Catatan perjalanan di musim sejk lagi....

hah, ada lagik kesah nih. ada sket jer lagi.

Bila kita berjalan ke tempat orang mesti banyak pengalaman yang kita dapat. baik buruk. yang baik, kita contohi lah. ada banyak jugak lah yang aku rasa, patut kita cuba terapkan dalam kehidupan kita di sini.

sistem pengangkutan, memang aku sangat kagum lah. agaknya, untuk satu route tuh, berapa banyak bas lah kan yang disediakan. sebab kekerapan sangat tinggi. ini lah juga yang menarik minat orang ramai menggunakan perkhidmatan yang disediakan. kalau terlepas atau nampak sign 'not in service' pon ok lagi sebab jarak waktu nak menunggu tak lama. aku kat sini pernah jugak dulu cuba nak buat habit gunakan pengangkutan awam kalau nak keluar time weekend ke. tapi tahap kesabaran aku tak mengizinkan untuk aku terus kan niat tuh.

kalau kat sini, seriously aku takut nak naik bas express. apa taknya, aku memang pengguna tegar hi-way. fuhhhh, kalau hari2 driving kat hiway, memang aku takut giller tgk kelajuan bas. sebab tuh aku kalau nak gi poenang atau jb ok lagi nak naik bas, sebab aku naik aeroline, alaaaa bas kuning tuh. sbb bas tuh memang tak laju. kalau kat sana, bas memang tak laju. bila naik jer bas, pemandu bas terus ingatkan untuk pasang tali pinggang.

hah, turun sini boleh pergi oxford street :p
 
cuba korang tgk gambar kat atas tuh. tu adalah mesin pengimbas kat tesco. kat tesco ni ada satu section untuk kita buat semua sendiri, scan barang2 dan bayar. counter biasa pon ada jugak disediakan. hmm, korang rasa, boleh buat tak kat sini. ntah lah, maaf cakap lah, tahap integriti orang2 kita masih belum sampai tahap nih kan.
 
kalau ingat entri aku pasal artikel masyarakat German pon gitu lah. tahap integriti kita dengan masa pon tak berapa bagus kan. hari jumaat yang dah masa lunch panjang pon boleh agik keluar awal balik lambat. hmmmm tanya lah diri sendiri kannnn.


satu lagi tentang oengangkutan awam dorangkan, ada terpampang masa. ada separuh tempat, siap lah masa basa mana akan datang dalam berapa lama lagik. so kalau senang kan. kalau bus stop depan rumah, sebelum nak keluar tunggu bas, tengok lah dulu jadual kat internet. 
ni pon mesin pengimbas macam kat tesco tu jugak, tapi ni kat kedai kat airport.
 
okkkkk, cukup lah ye... kalau nak cerita banyak2 kang tak abis2 entri pasal nih jer... hehehehe... apapun, hampir 3 minggu kat sana memang tak cukup, sebab ada banyak tempat nak pergi dengan masa yang terhad tuh, buat aku rasa memang nak kesana lagi. hmmm, kalau ada rezeki akan sampai lagi kan..... :)

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan