Catatan Perjalanan: Seoul, Korea - Part III
Jom sambung lagi. seksa jugak nak pilih gambar, bukan main banyak lah gambar2 tuh kan, dlm camera my sis, dlm phone aku, dlm tab aku.. dalam tab let dia jugak, tapi aku letak mana yang ada dlm camera, itu pon tak larat nak pilih. dan paling best nak bagitau, lps balik dr seoul aritu memang takde lah menilik gambar bagai, tak sempat pon. haha.
Day
7
Okey,
harini semua bangun awal… impian untuk ke Nami Island harus tercapai…yeeehaaa…
Awal
pagi kami keluar…naik subway, tukar2 subway. Sampai Gapyeong Station tu lebih
kurang pukul 10 macam tu kot…lupe dah…lepas tu naik bas tak sampai 30 minit,
sampai jetty… naik feri 15 minit…sampailah ke Nami Island… bas tu adalah sejam
sekali…orang beratur sangat lah ramai...nasib boleh jugak berdiri…tiket bas
adalah 5000 won…tiket bas tu kene simpan sebab nanti nak naik bas tu balik
untuk balik ke subway station atau jalan dulu ke kawasan sekitar tu…so jangan
hilangkan…
tunggu
feri tu tak lama pon…sebab ada dua feri yang saling ulang alik…tiket feri
adalah 8000 won (untuk dua hala)..atau kalau taknak naik feri boleh jugak kalau
nak try naik Zip-Wire (ala flying fox tu)…harganya adalah 38 000 won…tak salah
kalau nak cuba, sebab nampak mcm amazing giler…
Dah
sampai Naminara tu, jalan pusing2,,tengok keindahan alam…disebabkan sekarang
musim summer, so keadaan nye taklah seindah winter…tapi pergi laa tengok tempat
winter sonata first kiss,,, winter sonata punya basikal, dan ada jugak Statue
of Winter Sonata kat situ….bergambo dengan pokok pine dan gingko… dalam tu ada
Liuseum, The Song Museum…boleh laa tengok alat2 muzik yang digunakan… lepas tu
ada jugak taman ostrich…boleh laa tengok ostrich live bagi yang belom pernah
tengok…
tengah
hari tu kami lunch dekat Dongmoon, antara restoran halal yang ada kat situ
selain Drama Café… not bad laa,,makanan dia sedap…lepas tu solat zohor dekat
Nami Library.. kat atas tu dia ada sediakan Prayer Room… then lepas zohor tu,,
sambung jalan2 lagi…tak sah kalau mai Nami island tak pekena Nasik
Goncang…tudiaaaa…kami beli lah satu (perisa chesse) sebab dari Mesia memang
teringin nak try nasik goncang tu mcm mana..kaedahnya adalah nasik bubuh
cheese, then kene goncang…itu sahaja J dan pancake dia pon
sedap… lepas makan jalan balik ke jeti, naik feri smula…
Oh
ye, kat dalam kawasan tu ada disediakan train… bayayan adalah 2000 won (bayaran
adalah untuk tujuan charity)… ada jugak perkidmatan sewa basikal, basikal yang
mcm 4 roda tu, atau kenderaan yang lalu ikot railway kat atas tu…semua tu
gunakan konsep kayuh… jadi untuk sesiapa yang tak larat nak berjalan tu,, boleh
laa sewa dan mengayuh….
#
Untuk ke Nami Island, Subway Line 7, Station Sangbong, transfer to Line
Gyeongchun, Station Gapyeong (transit kejap dekat Pheongnae Hopyeong Station,
tukar naik train yang depan tu sebab train tu tak pergi direct Gapyeong for
that time).
Sampai kat Gapyeong Station tu boleh tunggu bas dekat depan Tourist
Information centre depan tu…bas setiap satu jam. Naik bas tu terus sampai ke
jetty untuk naik feri ke Nami. ATAU kalau nak mudah boleh naik ITX straight ke
Gapyeong Station… tapi kalau naik ITX tu kene beli tiket asing ye…
Lepas
tu kami naik bas ke Morning Calm Garden.. jauh jugak dari jetty Nami tu,,,
lebih kurang sejam perjalanan…. Garden tu adalah penuh dengan tumbuhan bunga
bungaan yang cantik…tempat untuk mencari ketenangan…jalan2 pusing2 garden tu
sampai kul 7,, naik bas sampai ke Cheongpyeong Station. Naik Subway, balik dan
tidur….
ok sekian lah sahaja episod untuk kali ini. ada sket lagi sambungan lepas nih, tunggu ye.
Comments