Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Salzburg

Hello...

ok dah berzaman ni baru nak update. Selepas ke Heildeberg, perjalanan diteruskan ke Salzburg.

1 March 2017

Dengan cuaca yang sejuk tu rasa malas betul nak meneruskan perjalanan. dah lah dapat hotel yang best dengan harga murah kan. Pagi tu memang breakfast kat bilik ajer lah. ringan sikit lah kan bebanan. Hmmmm... ringan ke. 

Lepas Check out, terus menapak ke stesen. MAcam biasa, beg tinggal kat locker jer lah. Niat asal nak pergi ke Hallstat. tapi itu lah kalau backpacking ni, kadang2 ada yang di plan tak dapat dilaksanakan. kadang2 terlebih pulak dari apa yang di plan kan.

DAri pembacaan macam senang jer lah nak gi ke Hallstat tu. so sementara hari siang nih kitorang nak gi jenjalan dulu lah area town nih jer....



Then menapak lah kitorang ke Mirabell garden. Aktiviti macam biasa lah, bergambar dan bergambar dan bergambar. Jauh jugak lah berjalan, menyusuri kedai2 bagai kan. sempat stop makan fish n chips dekar kedai NORDSEE lagi.







JAlan sampai ke Mozart House. then cross the river, untuk pergi kat Mozart statue tu. Sempat jugak singgah kedai runcit, carik roti buah dan sebagainya. hobi kalau jalan2 menyinggah nih.












Then only we realise yang dah makan banyak masa kat situ. ye lah, dah view cantik kot. mestilah nak menikmati keindahan tu. selesai tu kitorang menapak balik ke Salzburg HBF. aku agak dekat 2KM jugak tuh.

bila sampai station, check2 tiket untuk Hallstat tu macam dah tak berbaloi jer nak pergi bila compare beberapa aspect macam kos, masa, etc. so we decided not to go. fuhh banayk masa lah pulak nak melanguk kat station nih kan.

tapi lepas tu aku ambik beli ticket bas yang ikut jam tuh... naik bas tengok2 kawasan jer lah.




so memandangkan misi tak tercapai, harulah aku kene datang lagi sini. bila tu tatau lah kan. 

Malam tu kitorang teruskan perjalanan ke Interlaken. perjalanan ke interlaken nih banyak jugak haru biru nya. 
nanti next episode lah cerita ye. 

Comments

Unknown said…
Noor Azlan - insya Allah akan ada rezeki le sana suatu hari nanti

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan