Berpantang

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah dah hampir pertengahan Ramadhan. Insya Allah semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik.

Nak bercerita kesah berpantang. Lps operation. Sana sini kawan2 pesan supaya berpantang. Sana sini jugak aku bertanya untuk merujuk. Kalau tanya Dr lagi best takde pantang. Hehe.

Dalam erti kata berpantang nih aku takdelah strict macam org pantang bersalin tuh. Cuma aku jaga lah sket2. Elak kan mana yg berminyak, yang boleh sebab kan gatal dan yang lbh kurang tuh. Ikut logik jer lah. Lagipun allergy seseorang berbeza. Mudah mudahan apa yg dimakan tak memudaratkan.

So mmg dlm tempoh berpantang nih main masak rebus2 jer. Campak semua dlm satu dish. Senang cerita. Ada jugak makan ikan haruan. Tapi yang tak boleh nak telan pati haruan. Serious 2 botol jer aku minum. Lps tu taknak dah. Alhamdulillah, baru nak try gamat healin, tetiba ada sorang sahabat datang visit dan sedekah sebotol. Rezeki ramadhan! gamat healin nih mmg much more better rasanya.

Actually sebelum operation, kalau sebut bab berat badan aku mmg sentiasa dlm mode denial. Bila jeans yang konon dah dikecikkan saiz semua dah sendat terus sarung baju kurung. Kemeja pon terasa ngam2 jer. Tapi punya taknak terima kenyataan. Sebelum operation kan ke macam2 procedure pemeriksaan dibuat. So masa timbang tu aku mmg terkejut giller. Sbb mmg tau berat naik, tapi tak sangka sebegitu sekali bacaannya. Hehehe. Tapi tu lah, hikmah berpantang hampir 2 minggu rasa nya dah boleh sarung jeans dan kemeja dengan selesa balik kot. Sebab dah lega lah tgk angka kat penimbang. *tak try lagi jeans sbb luka tak betul2 baik* fuhh. Lega. *tapi risau gak kot raya nnt balas dendam*

Berbalik cerita pantang. Ada org kata tak boleh makan ayam. Ada orang kata dia hari2 makan ayam. So yang mana satu nih? Memandangkan boleh jer makan semua kata Dr, so cuba lah sket. Tgk kesesuaian badan. Aku makan ayam ok. Tapi tak berani nak try sotong kerang etc. Sbb dah tau mmg ada allergy ngan seafood. Dan white meat fish -siakap, talapia , haruan etc pon nampak macam ok jugak dgn aku.

Itu lah agaknya orang kata, ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan. Kesihatan pon dah beransur baik. Dah boleh lah gerak lebih. Walaupon nak duduk kene dengan posture yang betul *org kata kalau operate menegak mmg camtu, ye kot* .

Cumanya, mmg jd cepat penat, kalau berdiri lama atau duduk lama akan terasa jugak pedih ngilu kat luka. Sedikit hari lagi ok lah harapnya.

Tu je lah nak bebel. Selamat berpuasa :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

suhaida yusof said…
selamat berpantang babe..jgn dok pikir byk sgt....relex..tension kalu...payah gak nk baik luka...nnt lps dh baik..hah...pulun la semula study..hehhee...

sori aku tk dpt gi melawat...tp aku sentiasa doakan ko cepat sembuh...

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas