Catatan Perjalanan : Seoul, Korea - part I

Salam Korea. sorry lah sepatah haram pon aku tak reti. walaupon aku memang taklah nak minat K-Pop tu, jauh sekali nak tengok cerita nya yang banyak series tuh hahaha, tapi aku tetap nak gi korea. bila ada kawan nak gi present paper kat sana ajak gi aku pon on jer lah. aku bawak sekali adik bongsu aku tuh. so, boleh lah suruh dia tulis cerita catatan perjalanan nih. kalau nak harap aku, hmmmm, sampai dah pergi trip lain pon tak tertulis kot. sebab nak cerita balik kesah 10 hari tuh hmmmm tak terdaya lah kalau dalam keadaan camtuh. thanks to my sis heheh



 Day 1

Tiba di Incheon Airport jam 3.40 pm waktu korea…lepas tu naik shuttle train untuk pergi claim luggage…dah settle ambik beg ape semua, pergi sewa olleh router atau senang panggil ‘egg’ jelaa…ada kaunter dekat airport tu, lupa dah aras berapa…tapi around Arrival Hall C… okey kadar sewaan tu adalah kurang lebih rm25 sehari… boleh guna untuk 4 devices… so boleh lah share2… dia ambik detail credit card sebagai cagaran…lebih kurang mcm tu lah cerita dia….

*download kat google sbb tak jumpa mana ntah gambar egg kitorang hehe

Pastu jalan sikit around airport tuh untuk carik 7eleven…beli T-money kat situ…atau nama lain dia cash bee….nama je lain,,,function adalah sama… harga T-money adalah 3000 won…so nak kene topup lah sebab dalam tuh xde duit pon…topup tuh berpada-pada lah…tapi kalau terlebih, nanti time nak balik boleh refund kt mana2 7eleven, so dia akan kasi balik duit balance dengan cas 500 won… time tuh kitorang topup 30 000 won, tapi last2 tu topup lagi 5000 won sbb tak cukup….so nilai topup tuh bergantung lah pada penggunaan dan kadar perjalanan… satu kali scan tu biasanya 1050 won dia cas…tapi tak tentu jugakkk.. Oh ye, di kesempatan membeli T-money tu,,, kami sempat lah membeli air susu pisang yg glamor sgt tuu…so awal2 dah merasa susu pisang….not bad laa,,,sedap!! Ada 4 perisa yg kami jumpa… pisang biasa, light, strawberry ngn melon… okey laa,,,boleh kata lepas rasa pasti nak lagi…haaa gituhh…hmmm sebagai peminat kopi, surely beli kopi gak. Macam2 kopi pon ada



Okey cerita pertama, mencari bilik sewa… kami dari incheon airport tu naik train dia panggil *Airport line kot, sampai ke Gongdeok…lepas tu tukar line 6, turun kat Itaewon. Turun train tu menapak serta mendaki lah untuk sampai ke Cozy Place at Itaewon…okey laa..bilik selesa…bilik air peti ais apa semua ada…dapur pon ada kalau nak masak, tapi kami x masak pon lahh…nak laundry pon bolehhh…haa yang paling penting, dia provide free high speed wifi.. so sangat lah best… kalau takat nak upload gambar duyun2, nak buka youtube bukak tonton tengok cerita mesia tuh,,,takde hal lahhh…

*



 Malam tu lepas maghrib keluar menikmati udara luar…mencari makan dan makanan… ohhh tempat kat situ adalah sangat havoc!! Happening giller. Tetiba tak rasa macam kat korea. Lupa, malam minggu,,,its Friday night… so memang malam untuk deme2 tu enjoy lah…kebetulan pulak area tu adalah international area…yang mana kite boleh nampak semua bangsa kat situ…kat area tuh seriously mmg banyak bar n pub ape sume…so bayang sendirilah suasana havoc tu macam mana…okey malam tu pusing2 around Itaewon tu, dapat laa beli aiskrim Istanbul…dan beli kebab sebagai dinner…lepas pusing2 tengok kawasan, lepak minum kat coffee smith…








 Day 2

Okey harini mula2 pegi World Cup Stadiumnaik subway Line 6 station World Cup stadium…boleh je kuar exit mana2, satu or dua…so senang je…ermm…time tu kat situ ada event…kempen pasal children macam tu…quite big jugak lah event tu sebab kanak2 hampir memenuhi stadium yg besar tu dengan masin2 berbaju oren… okey kat situ ada shoping mall, World Cup Mall nama dia kalau x silap…mcm2 ada…barang sukan pon byk jugak lah kat situ…kire macam okey lah nak berkunjung ke situ walaupon bukan waktu world cup ke apa…boleh dating untuk membeli belah…kat belakang tuh sikit ada park yg boleh buat aktiviti rekreasi…sangat sunyi tenang dan nyaman dengan bunyi cengkerik...so bolehlah kalau nak buat jogging..






Then lepas tu gerak pergi Lotte World…hajat nye nak nengok Theme Park yang ala2 Disneyland tuh…tapi sampai2 tu terus masuk indoor…adalah game2 indoor tuh macam ice skating, hot air balloon konon2, dan game2 lain…dan untuk ke outdoor punya game tu (Magic World) nak kene bayar untuk masuk ke sana…maka tidaklah kami masuk memangdang kan bayaran yg kurang lebih rm120 dan kami bukan nya mahu bermain pon…so jalan2 kat situ jelahhh…ada Lotte World Mall, Department Store, underground shopping centre dan mcm2 lah boleh round2 window shopping kt situh…time kami pegi tu ada dua mall baru yg masih under construction…so hanya lalu dan lihat dari luar…dengarnya Hard Rock café bakal bukak kat situh nanti…coming soon...so takde lah HRC stuff dari korea. Sape nak pergi nak kirim erk
# Okey nak pergi ke Lotte World tu naik subway Line 2 atau 8, Jamsil station, exit 4…





Okey after having simple lunch (roti, susu pisang dan anggur)…kami pon gerak pergi Seoul Station…ala2 KL Sentral laa…boleh kata macam dia punya centre of the train to airport and tempat lain…kat situ Cuma jalan2 pusing2 tengok the buiding and ada lah Lotte Outlets dan Lotte Mart untuk shopping kat situ…and ada satu bangunan bersejarah yang dulunya adalah pusat operasi Seoul Station sebelum terbinanya bangunan baru itu…bangunan baru tu start beroperasi bila pelancaran KTX (new express subway) pada tahun 2004…and now bangunan tu jadi macam cultural complex laa,,,and time kitorang melawat tu ada event Asian Student’s and Young Artist Art Festival…tapi kitorang x masuk pon…
# Okey untuk ke Seoul Station, subway Line 1 atau 4, station Seoul Station Exit 1…



Lepas tuh balik dan keluar malam around Itaewon tu untuk dinner.. kat Itaewon ni mmg glemor dgn Restoran makanan halal…orang yang datang ke korea ni mesti datang Itaewon untuk carik restoran makanan halal…ada Restoran Moghul, Siti Sarah, Murree…dan mcm2 lagi lah…tapi that night kami makan kat Murree…try Korean food… nama menu tuh lupa dah apa…tapi mcm sup daging..lepas tuh ada side dish mcm sayur, kimchi, few slices of seaweed ngn nasik…just nice…







Lepas makan round2 lagi dekat2 situ…sebab try carik masjid…Masjid Seoul, salah satu dari 6 masjid yg glemor kat korea ni…kami masuk kot pintu blkg,,, naik pergi depan…nampak laaa view masjid tu dari depan…Subahanallah,,, terpampang Allahuakbar kat depan tu rasa betapa agungnya kebesaran Allah SWT tu… Alhamdulillah, kat Negara besar yang bukan Negara islam ni pon tersergam sebuah masjid yg indah…actually masjid tu atas bukit, so dari bilik sewa kami tu dah boleh Nampak masjid tu…. And dari depan masjid tu boleh nampak view Bandar Itaewon dari atas…nampak laa keadaan pembangunan yang pesat dengan bangunan yang rapat2….last activity sebelum balik tidur, lepak minum dekat Homestead Coffee…






Day 3

Harini pergi Deoksugung Palace… antara palace yang glemor kat korea ni…dekat2 dengan area City Hall ngn Seoul Plaza… haaa,, kat situ boleh laa tengok seni bina istana korea zaman dahulu kala…dengan tumbuhan2 yang takde kat Malaysia…boleh laa bergambor kat situ…. Kat dalam tu jugak ada Seoul museum of Art…masuk adalah free… jadi kite pon masuk laa,,, terdapat lukisan lukisan yang mempunyai maksud tersendiri tergantung di dinding…lukisan lukisan mahal yang maksudnya hanya di fahami oleh orang orang seni…. Oh ye,, kebetulan pulak pada hari itu ada istiadat apa tah…ramai2 berarak dengan memakai pakaian adat resam kebudayaan korea…kitorang pon follow jelah dia punya aturcara majlis tu…dah ada peluang, bila lagi nak tengok upacara istana macam ni….ramai lah pelancong2 asing duk setia menunggu menonton adat istiadat tu…boleh jugak kalau nak sewa baju kebudayaan korea tu…, Hanbok,…lepas settle majlis tu, dapat laa bergambar dengan peserta-peserta perbarisan tu…ingatkan diaorg berarak dalam kawasan istana tu je,,, rupa2 nye sampai ke luar luar…pusing sampai ke building2 yang berhampiran situ… Lepas kuar palace tu jejalan dekat bangunan berhampiran…masuk Seoul metropolitan Library… Libry yang sangat besar,, juga tersedia perkhidmatan untuk orang buta dan OKU seperti bilik berasingan serta beberapa service lain untuk memudahkan urusan golongan berkenaan…
# Nak pegi Deoksugung Palace, subway Line 1, station City Hall… Exit 2









Lepas tu mencarik restoran makanan vege…tempatnye di Insadong….sudah jugak laa nak carik restoran tu,, sampai tanya beberapa orang tempatan kat situ, then diorang tunjukkan jalan ke kedai tu…sebab kedudukan nya adalah pendalaman dan tersorok…so no wonder lah susah nak jumpa…sampai kat situ, orang sangat lah ramai…so nak kene tunggu turn sebab xde meja… makan adalah duduk bersila atas lantai…japan style…semua yang kat situ adalah sumber sayur sayuran…yang macam daging macam ayam tu sume adalah analog…hahaha Lepas makan jalan3 lah dekat dekat area Insadong Street, tak jauh dari situ…sebab dengarnya murah kat situ…tapi biasa aje…takdelah banyak choice sangat kalau nak carik souvenir,,,Cuma nya kat situ adalah makanan2 pelik yang glemor kat korea…so boleh laa try kalau nak…
 # Untuk ke Insadong, subway Line 3, Station Angguk, Exit 6…


okey, next kita sambung di lain entri ye.. :)

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan