cerita seorang kawan

Minggu lepas, aku terima sms dari seorang kawan “….. I’m in luv…… but….” I just ignore the ‘but’. Perkenalan kami secara kebetulan, menjadi agak rapat, berkongsi kesah-kesah soal hati dan perasaan. Seronok mendengar dia sedang dilamun perasaan indah. Setiap manusia yang normal ingin disayangi dan menyayangi. Sebelum ini sering aku mendengar kisah perasaannya yang tak pasti. Masih tidak berkesempatan mendengar cerita lanjut mengenai persaan indahnya itu. Aku harap kegembiraan itu berterusan.
Tetapi dia tidak pasti kesudahan cerita cinta itu. Banyak halangan katanya. Tetapi itu semua adalah ketentuan Allah. Walaupun tidak ada halangan, tidak semestinya cerita cinta itu akan berakhir dengan kesudahan yang indah.

Aku sendiri tidak banyak memberi komen tentang apa yang dia alami. Mungkin seronok dengar dia happy dilamun perasaan yang indah-indah. Walaupun ada juga bersetuju dengan kemusykilan yang dia bimbang, bagi aku, biarlah dia gembira dengan apa yang dia alami, selagi tidak memudaratkan diri sendiri.

Setiap kejadian itu adalah ketentuan Allah. Kadang-kadang kita tidak pernah minta untuk bertemu dengan apa yang kita tidak mahu. Tetapi itulah yang kita dapat. Kita tidak pernah merancang untuk kehilangan sesuatu. Tetapi itulah yang terjadi. Ada hikmah disebalik sesuatu itu. Walaupun sampai sekarang aku sendiri tidak tahu apakah hikmah atas apa-apa yang terjadi padaku. Tetapi aku amat bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk untuk aku mengatasi kerungsingan itu. Dengan petunjuk itu, aku menjadi aku yang dulu.

Untuk kawan aku tu, kalau itu membahagiakan, just enjoy what u have. The happiest moment sometimes never last long. If u r happy, I’m happy for u.

Comments

Anonymous said…
tersentuh hati bila ada kawan ini nak menulis tentang kawan itu.. dan kawan itu hanya mampu berharap pada suatu penghujung yang tak pasti.
Yes, I am enjoying what I have now... both me & him might get hurt in the end.

Cinta tak semestinya bersatu.. boleh gitu? :)
adenium said…
kata orang " cinta tak semestinya bersatu" ,
kata aku "tak bersatu tu cinta ker?"
moskell.....

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan