Catatan Perjalanan : Seoul, Korea - part II
Ok jom sambung kesah di bumi K-Pop. bila dah ke Korea nih kan, terus pasang niat nak ke Jepun. hahaha pasang niat dulu. Walaupon tahun nih ada jer offer untuk hantar paper ke Jepun tapi tengah pikir2(kalau all sponsored ok lah kan). so tahun depan jer lah, tahun nih dah macam banyak jer berjalan... eh banyak ke... baru 3 kali jer kot cop passport. bawak2 lah bersabar... tahun depan lah kalau ada rezki.
Day
4 and Day 5
Harini
pergi 63 Building yang glemor tu…kat situ banyak laa jugak Attractive Place
macam Wax Museum, Sky Art, dan Sea World… tapi fee setiap satu tu agaklah mahal,,
jadi kami pilih masuk Wax Museum je…memandangkan itu takde kat Mesia… (Sea
World tu ala2 Underwater World laaa)…
Berikut
adalah kadar bayaran masuk
-Sky
Art : Adult 12 000 won, Youth 11 000 won
-
Sea World : Adult 19 000 won , Youth 16 000 won
-
Wax Museum : Youth 14 000 won, Youth 13 000 won
Bila
dah masuk ke Wax Museum tu makan jumpa laa celebrity2 terkenal serta sejarawan
dunia macam Albert Einstein, Barack Obama, David Beckham, Tiger Wood, dan
macam2 lah yang femes2… ehem,, Wak Doyok takde okey…haha
Okey
dah keluar 63 buiding tu, jalan pulak dekat Hangang Park…Cuma berhadapan dengan
63 building tu je… Hangang River tu memang glemor,,, tempat relax santai… sebab
kat situ ada cruise… depan tu ada park untuk relax2 bawah pokok, main basikal…
#
Untuk ke 63 Buiding, subway Line 5, Station Yeouinaru, Exit 5….
Sebelah
petang tu,,, keluar lagi…ke Dongdaemun…the most famous place kat Seoul ni…kat
situ ada DDP (Dongdaemun Design Plaza) yang merupakan landmark Bandar tu… a
great buiding, designed by the world-renowned architect Zaha Hadid…. Telah
memenangi award untuk design bangunan terhebat… decorated with over 40 000
aluminum sheets dengan interior design yang cukup canggih dan hebat… The Plaza
is home to a design museum, fashion design information center, sky lounge and
more spaces untuk exhibitions and rest… kalau tengok masuk dalam memang kagum
laa dengan dia punya kecanggihan struktur senibina tu… kat depan tu ada Design
Market, shopping mall kecik…
Kat
Dongdaemun nil ah ada Doota yang orang duk sebut sebut tu,,tapi malangnya nasib
time kami pegi tu,,, Doota tutup for renovation…so sad lahh… then kite pergi
jejalan shopping dekat underground shopping centre…beli stoking comel yang
macam2 corak…rambang mata tengok, rasa berkenan semua…kat situ sgt lah banyak
tempat shopping untuk dilawati sampaikan tak sempat nak masuk semua…yang murah,
yang mahal semua ada…jalan2 kat tepi2 tuh sempat lah menyinggah beli souvenir
mcm tshirt, keychain, fridge magnet, dan set sudu…sebelum balaim sempat lah
bergambar dekat Heunginjimun Gate…
#
Untuk ke Dongdaemun, subway Line 1 atau 4, Station Dongdaemun. Exit 8 atau 9
Day
6
Kalau
mengikut perancangan asal, sepatutnya harini akan ke Nami Island.. tapi
memandangkan semua terbangun lambat… maka kita tukar lah plan ke Nami tu postpone
bawak esok, harini kite pegi N Seoul Tower dulu… first time naik bas kat
sini…best laa sebab dapat tengok pemandangan sekelililing…sebelum ni naik
subway mostly laluan bawah tanah…so gelap aje laaa….
Turun
turun bas tu, terus sampai kat Namsan Park…cuma nak kene jalan daki bukit sikit
je lagi nak sampai ke tower tu… kat situ memang nice view.. boleh nampak hamper
keseluruhan Bandar Seoul…seperti sedia maklum, yang glemor kat sini adalah
padlock love…jadi boleh laaa kunci nama…ehem,,better bawak sendiri padlock dari
rumah,, sebab harga padlock kat sini agak mahal…tapi yang specialnya padlock kt
sini cantik lahhh,, dan ada tulis lah sikit N Seoul Tower…so sebab tuh laa jadi
mahal sikit…
Kalau
nak naik tower tu boleh jugak… bayaran 8000 won…tapi kami tak masuk pon,,round2
kat bawah tu aje…Sempat laa lepak makan aiskrim sampai tengok view dari tingkap
tu…terasa tenang disitu…walaupoun duduk mengadap bandaraya Seoul yang busy
tu….boleh nampak laa dari atas kesesakan jalanraya, residential area yang
padat…bangunan2 pencakar langit dan
pokok2 yang sikit2 kelihatan…
Nak
turun tu kami ambik bas tadi jugak…atau boleh jugak kalau nak rasa naik cable
car dia… kalau tak silap 9000 won…
#
Untuk ke N Seoul Tower, subway Line 6, turun Station Itaewon, Exit 4, tunggu bas
kat situ…bus no.3 trus sampai ke N Seoul Tower tu…atau cara lain yang paling
senang, Teksi… (Naik bas pon pakai T-money tu)
Lepas
tu kami naik bas tadi jugak untuk ke Namdaemun… turun2 dah depan Gate 4 ngn
Gate 6… so kami masuk lah jalan kat situ…ada satu pasar besar,, kat dalam tu
jual mostly accessories macam cincin, rantai, gelang, loket yang dibuat dari
batu permata kilat2… haaa,, kat sinilah kitorang shopping brooch…macam2 jenis,
bentuk dan rupa…pilih je nak yang mana…
Lepas
dah pusing2 pasar tu, jalan2 kat luar luar tu…kat sini banyak jugak jual
souvenir…kat sini kami jumpa orang jual baju I love Korea harga 3 helai 10 000
won..paling murah yang kami jumpa…. Erm,, untuk makluman, bila buat research
kat blog sebelum pergi aritu, banyak yg suggest tempat2 murah untuk shopping
souvenir…ada cakap dekat Insadong, ada cakap dekat Dongdaemun, ada cakap dekat
Doota,, kat Namdaemun… kesimpulannya, bagi saya harga untuk semua tempat adalah
lebih kurang sama je… Cuma nasib je jumpa kedai mana murah sikit, atau boleh
tawar ke tak boleh…depend on peniaga tu jugak kot..mungkin kalau beli banyak
dapat lah kurang…Kot…
Lepas
settle shopping, kami pilih untuk naik bas ke Itaewon sebab tak larat nak naik
subway kene tukar2…dan penat sangat…tapi, naik bas ada jugak halangan, jalan
adalah sangat jem, waktu orang balik kerja… so it take such a long time untuk
sampai ke Itaewon…turun bas terus beli kebab untuk dinner…
# Nak ke Namdaemun kalau naik Subway ambik Line
4, Station Hoehyeon, Exit 3
sekian sahaja untuk entri kali ni, kita tunggu lah entri lain kali ye... heheh..
Comments