Catatan perjalanan: Brunei dan Miri
Salam Jumaat Uols. *kalau uols baca pada Hari Jumaat lah ye hehe*
okeh, ini adalah entry yang aku nak buat jugak. walaupon dah berlaku pada tahun lepas. Plan nak gi Brunei ni pon macam last minutes sangat. Seriously tahun 2015 aku memang sangat tak sempat nak kemana-mana pon. Dengan kerja yang tak berkesudahan, so aku pon segan nak mintak cuti (kebenaran keluar cop passport. last minute mintak jugak hahaha).
Kebetulan ada kawan dok Miri. kerja Miri sebenarnya. Abang minyak gitu hahaha. Plan dengan kawan ni jom gi jenjalan Miri, tapi kita masuk kot Brunei nak (macam takde kerja sangatkan). So kitorang terus beli tiket flight. hahhh gitu jer.
Bila kawan yang kebetulan ada kerja amal kat Bintulu around that time pon nak ikut jugak. So the more the merrier lah kan. Tapi, my fren nih silap beli tiket flight pulak. Takperlah, kekdahnya flight jer tak sama. dan time sampai tu pon lah beza.
25 Nov 2015, kitorang terbang ke Bandar Seri Begawan dengan penerbangan MH730. 2 jam lebih jer macam gi Sabah jer lah kan. Sampai kat airport konon nak tunggu kawan tu plak sampai. so lepak jer lah dulu makan KFC kat airport. then terus lepak kat surau/masjid di airport tu. Serius besar giller surau tu. Selama ni kalau tgk Surau kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud tu rasa besar sangat dah, tapi ni lagi amazing lah.
Lepas tu, tengok tengok kawan i dah gi dulu ke hotel. hahaha. sebab kat masjid tu tak dapat wifi. so tak dapat nak contact.So aku dengan kawan aku ni terus jer lah ambik teksi untuk Ke Hotel. Goshhhh nama hotel pon lupa dah hahaha. tapi kat town tu jer lah. Tanya pakcik teksi tu ok tak kalau bawak kitorang jalan-jalan, dan tanya berapa dia caj. Setelah dipersetujui, kitorang on jer lah jenjalan dengan pakcik teksi ni.
Lepas Check in Hotel, contact kawan aku terus lah kitorang round-round Bandar Seri Begawan tuh. Kecik jer pon kan. Jalan-jalan ambik gambar jer pon. Singgah lah masjid Sultan Omar Ali Saifuddin tun kan. Alah Masjid kubah emas tuh. Jalan-jalan ambik gambar.
Then bergambar lah depan Istana Nurul Iman dan beberapa tempat yang orang selalu pergi lah. seriously lupa dah haha. Basically pakcik tu bawak lah kitorang tempat2 yang biasa orang datang jalan-jalan kat Brunei ni. Sambil singgah beli souvernir.
Lepas tu ajak pakcik tu singgah pasar malam Gadong kot yang memang glemer kat sana. Nak rasa nasi katok tu. so beli lah dinner pack makan kat hotel sebab penat sangat dah.
Sorry lah uols. Gambar semua dah kat IG. hahaha
26 Nov 2015. Hari ni kitorang akan ke Miri. memang dah carik siap-siap transport untuk ke Miri. So pagi tu bermalas-malasan jer kat Hotel lah. sambil tunggu time nak gi Miri. Kawan aku yang bilik satu lagi tu, tag along anak nya ajak gi Bintulu. So memang dah prepare bawak stok makanan bagai. Pagi tu dapat panggilan pulau untuk breakfast. hahahah. seronok Hidup gini.
Kitorang gerak gi Miri dalam kol 10am. Naik Van, caj dalam RM60 seorang.
So itu jerlah cerita kat Brunei hahaha. Jadik lah janji cop passport kan. :)
Cerita Miri nnt lain entry ye.
Comments