Kopi : Kopi di perantauan

Salam Kopi.

Masa kat sana memang aku tak lepas peluang lah minum kopi kan. eh bila cakap macam tuh rasa macam pelik jer. hahaha tak lah, aku memang hari2 kene minum kopi kan, so memang manjang lah singgah minum kopi. ni antara kedai kopi yang aku selalu pergi lah. ada lah jugak beli kopi kat treats etc tuh. tapi tuh raa macam biasa jer lah hehehe.


Nero coffee ni masuk lah beberapa kali. kedai kopi nih memang  ada merata2 lah. biasa aku akan minum latte jer. bila dah sejuk2 nih, memang kene carik kopi selalu lah kan. hmmm alasan sangat!!!

Starbucks coffee pon memang merata lah kedainya. owh ya, dalam masa yang singkat kat iverpool tuh, aku tak nampak pulak starbucks. dorang punya seasonal christmas drinks ada beza. ada chocolate drinks. tapi aku tak try pon. musim christmas gingerbread kan. so ada gingerbread latte, harus lah aku try. tapi hmmm aku tak suka lah. aku memang tak favour lah flavour cenggitu. tapi kene lah rasa kan.

hah, ni kopi kat mana dah lupa. serious lupa, ke aku minum kat hotel agaknya kot. tak nampak pulak kat cawan tuh cop mana2 kedai kopi kan.

Costa coffee. ok nih memang glamour sgt lah kan. semua orang pon tau kot kan. ni pon antara kedai yang aku memang pantang nampak nak jer singgah beli kopi kan hehe. dah nampak ada gingerbread man tuh, dah sah 2 lah latte aku berperisa gingerbread. walaupon dah rasa kat starbucks haritu dah tak minat, tapi nih kat costa, so nak jugak rasa. hmmm sama lah, memang aku tak suka lah. tapi habis kan jugak lah kan.
Pret. nih organic coffee. so makanan kat situ pon semua healthy lah katanya. tapi kat sini aku try kopi dia jer dua 3 kali.
Costa lagik. kali nih rasa chocolate rinks plak. hmmm lupa nama chewy brownies hot chocolate kot. best.
tuh cheesy scone beli kat Harrods, hahaha tetiba cakap kan. biasa kalau kat starbucks makan smoke salmon bagel. atau pon beli sandwich kat Greggs dan beli minum kopi kat sini. owh, satu lagi christmas drinks dia adalah adalah eggnog latte. owh, memang non alcoholic ye. dah tanya the barista tuh. dan check jugak kat site dia.
AMT ni kedai kopi kat stesen Marylebone, dari mula datang nak bei kopi kat sini. asyik tak jadik2 jer, sampai lah hari last beli gak. hahaha.

Costa lagiii dan lagiiiii....
 
hmmm cukup2 lah tuh ye. seb baik tu jer gambar kopi yang jumpa. eh, tapi takkan tiap kali minum kopi semua nak letak kan. ok... sekian ... sekian... :p

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam