Selamat Pengantin Baru


Walaupun belajar di U yang sama, kami mula baik setelah bekerja, bertemu secara kebetulan itu akhirnya menjadikan kami kawan baik. 4 sekawan. Tetapi sekarang kami dengan kehidupan sendiri. June, di Jepun, sambung belajar. Sop, dah jadi isteri orang. Umni, kerja kat Johor (skang 6 bulan di KL- belajar).

Semalam aku g kenduri kawin Sop (selamat pengantin baru Sofianita & Kamarun). Menarik jugak kendurinya, different! Biasanya kenduri mesti kita dah dapat agak lauk pauk yang dihidangkan. Aku bukan pandai sangat kalau bab masakan ni (Cuma minat masak jer). Yang aku suka ikan masin ngan satu kerabu ni. Umni kata first time tengok rebung masak macam tu (rebung masak lemak with crystal mee hoon) tapi sedap. Suprisingly, ada laksa penang. Aku nampak laksa tu selepas ambik nasi. So aku memang kene go for 2nd round. Sebab laksa tu kan fave aku. Satu lagi, ada sorang makcik ni ( emak kamarun I guess), pakai tag ‘tuan rumah’. Hah kan senang, tidak lah tercari-cari mana tuan rumah. Good idea, boleh guna bila-bila. Lepas tu dapat ‘ice pop’ (tatau la korang pangil apa, tapi aku tengok nama yang tertulis macam tu). Tapi aku dapat lebih, bunga telur dan jugak goody bag berisi kerepek, jelly dan pot poury.

Dah selamat seorang kawan aku menjadi isteri orang. Mungkin lepas ni masa untuk kami lepak bersama-sama akan kurang. Dia sudah ada tanggungjawap lain. Di dalam gembira melihat sop dah jadi isteri orang, aku sendiri bertanya, aku ada peluang untuk mendapat status itu? Aku pasti semua perempuan ada impian tersebut. Mempunyai keluarga sendiri. Dalam keadaan sekarang yang sudah tidak attach dengan sesiapa, aku sendiri kurang pasti dengan perasaan sendiri. Kesibukkan bekerja, dan habiskan masa dengan kawan-kawan menjadikan aku kurang berfikir tentang itu sekarang. Tetapi rasa bosan juga sebab takde kawan lelaki dah. Sebab aku dulu memang lebih baik dan rapat dengan kawan lelaki (kecuali 3 perempuan tadi) dari perempuan. Tapi silap besar aku, menghilangkan diri dari semua sebab berkawan dengan seseorang dulu. No komen.!

Comments

Anonymous said…
poeple change...life change...that's rule of life...but hopefully 'parts' of bestfrens never change forever..

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London