagi, kazen aku ni lah tempat aku merengek.
Alhamdulillah keadaan sudah seperti sediakala skang nih :) . Sejak ramadhan lagi sebenarnya.

Balik kampung aidilfitri baru nih aku drive sengsorang. Alhamdulillah aku dah ada keyakinan unt memandu sendirian sejauh itu. Dulu aku sgt suka beraksi di jalan raya. Tapi aku mmg pastikan selamat lah kan. Hehe. Dan sgt tak heran lah kalau asyik ada jer surat saman. Sampai si pembayar saman (hahah dulu ada org yang tukang bayarkan saman. Hehe) cakap "lps nih, u speed u bayar". Hahahha. Tapi lepas kejadian kemalangan pada 9 ramadhan tahun tak ingat (malas nk bukak diary lama). Aku sgt fobia unt memandu. Apatah lagi memandu jauh seorang diri. Pernah lepas raya tahun lepas, aku memandu seorang diri dr penang ke KL atas sebab tanggungjawab. Takde keyakinan. Skang dah makin ok kot kan. Tapi nk drive laju tuh tak lah kan.
Eh, nak drive laju apa nya. Aku memandu proton saga jer. Proton saga FL 1.6 jer. Ilang akal nak bawak laju. 120kmph sesekali pon rasa tak stable. Aku pelik tgk mereka2 yang memandu kereta seangkatan aku tp memandu sgt laju. Stabil ke?
So sejak itu aku takde saman lagi. Setakat hari nih lah kan. Berhati hatilah di jalan raya. Tapi kadang2 kita dah berhati2, tapi kita menjadi mangsa kepada mereka yang mementingkan diri sendiri. Semoga kita semua dijauhkan dari semua itu. Satu kelemahan aku dlm memandu, aku skang langsung tak boleh bawak kereta manual dah! :(

Cerita ketiga, unt cerita syawal. Hmm banyaknya cerita. Aku ada seorang anak buah. Dilahirkan selepas emak aku meninggal dunia. Emak aku meninggal pada waktu maghrib/petang, dia dilahirkan lps midnite/subuh nya. Patah tumbuh hilang berganti. Seorang budak lelaki yang memasuki alam remaja. Banyak kali Mengalami kehilangan org-orang kesayangan di dalam hidupnya. Mmg dari kecik manja dengan aku dan adik2 yg lain. Cuma bila masa berlalu keadaan menjadi sedikit berlainan. Kami jarang berjumpa. Mungkin aku terlalu sibuk dengan aktiviti sendiri.
Kehilangan ayahnya semasa usia kecil, mungkin pada saat itu dia baru nak kenal kasih sayang seorang ayah. dimanjakan datuk dan nenek kerana disitulah dia membesar. Kehilangan nenek dan kemudiannya kehilangan ibu diusia meningkat remaja.
Dia menjadi sedikit terpengaruh dengan persekitaran. Itu la cerita yg aku dengar. Beberapa kali balik ke kampong dlm jangkamasa yg singkat, aku tak berkesempatan untuk jumpa dia. Balik ke kampong ramadhan yg lalu pon aku tak jumpa. Dengarnya sudah tinggi lampai sekarang. Ramadhan yg lalu juga, pakcik aku mintak aku bercakap2 (nasihat) kan dia. Mungkin pakcik risau dia akan terpengaruh lebih jauh. Malangnya aku mmg tak sempat jumpa.
Alhamdulillah, syawal baru ni aku dpt jumpa. Memang dah besar panjang skang ni. Tapi masih manja seperti dulu. Tidak berubah. Bersalaman, cium tangan dan cium pipi. Anak buah yg lain pada usia itu, mungkin sudah malu-malu.
Aku jd buntu. Apa nk dinasihatkan? Dia masih seperti dulu. Masih anak manja dan baik dimataku. Cuma sedikit kata-kata nasihat. Mungkin dia inginkan perhatian. Itu sahaja yg aku nampak pada zahirnya.
Be a good boy, son!

Itu lah antara beberapa kesah syawal aku. Ada lagi kot yg boleh dikongsikan. Lain kali lah plak ye :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan