chit chat puasa

Seingat aku, mula belajar puasa masa darjah 2. itu pun puasa mcm2 tu jer la. Tapi bila darjah 4 ada inisiatif aku sendiri nak belajar puasa penuh. Sebab dapat habuan kot. (tapi paling untung adik aku yang bongsu, masa primary school, paling banyak dia dapat habuan, ayah, azira dan aku masing masing bagi duit ikut hari yang dia puasa, tu belum campur duit raya).Kalau cerita pasal puasa, masa kecik2 dulu yang aku ingat, aku selalu kena paksa bangun sahur. Sampai dah besar pun, masa ayah ada, tiap pagi mesti kakak call kejutkan aku.Mak kata nanti letih kalau tak makan sahur. Tapi aku rasa masa aku termenung di meja makan lebih banyak dari masa aku makan. Paling best masa berbuka. Aku ni tak lah choosy sgt, air yang paling best, air sirap la. Lepas berbuka senyap2 aku kuar pergi main bunga api ngan kawan2. Masa tu, aku dan azira jer dua beradik. Berkotak2 dan macam2 bunga api yang ayah belikan untuk kitorang. Kawan2 mesti jeles je. Masa duduk kat sg buloh dulu kawan2 aku masa main bunga api hairul, azizi, azhar ngan safrul (anak jiran2 aku kebanyakkan lelaki). Mesti ramadhan kali ni korang sibuk layan anak korang main bunga api plak kan.
Masa kat asrama (SESMA) time puasa nih horror jugak la. Awal –awal lagi dah kene beratur nak ambik makanan. Paling best kalau tak boleh puasa, tgu2 jer time tuh, sebab bleh makan siang. Dan yang paling best jugak, balik sekolah tak payah gi prep, boleh tido la apa lagi. Kalau time boleh balik kg, mak mesti sediakan apa-apa yang aku suka makan. Sebab tu adik2 aku yang lain kata aku nih anak agung (anak kesayangan mak lah konon). Tapi ayah pulak lebih sayangkan adik2 aku yang lain. So fair la tu.
Masa kat UKM tak byk sangat yang aku ingat pasal puasa ni. Mostly beli makanan kat kamsis B atau C atau g beli kat pasar ramadhan kat BBB.
Sekarang aku lagi tak fancy, makan jer apa yang ada. Sebab aku dok sengsorang, Cuma kadang2 kalau berbuka ngan kawan2 atau adik2, baru lah lebih sket.
Dulu aku suka sgt makan cucur udang kalau bulan puasa. Dulu mak aku yang buat. So dari aku kecik sampai besar lah aku suka tuh. Tapi pernah aku beli kat pasar ramadhan yang buat aku tak lalu nak makan. So skang aku takde lah aim cucur udang je. Dulu selera ayah ngan selera aku tak sama. Bila ingat balik, kesian mak, semua kene sediakan. Aku rasa ayah cerewet sket masa tuh, memilih pasal makan, dulu aku pun macam tu jugek. Bila mak dah tak ada, aku selalu teringat dan risau kat ayah bila tiba bulan ramadhan.Tapi ayah untung dapat mak, aku pun untung jugak lah. Mak pandai masak. Aku suka masak tapi tak pandai masak. So kakak (adik aku yang no 3) jangan hairan la kalau along selalu dan rajin masak.
Aku tak suka berbuka dengan kueh yang manis2 ni, aku rasa ayah pun macam tu. Sebab tu ayah dan aku suka masak lemak cili api mak (mak aku orang negeri sembilan). Kalau cakap pasal makanan bulan puasa nih memang tak abis.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

peribahasa : tiada beban batu digalas