Dugaan Ramadhan

Salam Ramadhan.

Sekejap jer dah beberapa hari kita berada di bulan ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua.

Dah lama rasanya tak menulis kat sini kan. Banyak cerita terbengkalai. Semua pon dah basi. Maklumlah sgt berkejar dengan masa yang ada. Nak manfaatkan yang 5 sebelum 5. Masa sihat sebelum sakit. Fuhh mmg terkejar2 lah. Tapi alhamdulillah masih berkesempatan bertemu Ramadhan kali ini.

Cerita catatan perjalanan ke Bali pon belum sempat terpapar disini. Hmmm harapnya dapat lah dipaparkan sebelum trip seterusnya nanti. Insya Allah.

Ramadhan kali ini penuh dengan dugaan dan ujian. Kata orang ujian tu tanda sayangnya pencipta pada kita. Alhamdulillah, masih disayangi. Kesakitan itu juga pembersih dosa. Dah dlm keadaan begini bolehlah muhasabah diri. Alhamdulillah masih berkesempatan.

Perjuangan sepi yang belum tamat sgt2 memerlukan aku memperuntukkan banyak masa ketika ini. Mau taknya, perlu kesana kesini mengutip data. Aduh kalau nak cerita tentang kutip data nih, cerita tangisan 44 malam pon belum tentu habis. Amat susah unt mendapat kerjasama. Kadang2 tebalkan muka lah berkali2 bertanya. Apa orang nak kesah, kita yang nak sgt menyelidik kan. Penyelidikan kita itu bukan boleh mengubah dunia, so apa sgt yang orang lain dapat pon jika membantu. Tapi apakan daya, sedangkan dlm islam pon tiada paksaan. Inikan pula nak memaksa org jawab soalan survey. Itulah hakikat sebuah perjuangan ini. Tapi Allah itu adil, kadang2 kesusahan kita berbalas. Ada juga insan yang tidak pernah dikenali yang sanggup bersusah payah membantu. Alhamdulillah. Dan kawan2 yang bersungguh2 membantu. Itu lah kata orang jugak, kawan ketawa bersepah2. Kawan masa menangis itulah sorang dua. Tak akan aku lupa jasa korang. Insya Allah, berusaha, berdoa dan bertawakal. Apa yang diterima itulah yang terbaik untuk kita.

Alhamdulillah rezeki jugak dpt SV yang sempoi dan sgt membantu. Ye lah, kita bukan dok goyang kaki. Walaupon usaha masih belum membuahkan hasil. SV pon kene lah terima hakikat student dia sorang nih cenggini. Masa SV dtg visit aku yang dh dlm keadaan separuh ok pon SV bleh rasa ngeri. So bleh lah delay sket kerje nih. Hehe. Walaupon agak behind time, tapi janji aku, perjuangan perlu ke garisan penamat.

Ramadhan ini jugak, Allah menduga nikmat sihat yang diberikan selama ini. Agaknya aku kurang bersyukur. Beberapa hari terlantar di hospital sgt menginsapkan. Semoga aku istiqamah dengan keinsafan ini. Tak terbalas rasanya dengan jasa doktor dan jururawat di PPUM ward 10U. Masya Allah mulianya pekerjaan yang dilakukan. Tambahan di bulan Ramadhan. Terima kasih di atas doa adik beradik dan sahabat.

Tak pernah teripikir akan terlantar di hospital dengan wayar2 yang berselirat ditubuh. Dengan keadaan nak mengiring pon terpaksa mengaduh kesakitan. Sangat bergantung pada morphine untuk mengurangkan kesakitan. Sungguh tak pernah aku bayangkan. Besarnya kuasa Allah, dari keadaan aku yang sering melasak tak reti duduk diam, skang nak bangun dan berjalan pon agak terhad. Lupakan sahaja lah Full Marathon selepas raya nanti. Lupakan jugak half marathon PBIM november ini. Masih dapat menghirup oksigen dibumi Allah ini pon dah besar rahmatnya. Alhamdulillah.

Insya Allah semoga dengan ujian ini akan lebih mendekatkan kita kepada Pencipta.

Selamat menunaikan ibadah di Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita sentiasa dirahmatinya.

Note: entry ini adalah satu catatan diary untuk diri sendiri sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

attyfir said…
salam ramadhan sid.
semoga sid cepat sehat ye.
takecare .

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan