Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Interlaken

Hi uols, 
Kita sambung kesah ke Interlaken. seriously banyak dah lupa yang details nih. biasa lah kan aku nih memang bukan jenis micro-managed hahaha. so malam tuh kitorang turun naik tren lah lagi.
Our next stop adalah Muchen HBF, dalam sejam setengah jer perjalanan. stop dalam sejam setengah kat sini. so sempat lah mengopi. kitorang lepak kat starbucks jer lah. memang depan starbucks tu jer keretapi stop. masa dok lepak minum kat starbucks nih. tetiba ada sorang mamat nih. tataulah bangsa apa. eastern european kot gaya muka tu. tetiba dok cerita kat aku bag dia hilang bagai. nak mintak duit. aku memang cuak lah kan. terus jer cakap. aku tak paham engslih. tanya orang lain. kan ramai orang kat starbucks tu. lama gak dia begging. ended up aku tgk dia blah jer tak tanya pon orang lain.

kemudian, dari Munich HBF, kitorang ke Karlsruhe Hbf yang makan masa 3 jam setengah jugak. Then teruskan perjalanan ke Basel SBB yang ambik masa dalam 2 jam setengah. dekat sini ada drama jugak. sbb biasa stop kat in between station tu memang tepat lah kan. skali. jam 6.22 pagi tu aku tgk kat sign board tulis Basel apa aku lupa. aku dah macam confuse. kalau tgk nama station bukan Basel SBB. tapi masa betul dah. tapi kitorang decide nak turun jugak. then tgk nak carik platform ke next destination tak de.... so mula lah cuak dah rasa dah salah nih. masa  kelam kabut lah kot nak beli tiket tak boleh ntah apa hal aku lupa dah. memandangkan Basel SBB just satu stesen jer dari this whatever BASEL station so, rira regional train selamat lah kot tak beli ticket. sbb patut bukan turun kat sini. macam takde lah rasa bersalah sbb harga dah include sampai Basel SBB hahaha. so kitorang naik jer train lain sampai ke basel SBB. fuh kitorang ada 30 minit jer tau untuk catch the next train. so masa tu kira tawakal jer lah. memang nak kene beli tiket lain kot.

sampai jer Basel SBB, tengok platform untuk  ambik train ke Interlaken OST tuh.... OMGGGGG.... kene panjat satu tangga tinggi dan turun semula ke bawah. kalau korang biasa travel turun naik train nih korang tau lah kepelbagaian cara nak access ke platform tu.

so... dengan bebanan segala memang nak lari dah tak larat lah. errr takde bebanan pon tak larat lari jugak kot. gagahkan panjat tanggi tinggi dan turun semula ke platform yang train ke Interlaken tu tunggu.... adoiii sempat ke ni... memang train ready dah nak gerak.... masa turun tangga laju lah jugak kan hahaha. masuk jer train, terus gerak ..fuhhhh ...itulah REZEKI kan. kalau tak berterbanganlah euro kitorang. maka... mencri lah tempat kosong dalam train. masa tuh ramai jugak orang dalam train. orang nak gi kerja kot kan. train tu dalam 2 jam jugak.so..kitorang ambik peluang tido jer lah lagi.




2 March 2017
Sampai Interlaken OST, memang sejuk giller lah. Plan nak naik boat ke lake Brienz tak kesampaian. sebab masih tutup blom abis winter lagi. basically aku takde lah jumpa kat mana2 tarikh tutup bukak tuh. cuma normally memang winter tutup. so aku ingat by march dah bukak lah kan. so kitorang beli  tiket untuk ke Lauterbrunnen and Grindelwald sahaja lah.







View kat atas tuh memang cantik lah. masa sepanjang jalan nak kesana pon nampak cantik betul. aku kan sangat kagum kalau lihat ada salji dan pada masa yang sama ada jugak air yang mengalir. masih bersalji lebat lagi atas tuh. dan memang masih ada orang datang untuk skiing.

mula-mula plan nak naik ke Jungfrau tapi memandangkan kalau cuaca tidak mengizinkan memang tak boleh naik. so kitorang memang terus tak jadik nak naik ke sana dan tak stay lama kat Interlaken, tapi opt untuk ke Italy untuk destinasi seterusnya.

Plan asalnya jugak nak ke Kleine Scheidegg. Tak gi Jungfrau sampai situ poj ok dah. tapi memangdangkan Cost yang tinggi dan tak berbaloi kalau gi situ jer tak naik ke Jungfrau, so sekali lagi tak jadik lah kesitu. 


Kalau ke Swiss ni nak beli barang makan etc boleh beli kat COOP. sbb senang dapat dan merata2. tapi apapun, barang kat Swiss memang mahal lah. kitorang takde lah beli main food kat sini. memang daha ada beli roti masa kat Salzburg tu kan. bukan roti jer, pretzel pon suma aku dah hangkut. so tengahari, kitorang duduk kat park menghadap sungai yang sangat cantik, dan buka lah bekalan disitu. banyak jer tempat temapt macam ni sesuai untuk berhenti makan. cuaca sejuk dan perut lapar, so memang best lah makan kan. walaupun roti dan tuna yang bawak dari Malaysia. hehehe

kat COOP aku dok beli coklat dan air2 yang sedapo kat sana tu. kalau gi travel memang sugar high lah aku. segala air pon rasa sedap. kopi, coklat etc. siap buat stiok siap2 untuk malam dan pagi.






Bila tengok balik gambar2 ni, rasa macam nak pergi lagi jer. Insya Allah kalau ada rezeki, sampai lah lagi kan.

























Dah petang dan kepenatan barulah kitorang gerak ke hotel. dan sejuk sangat masa tuh. kalau baca2 kisah orang lain gi Interlaken ramai yang duduk kat Youth Hostel. tapi rasa macam mahal pulak hostel tuh. owhhhh kan Swiss memang hotel pon mahal2 semuanya. 

Finally aku jumpa satu hotel yang agak berpatutan. basically sepanjang travel nih, hotel kat swiss lah paling mahal. memang kalau nak murah ambik hostel. tapi kadang2 boelh jumpa hotel yang harga lebih kurang jer dengan harga hostel for 2 kan. so better aku ambik hotel heheh. privacy sikit. 

Di Interlaken ni, kitorang stay kat Edelweiss Lodge. sangat selesa. dari bilik kitorang pon dapat lihat view yang sangat cantik plus breakfast provided. aku lupa nak ambik gambar breakfast setting dia. simple tapi menarik. memang suka kalau ada breakfast gini so jimat lah duit breakfast kan. breakfast yang dihidangkan kat sini memang tak banyak lah. roti, cereal, telur, fruits, kopi, teh dan susu jer. dan CHEESE. hahaha... aku memang giler lah makan cheese masa travel nih.








ini lah Edelweiss Lodge tu. menarik kan. bila stay kat sini nanti akan dapat satu free ride sehala kalau tak silap naik bas atau train. pagi tu rasa macam nak extend stay jer kat Interlaken ni. sebab cuaca sangat cantik. owh ya, lupa nak cerita, masa kitorang sampai semalam cuaca agak kurang menarik. hujan jugak. so ... aku pikir, ini adalah reason untuk aku repeat datang sini ... walaupun tatau lah bila lagi tu.






Telur yang pelbagai wana. cantik2. ada jugak rasa nak hangkut telur2 ni balik malaysia. dah nak Easter memang ginilah.



3 March 2017
Lepas breakfast kitorang terus gerak ke Interlaken OST. untuk ke destinasi seterusnya. memang saja keluar awal sikit sebab nak gi COOP dan menikmati pemandangan sekitar dulu. gi memborong ROSTI kat COOP hahaha. 

Kemudian kitorang gi ke Spiez untuk ambik train ke Italy. Dari dalam train boleh nampak view tasik yang sangat menakjubkan. Lake Thun. so takde lah ralat tak dapat buat boat tour. Sebelum gerak ke Milan pon sempat jugak menikmati view sekitar Spiez tu.

Interlaken ni memang dah lama berangan nak pergi. sejak tengok cerita #cintajanganpergi - Tiz Zakyah dan Remi Ishak tuh. Masa pergi UK tahun 2014 memang dah plan jugak nak datang, tapi memandangkan masa tu memang tengah winter dan memang siang sangat singkat, so tak jadi lah. akirnya ada jugak rezeki ke sini.

Next destination ITALY.  Actually my travel buddy yang nak gi Italy ni, kalau aku gi solo aritu sampai Interlaken jer. itu kadang2 bagusnya travel berdua. kita dapat pergi tempat yang kita tak rasa nak pergi, owhh best tempat tu sebenarnya hahahah. Italy punya cerita kita sambung episod seterusnya lah ye.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan