Dan ketenangan itu.... akhirnya

Semenjak peristiwa itu aku memang tidak tenang, ada sahaja yang tidak kena. Aku terlalu mengikut kata hati dalam segala tindakan. Banyak kesilapan dan ketidak sengajaan yang telah aku lakukan. Hati asyik teringat pada perkara yang tidak perlu diingingati. Fikiran pula memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu difikirkan.

Aku sendiri sudah lelah dengan keadaan diri. Tapi masih jugak di situ. Semenjak itu, kali pertama aku merasakan ketenangan dan cuba menerima hakikat, pada suatu hari itu.

Pemergian Hani Mohsin aku ketahui melalui emel dan sms pagi itu, tapi aku hanya sempat berborak dengan kawan semasa jalan kaki ke tempat attachment. Tapi pagi sabtu itu aku bangun awal, dengan niat nak cari cerita mengenai pemergian Hani Mohsin (dan shopping di Metzingen). Seawal 6.15 pagi aku sudah bersarapan dan kemudian melayari Internet. Banyak ceritanya yang dapat aku baca. Tetapi hati aku tersentuh dengan statement Sarina yang menyatakan Hani Mohsin selalu berpesan jangan tinggal solat. Aku terasa bagai ada sesuatu yang cuba memberitahu aku sesuatu. Akhirnya di bumi bekas jajahan Nazi ini aku menemui jawapannya.

Sepanjang aku ‘berkawan’ dengan nya, tidak pernah sekali pun dia berbicara mengenai hal keagamaan, jauh sekali untuk menasihati aku supaya jangan tinggalkan solat. Aku bukan lah manusia yang baik, tetapi aku perlukan seseorang yang dapat membimbing kearah kebaikan. Aku bagaikan dapat satu kekuatan yang menyatakan ‘itulah hikmah disebalik perpisahan itu’. Dan dari itu aku dapat menerima hakikat perpisahan itu.

Sekali lagi baru-baru ini, aku mendapat satu berita, berita yang mengejutkan aku. Amat terkejut. Tetapi alhamdulillah, kerana berita itu lah aku kini seolah-olah bebas dari mengenang peristiwa itu.

Aku bersyukur Allah telah memberikan aku ketenangan itu.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan