Catatan Perjalanan : Brunei Miri - II

Hai uols. 

Ok jom kita sambung. cerita Brunei dah abis lah kianya. Pagi tu kami ke Miri dengan van. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam. 
Jalan smooth jer. Cuma ada beberapa tempat yang slow sikit sebab ada hi-way yang tak siap lagi. 

Sampai Miri terus gi hotel dulu. againnnnn aku lupa nama hotel. tapi hotel ni bawah dia shopping mall. depan pon shopping mall. kira senang lah tengah town. 

Tapi amai pulak orang nak check in. Kebetulan memang time untuk check in. So lama jugak lah menunggu. Lama tu sebab kitorang lapar kot haha. kalau tak rileks jer agaknya. 

Lepas check in lepak bilik jap. Then memang lapar kan, so gi carik makan kat Mall depan tuh. Kebetulan kawan aku tuh ada hal pulak. So kitorang buat hal sendiri dulu lah. Lepas makan balik bilik semula. sebab panas tengah hari. hahaha, alasan macam ni pon ada.


Tapi apa lah sangat panas tu kan. Takkan nak melepak bilik. Then kitorang ambik Cab gi ke Grand Old Lady kat Canada Hill. Ni kira telaga minyak yang pertama dulu lah. Kat situ ada Muzium Petroleum. Tapi sini ada trak hiking. Kalau tau memang naik jalan kaki jer hahahaha. Ini seriusssss (ala-ala wonder pets)

Kitorang pon tatau mana nak gi sebenarnya. Dok melepak atas tu ambik angin petang. Sambil tunggu kawan datang pickup. Then kawan aku bawak lah round-round Miri, gi beli kek lapis etc. Aku berpuluh kali gi Sarawak pon kat area Kuching jer. Pernah lah samapi Kota Samarahan, Serian Tebedu, Serikin dan sekitarnya tu. Tapi Bahagian lain memang belum pernah sampai.

Then lepas maghrib kitorang gerak gi dinner. hujan lebat yang amat pulk malam tu. Dinner seafood kat Dragon tu. Penuh meja lah order makanan. So bila kekenyangan memang rasa nak balik hotel jer lah. Keliling-keliling Miri pon dalam malam yang hujan. Sadis pulak rasa kan.

27 Nov 2015 - pagi ni dalam 10am tu aku dan sorang lagi kawan balik semula ke Brunei naik van macam semalam. Sebab balik Kl pon dari Brunei. Kawan yang sorang lagi nih nak ke Bintulu, so just ambik bas jer lah. Actually kawan yang ke Bintulu tu surgeon, nak buat kerja amal, sunathon. 

Owh ya, hari balik tu adalah hari Jumaat. memang kitorang dah sedia maklum kedai kat Brunei ditutup dari jam 12.00 sampai 2. tapi pikir2, kat airport bukak kot kan. so takde lah nak pack makanan ke hapa. sebab masa turun dari Miri dan breakfast kat hotel. 

Skali sampai airport dalam kol 12 tu, memang semua pon tutup. cuma kaunter check in bukak awal sket. so kitorang again melepak lah kat masjid/surau airport. lepas Check in sempat lah borak2 minum kopi kat coffee bean situ. 

Penerbangan balik kami MH731 ke Kl memang on time jer. So cenggitu jer lah cerita catatan perjalanan kali ni. Ni kes nak kene cop passport lah sangat kan. 

Insya Allah, ada rezeki aku cop passport lagi. :)

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan