Cikgu



Hai semua.
hmm nak cerita pasal cikgu tapi letak gambar lencana. takper lah janji ada cerita nak buat kan. tuh actually lencana sekolah rendah aku. tuh lah dua sekolah rendah aku.

okeh, meh nak cerita pasal cikgu pulak. korang ada tak cikgu fave masa sekolah dulu. mesti ada kan. nih aku nak cerita pasal cikgu fave aku masa sekolah rendah. ada dua orang sebenarnya. dah lama dah aku nak carik balik cikgu2 nih. tapi tuh lah kan, kadang2 senang nak jumpa dunia tanpa sempadan nih. tapi kekadang susah jugak nak jumpa. 

ada sorang cikgu yang aku nak carik nih kat dungun jugak, tapi tak jugak aku jumpa. actually harituh adalah kawan aku dah jumpa n bagik no phone aku, tapi bleh dia tak mintak no cikgu tuh. dah suatu ketika dulu jugak, cikgu tuh ada call kot, kalau analyse dari no incoming call, tapi sebab aku tak dapat kenal pasti siapa empunya number dari unanswer call tuh, so camtuh jer lah kesah nya. tapi boleh kot nak carik balik, nanti lah one day.

nih kesah seorang lagi cikgu yang aku carik. punya semangat, aku google lah kan. actually dah pernah google gak tapi tak jumpa. sekali malam tuh terjumpa siap ngan phone no. aku agak betul lah kan cikgu aku tuh. so keesokkan paginya, aku pon buat lah penyiasatan. dan ternyata betul. happy giller dapat ctc balik cikgu yang dah 25 tahun tak dengar khabar berita. *wahh terus terasa dah berumur hahaha* 

cikgu masih kenal aku, masih ingat lah siapa aku nih. banyak faktor kot cikgu masih ingat aku. hahaha. insya allah suatu hari nanti kalau diizinkan, aku nak jugak pergi ziarah cikgu aku tuh. cikgu aku tuh skang masih lagik mengajar, tapi di kampung halaman beliau lah, di kelantan. 

kenapa dua cikgu nih jadik cikgu fave aku? sebab aku rasa cikgu2 nih sayangkan aku dulu. aku rasa lah. *bukan aku perasan tau* kenapa cikgu sayang aku? sebab aku dulu masa sekolah rendah kan perform baik punya. haha. cemerlang lah konon kan *okeh, ini aku perasan hahaha* 

serious aku memang happy dapat ctc balik cikgu tuh. ayah dulu selalu cakap kene hormat cikgu. dan ayah memang hormat cikgu dia. itu lain kali lah aku cerita ye. apapun, semoga ada rezeki aku nak jumpa dengan cikgu aku tuh satu hari nanti. 

oke lah, dah almost 3pagi nih. nak sambung buat kerja dulu. cukuplah untuk destress kejap hehe. 

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam