Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Heidelberg

Hi semua. 
Jom sambung destinasi seterusnya, Heidelberg, Germany. 

27/2/17
Malam tu, train kitorang adalah dari Roermond  - Venlo - Düsseldorf Hbf  - Mannheim Hbf  - Heidelberg Hbf. 

kitorang gerak awal sket dari Roermond ke Venlo. which is kalau ikut time betul ada dlm tak sampai 10 minit pon to catch the nest train to Dusseldorf. tapi platform tu sama level jer so tak lah hazab kan. sebab itu adalah local train boleh jer naik time tak sama. as long as dah termasuk dalam tiket yang kita booking tu lah kan. 

Malam tu memang sejuk sgt. tambah pulak hujan kan. owh ya, aku memang beli ticket tak booking seat pon kalau seat kene ada additional charge. except untuk train kat Italy. sebab rasanay malam2 nih tak ramai orang kot. fuhh tapi ada certai2 train tu ramai jugak. bukan takde tempat. cuma mencarik jugak lah tempat nya hehe. 

DAri Venlo ke Dusseldorf dalam 1 jam jer perjalanannya. Then transit kat situ dalam sejam setengah. Ok lah kalau dapat HBF (HaufBahnHof) - main station- stesen besar. dapat lah stop minum kopi ke apa. 

Masa samapi Dusseldorf nih aku tengok semacam jer ramai polis. Mula lah aku risau kalau tengok keadaan cenggitu. Tapi masa tu aku dok ingat sebab dorang kan ada carnival untuk nak sambut easter nanti, so polis berjaga kot2 depa mabuk2. Balik Malaysia.. dengar berita Dusseldorf HbF tutup sebab ada kes serangan ke apa aritu. Fuhh tu lah aku dah agak, mesti ada kes2 yang besar kalau cenggitu sekali polis berjaga.

Then teruskan dari Düsseldorf Hbf  - Mannheim Hbf, dalam 4 jam perjalanan. Sampai Mannheim jam 3.31pagi dan perlu tunggu sejam untuk ambik next train ke Heidelberg. tengok HbF, ingat ok kot mesti station tu bukak. fuhhh, sangkaan meleset sekali. so kesejukan giler lah pagi2 buta tu. Dengan angin lagi. Memang dugaan sungguh. 

Last sekali train dari Mannheim Bhf ke Heidelberg HbF ebih kurang 15 minit jer. masa tuh aku macam berkira2 nak jer stay dalam train tu dan patah balik. takut stesen tak bukak. Nasib baik bukak. 


28/2/17
Pagi tu sampai dalam 4.37 pagi. Settlekan membersih diri etc, then simpan bag kat locker situ. memang gitu lah. tak larat kot nak hangkut segala bag bagai kan. masa singgah kat Roermond pon tinggal bag kat locker jer lah.

Then breakfast dulu kat LeCrobag. dah sampai Germany, kene lah makan pretzel kan. tak jumpa pulak pretzel yang besar gabak. Dulu masa buat attachment kat germany memang selalu dapat kat hotel. Sambil breakfast tu, ada sorang Uncle local nih nak gi kerja dan breakfast kat situ borak2 ngan kitorang. Lupa pulak aku dia dok mana, tapi aku ingat dia software engineer.

Kat Germany nih biasanya memang ada yang tak pandai cakap english pon. aku pon lupa dah nak cakap. tapi takat nak tanya...ko bleh cakap omputeh? atau tanya no bus gitu boleh lah jugak sesikit lagik.

Mula2 aku berkira2 nak singgah Stuttgart atau Koln ..atau Franfurt ... saja lah nak jejak balik sejarah sedekad lalu kan. tapi macam masa tak banyak pulak. so on the way ke Salzberg aku singgah jer lah kat Heidelberg.

Waktu tuh Germany memang sejuk sangat lah. suhu dalam 5 6 darjah jer. kioranya Heidelberg ni singgah sekejap jer... sementara dah laluan nak ke Salzburg. errr bukan lah jugak. tapi ok lah agak berbaloi lah nak singgah sini sebab Dari Roermond ke sini pon baru 19 Euro. Dari Heidelberg ke Salzburg pon sama 19 Euro jer. So aku decided nak stop sini kejap, since memang tak pernah sampai sini pon dulu.

So lepas breakfast kitorang gerak ke Heidelberg Castle. memang dah ada info jugak how to get there. plus tadik tanya jugak ngan Pakcik software Engineer tuh. Tapi aku nak jugak gi tanya kat information counter, hahh hamek... memang dia cakap deustch lah jugak kan heheh.

Kalau dari Heidelberg Hbf tu, boleh ambik bas no 33 ke Heidelberg Castle. harga dalam 1.3 Euro sehala. Alamak, aku lupa nak turun kat mana. tapi ko bagitau jer driver tu nak ke Heidelberg Castle, nnt dorang bgtau. Atau pon cakap Schloss, hah tu maknaya Castle.

Then nnt akan turun dekat Burgbahn station. (Keretapi bukit). Tambang 5 Euro kot. lupa pulak aku. keretapi tuh macam keretapi yang nak naik bukit bendera tu lah. Thn kalau nak masuk tengok castle tu pon kene bayar lagik. tapi sayanglah, masuk dalam pon tak banyak yang boleh tengok. Sebab dulu aku masuk burg hohenzollern castle kat Tubingen memang cantik sangat kat dalam.














Actually memang dari dulu nak pergi sini. so sampai lah jugak. settle kat sini terus kene balik ke main station semula nak ambik train ke Salburg.

Train dari Heidelberg HbF ke Salzburg HbF ambik masa dekat 5 jam jugak. agak mengelirukan lah jugak train nih. Actually ni direct train, tapi banyak persingghannya dan tak nyatakan pulak kat board tuh nak ke Salzburg Hbf. tapi dah time dan no train sama, kira yakin je lah kan hehehe. dah betul2 confirm bila dah check ticket dalam train betul hehe.

Masa dalam train teruja jugak nampak masih ada salji kat puncak gunung tuh. padahal, next destinantion memang bersalji pon heheh. Sampai Salzburg jam 6 petang. dah malam lah. menapak ke hotel dalam 1km kot. lebih kurang lah. Hotel nih murah dan sangat selesa. Kitorang dok kat AMEDIA Express Salzburg.

Malam tu bukak lah bekalan brahims etc yang ada. memang bekalan nih untuk waktu2 gini lah. yang sampai malam dan malas dah nak carik makan kat luar. Malas tu sebab sangat sejuk. memang sampai europe ni suhu bawah 10 darjah celcius. 

Ok lah dulu ye, kita sambung lain entry. 

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London