CINTA
Months back, bila ternampak iklan CINTA dimana2, poster, tv dsb, I keep saying I wanna go and watch the movie. Aku bukan lah fanatic yang tak suka tengok cerita melayu. My friend did asked, “u go for malay movie?”. I’m a malay, I do watch malay movie. Tapi kebanyakkan nya memang aku rasa membazir duit. Tapi berbaloi tengok CINTA….
CINTA bagi aku adalah kisah kehidupan. Kisah yang berlaku sehari-hari disekeliling kita. Kisah yang tidak terlalu melampau atau dibuat-buat. Kisah kehidupan yang terlalu indah. Sweet sangat cerita tu. Itu jer yang aku mampu cakap. 5 kisah dalam satu cerita CINTA tidak banyak lari dari reliti kehidupan. Cerita berasas yang tidak terlalu menonjolkan keterlampauan.
Kisah cinta yang UNGGUL tidak mengira bagaimana dan siapa seseorang itu. Begitu juga jika kita TULUS mencintai seseorang itu. Cinta dengan ikatan darah daging adalah ABADI. Jika dia orang yang kita sayang, sememangnya cinta itu SEPENUH JIWA. Sukar untuk digambarkan, kerana kisah cinta itu amat ROMATIS.
Aku memang tidak artistik untuk membuat review mengenai CINTA yang boleh membuatkan semua orang tengok cinta. Cuma satu jer aku boleh kata, tak rugi tengok CINTA. Aku ni kalau cerita melayu memang jarang sangat masuk panggung dengan duit sendir. Kalau kira dengan jari, belum habis satu tangan pun. Untuk lebih teruja, baca “ 50 sebab kenapa saya suka CINTA “ dalam blog sultanmuzaffar.
Cinta itu adalah hakikat ~ DEWA,
‘you can live with it, you can live without it’ ~ VE.
Comments
eh kalau ada showcase kat planet sound2 la aku..leh gi...
nak tgk cinta ngan skandal la next week
ada member osmet dh ngk sensorang kat wayang.. nangis sensorg..huk huk..