Catatan Perjalanan : Trip to Bali - kesahnya

Day 1
hello Bali!!
ok ini cerita agak basi. dah nak raya baru keluar entri. padahal cerita sebulan sebelum puasa lagik. actually dah banyak mende lupa nak cerita. tapi sebagai satu catatan perjalanan daam diary hidup. buat lah jugak. kang kot ter-berjalan lagik ke tempat lain, hah, tak tercerita kesah bali.

perjalanan ke Bali kali ni boleh dikira sebagai atas urusan rasmi *kononnya*. walaupon atas urusan rasmi, tapi semuanya adalah dibiayai sendiri. takperlah, dalam berjuang mencapai cita-cita, banyak bende yang kene berkorban kan. :p
aku acually kalau travel, tak suka rushing, kalau boleh nak melepak minum2 kopi dulu kat aiport, sambil tgk2 keadaan tempat yang nak pergi tuh. maklumlah, kadang *most of the time* sebelum tuh memang tak sempat nak buat study. tapi sebab masalah tertentu, huru hara lah jugak, plan nak check in kat kl sentral pon tak sempat. dan macam2 lah. so, dalam flight haruslah melahap.
alhamdulillah, akhirnya mendarat dengan selamat dibumi Bali. kali pertama nih korang tau aku sampai sini. salah satu tempat yang memang aku nak gi sangat2. tuh yang harituh beria hantar paper ke Bali, walaupon SV ada hulur tempat conference kat Bangkok, phuket etc. hehehe.

sampai sana, wahhhhhh panjang nya Q nak lepas imigresen dorang. tapi quite fast moving gak lah. kebetulan masa tuh ada few kapalterbang yang sampai sekali. so biasa lah tuh kan. sampai sana pak supir dah tunggu sesiap. so tercarik2 lah nama kan. hehehe.
memandangkan tempat penginapan aku memang jauh yang hamat dari center of attraction so, sesampai tuh terus ajak pak supir meround-round lah. memula sekali gi makan lah kan. hahaha. sebelum pergi sempat jugak tgk2 blog orang, so ada satu kedai yang mesti pergi kot . "Ayam Tulang Lunak" hahaha, mesti try! mesti try!. kira kalau makan kat situ takde tinggal sisa lah, sebab habis tulang temulang semua boleh makan. dan tak sesia lah singgah. memang sangat tak mengecewakan. :D

knowing me, kalau berjalan kemana2 memang takde nya lah menyoping. dana sgt limited kan. cuma beli lah souvenir untuk diri sendiri. so tak boleh tidak nak jer menyinggah kat Rock shop. takde lah beli apa pon. cuma beli shot glasses, fridge magnet, dan beberapa helai tshirt jer. cukup lah, kang takleh makan sedap kang hehe. kat bali ada Hard Rock Cafe dan Hard Rock Hotel. Rock shop kat Hard Rock Hotel macam sgt banyak pilihan jer. tapi al kesahnya, memang 2 2 pon pergi lah.

So lepas tuh, dah agak malam so, baru lah gerak ke hotel. hotel aku kat tanah Lot. dalam sejam gak lah dari Kuta. dok kat Coco Hotel, Tanah Lot. basically kalau kat Tanah Lot nih memang takde apa lah pon sgt. kecuali temple kebanggaan dorang. dan pantai2 yang sgt cantik.

keletihan punya pasal, sekian lah sahaja esah hari pertama. tido lena malam tuh. esok kene bangun pagi nak gi 'keje' hehe.

Day2
Actually tujuan asal ke Bali adalah nak gi conference. Conference tuh kat Pan Pacific Nirwana Bali. kalau kira Coco Hotel nih jarak jalan kaki jer lah dari Pan Pac nih. tapi memandangkan nak masuk Pan Pac kene meredah padang golf yang besar hamat, so untuk mengelakkan berpeluh aku naik dihantar lah kesana.
Pan Pac Nirwana nih kalau pergi nak rehat2 dan main golf memang sgt sesuai lah. sangat cantik lah pemandangan nya. actually memang last minute ada discount untu participant, hishhh kalau tau au dok sini jer. takper lah, jom menabung untuk dok sini len kali hehehe.

hemmm ini lah tujuan asal ke sini. masa pon agak limited lah sebab datang memang untuk conference. so kene pandai2 lah mencuri masa untuk berjalan ke satu dua tempat. bab nih memang pandai ajer kan. hehehe

so lepas registration, opening ceremony etc, aku mintak diri lah kejap ye... hehehe.. *takper SV tak baca blog nih hehe* ...

so, terus lah gi melawat kawasan, takdelah gi mana pon, gi tengok pemandangan pantai2 yang cantik tuh. memang cantiklah pantai. kat sini memang dorang datang untuk surfing. okeh, sebelum datang lagik nanti aku belajar surfing dulu lah.  haiya, lupa lah plak ape ke nama beach nih. hah tuh lah, berkurun baru buat entri kan.

lepas tuh au ke Uluwatu. again uluwatu nih actually takde lah apa pun, macam biasa tempe kemegahan dorang gak lah. tapi sebab sgt cantik kawasan nih, so mana boleh tak pergi kan. sebab masa yang agak limited, so lupakan ajerlah untuk tgk show kat situ.

kononnya petang tuh nak memanjakan diri dan makan malam kat jimbaran. so aku kene lah pilih2 mana2 yang sempat kan. kene baling dadu jugak, sebab tatau mana nak pilih.



Cantik kan. cantik sangat! sebelum nih dok tgk dalam tv jer lah pemandangan yang cantik macamnih. bila dapat tengok depan mata. terus memuji keagungan Pencipta.

selepas menghabiskan masa kat uluwatu, pergi singgah spa untuk memanjakan diri jer. kononnya sekejap. tapi dah ambik itu, ambik ini, eh lama pulak jadinya. hehehe. dah siap bermanja, dah gelap. so lupakan jer lah nak dinner sambil tgk sunset. esok ada lagik kan hehehe.

so lepas singgah dinner, terus lah balik berehat. esok nak 'kerja' kan. hehehe

Day3
hari nih aku kene present paper. owh, tapi kekdahnya aku kene present petang. sempat lah aku mengelat lagik. taknak pergi mana pon, nak gi bermanja jer lagik. so pepagi tuh sempat lah pergi Kuta lagi untu memanjakan diri yang kurang kemanjaan nih.
yang nih memang terasa sungguh mengurut di Bali hehehe. dan macam aku cakap tadiklah, aku memang takde lah shopping. beli souvenir untuk diri sendiri dan adik badik jer dah lah. so yang lain habiskan untuk bermanja dan makan. so haruslah hari2 kene pergi bermanja dan makan kan. hehe
lepas bermanja nih, sempat gak lah aku singgah kat KRISHNA untuk capai souvenirs. murah kot kat sini. paling best tak payah nak tawar menawar. apa jer yang korang nak memang adalah. so senang kan.

lepas tuh terus ke Pan Pac. sempat lah tengok beberapa session presentation. untuk session aku tuh, aku was the first presenter. alhamdulillah, dapat jugak recognition. rasa berbaloi sangat usaha. many thanks to my SV yang sangat banyak membantu.

dah dpat recognition, perlulah tunggu acara closing bagai kan. takde lah chow terus lepas present. tapi dalam hati nak gak gi tgk sunset. hahaha. lepas selesai semua acara, memang ngam2 jer matahari dah nak terbenam kan. luckily, memang kat Pan Pac pon boleh jer tgk sunset. cuma takde lah siap dinner sekali kan. takperlah. boleh gak melepak2 tgk sunset. cantik!

lepas tuh haruslah nak pekena seafood kan. so kira betul2 dinner lah heheh. tepi pantai. cuma hari dah gelap. sana kan cepat gelap. takper lah. nanti bebila datang lah lagik ye tak. :P

Day 4
hari nih dah nak balik. flight petang. so boleh kot buat beberapa ativiti dulu. so pepagi dah mintak pak supir ambik. dari hotel ke Kuta almost sejam kan.

so hari last tuh sempat gak sekali lagik ke krishna, sebab tetiba ada kiriman last minute. dah sempat, so memang aku pergi jerlah. lepas tuh pergi bermanja lagik. huhhhh hari2 hah bermanja. :P
sebelum nak gi airport, sekali lagik gi kat "tulang ayam lunak" , yelah, nnt ssah dah nak rasa.

lepas makan terus ke airport.

memang sagt limited lah masa kat Bali tuh. terus plan nak pergi lagik. memandangkan keadaan kewangan yang cukup2 makan cam aku nih kene lah menabung. dah beli tabung nih, so tunggu lah penuh nnt ye.... Bali tunggu aku datang lagi.....

tuh details pak supir ku, Pak Dani namanya. memang bagus lah perkhidmatanya. takde komplen langsung. dah pulak pak Dani nih memang brcakap yang berinformasi jer. bagus sungguh. efficient lah bagi aku. so sesapa yang nak pergi boleh lah contact Pak Dani
ni antara tempat-tempat bermanja yang sempat singgah, ada satu lagi sampai hilang dah kad nya dek lambat sangat buat entry hehehe.
okey, itu ajer lah nak cerita kesah Bali, pasal makan nnt len kali kat entry lain ye :)

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan