Guru
Hallo uols,
i wonder masih ada ke orang yang menjengah kesini kesan daripada inconsistent update nih? tapi ini kan i punya open diary, kalau uols dah takde singgah sini lagi jadik lah blog ni sebagai cacatan untuk ingatan di hari2 mendatang. eh eh eh, boleh ke macam tu.
harini nak cerita pasal cikgu. ok, aku tau hari guru dah lepas dan tahun depan punya celebration tu lama lagi. tapi takper lah, bukan hari guru jer boleh cerita pasal cikgu kan. dalam hidup nih banyak nasihat yang ayah pasak dalam kepala nih. bukan mak tak bertindak macam tuh, tapi ayah lebih tegas dan sentiasa ingatkan. salah satu yang sangat ayah pentingkan adalah MENGHORMATI GURU.
secara tak sengaja, ayah telah membuktikan bahawa memang ayah HORMAT pada GURU nya. aku masih ingat, pada waktu tu, ketua kampong tempat tingal aku tuh, adalah cikgu ayah dulu. ayah selalu cerita zaman sekolah yang pada waktu tu yang sangat daif. sekolah melayu kampong. ye lah ayah tak berpeluang nak belajar macam orang lain, tapi ayah punya determination sgt tinggi. ok berbalik pada kesah cikgu tadi.
suatu hari aku tanya ayah datang dari mana. di pendekkan cerita, ayah kata, orang kampong buat petition unt 'menggulingkan' ketua kampong. so ayah nak pastikan yang ayah memang takde dalam list mereka-mereka yang berniat begitu. ayah kata, walau apapun ayah tetap sokong cikgu.
walaupon zaman sekolah menengah aku nih sorang yang kurang berdisiplin, hmmm, nasib baik ayah tatau kan. itu tak bermakna aku lupa pesan-pesan ayah. cuma keegooan jiwa remaja masa tuh jer buat aku jadi gitu. owh, lets not go there hehe.
ok, sebenarnya, dalam pejuangan aku sekarang nih, Sv aku adalah seorang guru yang patut sgt2 aku hormat. Ya, aku hormat dia. pada aku aku sangat hormat dia. hmm kalau tgk entri hari guru tahun 2011 pon, he's one of my fave cikgu. tapi agaknya, sifat aku yang macam ni buat aku nampak tak series, atau seorang student yang ntah haper-haper.
aku tahu lately Sv agak tak puas hati dengan performance aku. sangat slow. aku faham bila beberapa kali SV bertanya benda yang sama, mesti dia nak tgk progress yang lebih. aku berusaha. aku pon tatau lah, lately ilham tu macam kurang. kadang2 sampai tak tido malam nak siapkan kerja pon tak siap-siap. aku tau performance aku menurun. tapi itu bukan bermakna aku tak berusaha untuk memperbaikinya.
aku tau, aku tak pernah cemerlang, tak pernah jadi yang terbaik, tapi satu yang aku sgt yakin dalam diri aku, aku sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik walaupon tak pernah menjadi yang terbaik. menjadi yang terbaik itu mungkin rezeki. tapi semangat untuk jadi yang terbaik itu sudah cukup buat aku bangga dengan diri sendiri. aku tak perlu orang bangga dengan aku, cukuplah aku tau usaha aku.
aku memang sangat stress dengan performance aku sekarang. memang banyak kali tak boleh tido. struggling to get things done. worst part, minggu nih jer beberapa hari tak tido. sampai ada 2 3 orang kawan lama sama2 kat ofis dulu pon berkali2 nasihat suh gi jumpa Dr bila tau keadaan aku yang mungkin jadi gitu akibat stress. tajuk cikgu so tak payah citer pasal sakit tu banyak sgt.
semalam semasa discussion, dalam keadaan yang tak tido, stress etc, membuatkan aku jadi agak biadap. astaghfirullah! aku tau aku salah. lepas discussion aku cakap kat diri aku, kalau lah ayah masih ada, kalau aku mengadu kat ayah pon, dah sah sah ayah marah aku. terus aku whatsapp mintak maaf. *ok, memang aku punya ego tinggi dan sangat sangat sangat susah nak mintak maaf, weiii ni buat salah dengan cikgu kot, takper lah kang kutip balik ego tu* . tapi itu lah kan, walau macamana kita cuba untuk buat baik selama nih, tak akan nampak baik sebab kita dah terkurang hajar kan.
apapun aku doakan perjuangan aku nih akan sampai ke penghujungnya dengan cemerlang. doa kan aku jugak ye.

Comments