Catatan Perjalanan : Seoul, Korea - Part last
Jom sambung part last kesah ke Seoul harituh. ..
Day
8
Harini
mula-mula pergi Bukchon Hanok Village… kat situ ada Bukchon Traditional
Museum…kawasan tu memang kawasan rumah2 traditional korea…ada salah satu rumah tu
yang boleh masuk free,,,ada rumah contoh yang kene bayar kalau nak masuk…penat
sebab jalan berbukit… tapi kat situ ada Tourist guider yang berlegar2 in case we
need any help…boleh laa tanya diorang sebab diorang boleh berbahasa inggeris…so
senang lah nak bercommunication…dah ambik2 gambar kat situ,,,jalan kaki (agak
jauh laa) pegi Gyeongbokgung Palace, istana Utama (terbesar) di Korea...memmang
besar sungguh lah…boleh jadi sesat kat dalan tu…banyak sangat taman2 yang
besar2..ada Water Garden (Istana atas air)…cantekkkk sungguh….lepas jalan2 kat
kawasan tu, kami gerak nak ke lain pulak sebab hari nak hujan…singgah makan ice
flake dulu dekat Radio-M…sedapppp…texture ais dia tu memang sedap…
(Chandeokgung Palace pon dekat situ jugak…kene jalan kaki sama jauh dari
Bukchon Village nak ke Gyeongbokgung tu…orang kata Chandeokgung tu palace dia lagi
cantik, tapi tak besar macam Gyeongbokgung tu laa)
#
Untuk ke Bukchon Hanok Village tu,,, subway Line 3, Station Angguk, Exit 2.
Lepas
tu kami ke Tourist information centre atau Korea Tourist Organization (KTO)
untuk solat…sebab kat situ je tempat terdekat yang ada Prayer Room…selesa laa
kat situ,,,service dia pon bagus…ada pulak K-Star gallery kat tepi tuh,,,so
bergambar dulu lah dengan model2 artis K-pop walaupon tak kenal sesape pon….
Lepas tu jalan kaki area situ nampak lah preparation untuk event Open Night
(cultural event) yang nak dibuat kt City Hall malam nanti… dari situ pon boleh
nampak stream yang dekat Cheonggyecheon Stream yang glemor tu…stream tu panjang
dia 10.84km,,, so mungkin yang kat situ tu part yang hujung2 kot…ada jugak lah
orang rendam kaki kat situ…
#
untuk ke KTO tu naik Subway Line 5, Gwanghwamun Station Exit 5….
Lepas
tu kami pergi bali ke Dongdaemun untuk carik Ikan bakar Korea yang gelmor
sangat tuh…jalan punya jalan, carik2 dan Tanya orang,,,baru lahh jumpa kedai
ikan bakar tu…not bad laa..masa tu makan ikan mackerel dengan side dish yg dia
bagi, sayur taugeh, sup seaweed, dan sayur lain,,jugak nasik satu mangkuk…dan
air teh cina… lepas makan tu nak sambung masuk shopping mall yang tak sempat
nak masuk hari tuh…so masuk lah ke Doingdaemun Shopping Mall, kat situ banyak
jual kain2, tuala, dan alatan2 menjahit mcm butang,,,tali pinggang pon ada…
lepas tu masuk Pyoung Hwa Clothing market…kat situ banyak jugak baju, shawl,
topi dan macam2 lah….on the way tengah jalan2 tu ada nampak sekumpulan budak
kolej perform ramai2 kat stream tu…lagu yang dia nyanyi tuh mungkin femes, tapi
sebab tak minat korea, so tak tahu laaa lagu apa…tapi buleh tahan jugak laa
suara dia…
#
Lagi sekali, nak ke Dongdaemun subway Line 1 atau 4, Dongdaemun Station , Exit
8…
Settle
kat situ kami naik train untuk ke Myongdong…the femes shopping centre… sampai
kat situ dah agak malam…suasana havoc jugak lah…ramai orang…boleh laa nak
window shopping kat situ, sebab most of the kedai adalah yang branded2…kat situ
pon sangat banyak orang jual face mask dan stokin…hujan pulak,,,jadi lepak
minum kopi dulu sebelum redah balik…
#
nak ke Myongdong, Subway Line 4, Myongdong Station Exit 6
Day
9
Harini
last day nak jalan2 sebelum check out dan transfer pegi hotel dekat Incheon… so
harini pergi yang dekat2 aje…kite pergi Ewha Womans University… woman
university terbesar kat situ… kat sekeliling tu sangat lah banyak tempat mebeli
belah…so sangat sesuai lah untuk woman2 yang menuntut di university itu… uni
dia besar, canggih, landskap pon bagus…hebat laaa…Lepas tu round2 dekat
shopping street dekat2 situ…macam2 lah ada jual kat situ,,,pendek kata,, kalau
jadi student kt uni tu, just sediakan duit jelaaa…haha…
#
untuk ke Ewha Woman Uni, Subway Line 2, Station Ewha Woman Uni, Exit 2….
Lepas
tu kami naik train balik ke itaewon…carik makanan untuk lunch dekat situ….kali
ni makan makanan india dekat Bombay Grill…makan Chicken Briyani dengan Lamb
Briyani…pastu oder salad…okey laa,,,kenyang, Alhamdulillah…lepas makan kami
jalan g masjid, nak merasa solat kat masjid Seoul…lepas tuh jalan kaki balik
bilik, ambik beg dan terus naik train ke Incheon Airport…sampai kat Incehon
Airport pon dah pukul 6 lebih…tunggu shuttle hotel tu datang ambik kat situ…
#
Nak ke Incheon Airport naik subway Line Airport Railroad, Station Incehon
International Airport
Check
in hotel, naik rehat….Yegrina Hotel…not bad laaa…tepi pantai…memang nampak laa
sunset time sampai tu…fuh,,,cantikkk…malam tu lepas maghrib turun mengopi kat
coffee house dekat2 situ…nampak laa ramai2 camping kat tepi pantai tu…memang
ada camp site kat situ…ada restoran seafood yang jual seafood hidup2 untuk
kalau sapa nak bakar sendiri time camping tu..pastu budak2 main bunga api kat
tepi pantai…memang kene lah dengan sambutan ambang 31 ogos masa tuh..haha…lepas
tu, balik hotel dan tidooo…
Day
10
Seawall
jam 6 pagi kami bertolak ke airport dengan shuttle hotel…sampai airport settle
kan apa yang patut,, check in luggage,
hantar olleh router, pergi claim tax refund dan macam lah… flight dari Incheon
jam 9.30am, dan Alahamdulillah selamat mendarat di KLIA2 jam 2.40 waktu
Malaysia… J
phewww... selesai sudah episod catatan perjalanan di Seoul, Korea. cerita tuh sumer adik aku yang tulis, aku tambah pembuka penutup sket. pilih gambar, tap tak terpilih, main letak2 mana yang patut. nak resize gambar pon satu hal kan. apapun siap lah jugak. kalau ada masa, aku compile gambar makan2 lak ye.. heheh... aktiviti wajib kan. nnt lah kan.
next episod catatan perjalanan, ada lagi ke tahun nih? insya Allah kalau ada rezeki, kalau tak kita tunggu rezeki tahun depan pulak... :)
Comments