Jom melancong

 
 
Halluuuuu...
 
uols, jom melancong nak. hmmm at this hour, aku dok terpikir bestnya kalau dapat gi jalan-jalan. pukul berapa skang? baru half past midnite. malam masih muda kan. boleh pulak tetiba pikir nak gi melancong kan hahahaha. ok, sejujurnya ada dua tempat yang aku plan nak pergi tahun ni. kata tiap tahun kene ada aktiviti cop passport kan hahaha. tapi... hmm ada tapi tau... dah february, tapi aku tak nampak akan tercapai cita-cita tu. mungkin kene dibawa ke tahun depan lah kot impian tuh. selain tempat yang dok terpikir nak pergi tuh negara maju yang dah tentu perlukan dana yang lebih walaupun tidak melibatkan aktiviti beli belah. dah tu memang kene gigih menabung lah kan, sebab tabung dah pecah hahaha. dan satu lagi kekangan yang kekadang aku rasa melebihi kekangan kewangan adalah aku kesuntukkan masa untuk menamatkan perjuangan ini. hmmmmm
 
kalau tanya pasal melancong ni aku lebih suka pergi sendiri tak ambik package, sebab baru lah boleh buat apa saja kita nak buat kan. tapi lately banyak pulak aku pergi ambik package jer, sebab MALAS dan TAKDE MASA nak buat itinerary. sebab bagi aku memang perlukan masa dan ketelitian lah kalau nak melancong dengan best kan. selain tu, ada juga tempat2 yang aku rasa, lebih baik ambik package jer.
 
contoh kalau ke indon, memang aku nak ada trasnport sesiap. hahaha serious aku rasa aku takleh nak tolerate kalau takde charted transport. walaupon pernah lah jugak sekali ke sana dengan kaedah redah jer. eh 2 kali redah, yang first tu sepuloh tahun dulu masa mula2 menjejaki kaki ke indonesia, gi medan. hahhhh kalau negara macam India pon aku lebih sanggup ada package lah kan. masa ke India dulu memang ambik ground arrangement jer dengan agen di sana, so at least takde lah stress dengan pengangkutan, walaupon stress dengan pemandu pelancong nya.. hahaha.
 
tapi melancong ke negara maju yang mempunyai sistem pengangkutan yang efficient, baik lah redah sendiri jer kan, jimat sket. pengalaman pertama travel sengsorang kat bumi eropah masa nak gi Switzerland. tapi masa tu dari Reutlingen (Stuttgart )  - Germany jer lah. dan bila sampai zurich jumpa kawan kat sana.
 
pengalaman aku buat itinerary sendiri ke UK dan Paris baru nih menambah kan confident untuk buat itinerary sendiri lagik. cuma tunggu duit cukup jer lah kan hahaha. seriously the power of google memang sangat membantu lah. bukan sahaja dapat membayangkan tempat2 yang belum pernah dijejaki dari segi arah dan jarak, malah boleh pilih alternatif untuk pengankutan jugak. tapi apapun, kalau nak buat cenggini, aku memang prefer negara maju yang sistem pengangkutan nya efficient lah. hahahaha... bukan bag packer tegar lah kan. :p
 
kadangkala masalah bahasa pon membuatkan keseronokkan menjadi kurang. pengalaman kat Paris macamtu lah. boleh pulak aku tak reti nak carik arah, nak communicate dengan orang tempatan pun tak reti, hmmm.... terus terasa tak seronok pada mulanya hahaha.
 
setengah-setengah tempat attraction places memang dekat2, so kalau boleh mmg aku nak carik penginapan tengah town yang boleh access ke tempat2 menarik tu dengan jalan kaki jer. apapun kene pikir jimat kan. tapi itu lah, kalau nak dok tengah town nih biasa hotel memang mahal, lebih2 lagi di negara yang nilai mata wang kita tetiba menjadi menjadi sangat kecik kan. so, challenge jugak kat sini bila nak carik penginapan yang agak selesa yang bersesuaian dengan bajet kita.
 
selain itu, semasa travel ni, memang kene banyak berhati2 dari segala segi. walaupon ada sesetengah tempat yang aku pernah pergi,   aku rasa lebih berasa selamat berbanding berada di negara sendiri. tapi, tetap lah jugak kene berwaspada kan. baru nih, masa aku di St Pancras International Station, London, masa tu aku nak beli tiket train ke ke Kent, tetiba ada sorang mamat nih nih macam terkejar ikut aku dan tegur aku. tetiba kata dia muslim, dia nak tido kejap, boleh tak tolong tgk tgk kan beg dia. huhh, apa hal kan? memang definitely tak layan lah kan. bukan warga eastern european kot yang tuh, ada ala2 middle east sket. sebab yang kita biasa tau yang buat masalah kat sana warga eastern European nih.  
 
apapun, selagi ada peluang, mengembara lah di muka bumi Allah ini, bukan sahaja dapat melihat keindahan ciptaanNya, malah dapat jugak mempelajari atau mengiktibari dari apa yang dilihat dan dialami.
 
"you can learn a lot just by watching" - hmmmmm observation. part of qualitative method nih hehehe. ok...ok...ok.... dah-dah lah merapu kan. aku sebenarnya tengah stuck nih. dok menulis. so merapu kat sini. tapi takleh lah merapu lama2. nak sambung berjuang balik hehehe.... nampak gaya nya it's gonna be a sleepless nite jer .... owhhh itu biasa ... dan bila sangat stress atau sangat ketandusan idea pulak, aku akan tido paus2 pulak... itu pon biasa hahaha... itu lah kehidupan tidak normal yang perlu diharungi dalam menamatkan perjuangan ini.....
 
have a great day uolsss.


Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan